PERMULAAN YANG BARU

10:10 PM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas ketika ini.

Hai semua :)

Kali ni nak cerita yang saya dah pun berumah tangga sendiri.

Eh....?

Hahaha, sebelum ni even selepas kahwin pun, saya stay bersama dengan parents. So after 2 years, saya dan husband buat keputusan untuk hidup berasingan. So, selepas raya aidilfitri tempoh hari, kami berdua mula mencari rumah-rumah untuk disewa. Ramai yang tanya kenapa tak beli rumah lagi, kami cakap belum ada rezeki. Insyaallah, selepas ini mungkin.

Mula-mula kami start tengok-tengok kat Mudah.my. Banyak jugak kosong, tapi disebabkan Kemaman ni kos hidup tinggi, bandar minyak, so sewa rumah agak mahal. Paling murah kami jumpa harga RM500. Itupun rumah-rumah teres jenis lama punya.

Kami laki bini dah sepakat bincang, kalau rumah sewa ni biarlah murah dulu. Sebab boleh menyimpan. Bajet dalm RM400 dah okay. Bila tak jumpa dalam mudah.my, kitorang tengok post kt group2 FB. Pun sama jugak, mahal2. Kalau ada yang murah, kawasan pulak jauh. 

After few weeks mencari, Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami. Kami dapat sewa rumah kampung RM350 sahaja. Murah sangat, bawah bajet kami berdua. Rumah sewa kami tak kecik, dan tak besar. Yang paling best sebab dapur luas. Dah jatuh hati kejap. Ngee...

Minggu-minggu pertama memang susah sikit nak biasakan diri. Poket pun berlubang jugaklah sebab banyak beli barang-barang dalam rumah. Pujuk hati selalu, cakap kali ni duit banyak habis, lepas ni boleh berjimat. Sebab boleh makan kat rumah je. Betul tak?

Doa semoga rumah tangga kami selaui dirahmati Allah, diberikan rezeki yang lebih untuk kami miliki rumah sendiri lepas ni.. 

Amin...

0 komen penambah rasa: