Kandungan 9 Bulan

9:33 PM syafira hassan 0 Comments

Salam,

Banyak betul dugaan masa kandungan masuk 9 bulan @ 36 minggu haritu. Meh, nak cerita satu-satu.

36 Minggu

Masuk je minggu ke 36, saya selalu je rase tak selesa bila time sujud dalam solat. Rase macam baby tekan-tekan je dada tu. Ingatkan normal, sebab fikir mungkin baby dah besar kat dalam. Saya biarkan je sampai la tergerak hati nak buat scan ultrasound kat klinik. Perut masa tu saya perasan macam besar sebelah. Belah kiri rase penuh, belah kanan pulak rase macam kosong. Lagi satu saya perasan, saya takde rase sakit kat bahagian bawah macam kepala baby dah masuk laluan ke. Orang kate, masuk 36 minggu patutnya dah start rasa tak selesa kat bawah, tapi saya tak rase pape. Cuma rasa penuh kat perut tu la.

-2 Ogos 2015
Lepas solat Maghrib, saya dgn suami siap-siap nak ke klinik Nabilah. Masa tu tak fikir pape pun, just excited nak tengok keadaan baby dalam perut ni. Siap daftar je, kami keluar makan dulu yong taufu kat tepi simpang tu. Sebab malas nak menunggu turn lambat lagi. Sempat la makan-makan sambil gurau. Nak dekat pkul 9.30 baru kami masuk klinik balik, dan mase tu jugak sampai giliran kami masuk bilik Doktor.

Jeng jeng jeng, muka kemain excited. Hehe. tetiba doktor tu cakap macam ni....

"Eh, kepala baby awak kat atas ni. Songsang." erk.... Mase tu tak cuak lagi, tetiba dia sambung,

"Kalau kes macam awak, dah 36 minggu, confirm kene ceaser. Baby dah besar, susah nak pusing balik dah ni."

Muka die serius giler. Saya dgn husband pulak tengah blur plus terkejut. Songsang? Mase tu dah takde excited mane dah. Tapi Alhamdulillah, baby kat dalam okay. Jantung ok. Berat n saiz pun ok. Kami balik, decide nak terus pergi KK esok untuk inform doktor kat sana pulak.


Ni gambar scan aritu. Nampak kepala kan. Mase ni estimate berat baby dah 2.72 kg. Wah... dah besar baby umi kat dalam :)
Placenta - upper right segment (makna nya ok, tinggi. tak tutup laluan)


-3 Ogos 2015
Pgi-pagi dah ke KK. Masuk jumpa nurse, pastu kena refer doktor untuk pemerisaan. Doktor bagi tarikh lusa untuk terus refer ke Hospital Kemaman (HK). Kata nya nanti kena consult apa-apa solusi dengan doktor kat hospital besar pulak.

-5 Ogos 2015
10.00 pagi, kami ke HK. Terus ke screening room. Mase ni bukan main melilau mata. Haha. giler excited dapat tengok Labour Room (LR). Kat screening room, mula-mula perut dipasang alat ECG. alat ni untuk ukur denyut jantung baby. Alat tu kena ikat (lekat) kat perut, pastu nanti graf kertas akan kuar. Seksa wooo.. Bayangkan, dengan perut besar macam tu, boleh pulak diorang suruh baring terlentang. Orang terengganu cakap "se'eh"..Sesak nafas,. Saya rayu jugak dekat nurse, mintak nk duk mengiring. Boleh pun. Hehe.. Hehehe, lepas tu doktor start scan perut macam biasa, dan memang baby still dalam keadaan songsang.


SO APE SOLUSI DIE?

Doktor suggest buat ECV. Ape tu? next entry plisss.....:D

You Might Also Like

0 komen penambah rasa: