Persediaan ke Latihan Industri / Latihan Praktikal

6:28 AM syafira hassan 1 Comments

Assalamualaikum.

Baca tak tajuk kat atas?  Bukan saja-saja nak menaip pasal ni, tapi lebih kepada mahu berkongsi. Semalam, saya buka emel personal yang memang dah berabad tak di buka. Scroll punya scroll, tetiba terperasankan satu emel dari seorang junior UTM, nama nya Nurul Ain. Saya tidak kenal orangnya, dia bertanyakan tentang pengalaman saya praktikal kat BC Synergy dulu-dulu.

Erk... Ingat-ingat lupa pulak. Saya pun apa lagi dengan semangatnya berkongsi jugak la apa yang patut, pasal environment kerja macam mana, lokasi sampai jumlah elaun pun bagitahu. haha.. Sejujurnya, saya sangat berterima kasih kepada semua staf disana kerana banyak memberi tunjuk ajar selama 6 bulan. Kamu semua memang baik (terbaik ok!), tapi saya tak rasa rezeki saya di sana. Minat saya tidak kepada bidang IT. (T.T)

Berbalik kepada emel yang saya terima kepada Nurul Ain, dibawah ni adalah antara perkara yang patut diambil berat sebelum anda melapor diri di tempak praktikal.

Bisillahirahmanirrahim...

1) Kenali syarikat tempat anda akan berpratikal
- Saya selalu pesan kepada pelajar-pelajar saya semasa taklimat, sila ambil tahu backround / nature of business syarikat tersebut. Paling-paling tidak, pergi google je. Tengok lokasi kat mana, contoh di Pasir Gudang. Mesti lepas tu dah dapat bayangkan keadan macam mana. Pastu tengok syarikat tu buat apa, contoh Engineering. Jadi, prepare dari segi mental, kerja nanti bukan dalam aircond ye pelajar-pelajar sekalian. Dan dinasihatkan, seminggu sebelum lapor diri, anda dah tahu tempat tu kat mana.

2) Dapatkan no telefon pegawai yang bertugas (Person in Charge) 
-Ini sangat penting! Terutama masa hari lapor diri. In case tak jumpa syarikat tu, boleh telefon terus PIC, tanya kat mana. Tak ada la terkial-kial nak pusing cari.

3) Sediakan segala dokumen yang perlu di bawa semasa lapor diri selengkapnya.
- Antara yang perlu dibawa: Surat Tawaran, Buku Laporan LI (jika berkenaan), I/C (ya, i.c, certain kawsan industri memerlukan anda membuat pas masuk, so i/c kena ada), dan dokumen yang dibekal kan oleh institusi masing-masing.

4) Lengkapkan borang pengesahan kehadiran / lapor diri kepada Institusi masing-masing
-Sangat penting ok! Sesetengah institusi memerlukan pelajarnya mengisi borang tersebut secara manual dan menghantarnya melalui fax atau emel, sesetengah institusi pula mengguna portal sahaja. Tak kisah macam mana, wajib hantar! Kan tak pasal-pasal gagal sebab tak mengesahkan hadir ke Latihan industri.

5) Catatan harian
-Tolong jangan malas-malalas ya nak isi log book / activity sheet masing-masing. Nanti terkial-kial nak tulis report. Trust me :(

6) Laporan
-Bila dah habis praktikal, siapkan report anda. Sedia dengan slide sekali. Senang bila pensyarah datang nak buat observation.


6 point kat atas ni sikit-sikit yang saya boleh kongsikan kepada adik-adik kat luar sana yang bakal berpraktikal. Ingat, bila dah masuk alam pekerjaan, memang terasa sangat berbeza dengan alam universiti. Jadi, siap sedialah dari segi mental dan fizikal.

Selamat Maju Jaya!! :)

Wasalam

1 komen penambah rasa: