New look. New life, perhaps?

7:32 PM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum.

NEW LOOK

Blog ni dah berwajah baru kan? hehe. Takde la plain sangat macam sebelum ni. Tapi tak sure kalau cik Obi segan nak tulis pape sebab color memang girlish punya taste. :D .


NEW LIFE

Lately, asyik cakap pasal kahwin je hari-hari. SMS dengan cik Obi pun pasal kahwin je memanjang. Pasal harga emas dah jatuh la, Bila nak g beli cincin. Nak saving duit. Dengan intan pulak, asyik tanya bila nak tunang. Bila nak kahwin. Berapa hantaran. Dah macam artis ls pulak. Lepas ni nk slow sikit cerita pasal kahwin. Kita rancang dulu, biar Allah yang tentukan. Bila masa sampai masa  saya nak kahwin, kahwin la.

Tapi new life kat sini saya maksudkan bukan pasal status diri bujang or sudah berkahwin. Tapi status saya selepas bulan 7, masih bergelar mahasiswa atau seorang yang sudah berkarier. Kelmarin, SV sy offer sambung master bawah dia. Terkejut jugak. Ye la, kita PSM pun tunggang-langgang, die offer jugak.. Hehe.

Tapi saya tak bagi jawapan lagi. Saya cakap nak fikir dulu. Hmm. Memang saya suka belajar. Tak suka kerja. Tapi kalau fikir, buat ape belajar tinggi-tinggi kalau tak nak kerja, kan? Wuuuwuuwuu..Buntu-buntu. Bakal suami saya tak kisah saya kerja or tak lepas kahwin, tapi die nak anak nanti saya jaga sendiri. Tak percaya kat nurseri-nurseri ni. So, dah nampak yang die tak bagi saya kerja. Hehe. Saya tak kisah pun. Sekarang duk fikir pasal ni la.

Tapi buat masa sekarang, hati saya macam suruh untuk sambung lagi. erk,. Kalau sambung belajar, makna nya kahwin lambat lagi kan? TAKNAK! TAK NAK!  nak kahwin cepat2!

p/s:: haha. otak tak berapa ok minggu ni. duk kejar buat banyak benda. bye. Wassalam.

0 komen penambah rasa:

30 days before FYP presentation

7:25 PM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum.

Hai,
Post saya sebelum ni pasal mid sem terakhir kat utm kan?
kali ni tajuk die last 30 days before my FYP presentation.

Nervous.
Semalam baru sedar yang ada 30 hari je  lagi nak lepas beban ni.
Well, makne nya ada 3 minggu untuk saya siapkan report.
Insyaallah, minggu ni boleh siapkan 3 chapter.
Next week, 2 more chapters.

Kena positif.
Saya kena positif! Yes! Boleh siap! :D

Kalau kira, banyak paper lagi yang kena siapkan.

1. GM assignment4
2. CB2
3. WP visualization
4. GM assignment5

Jadula untuk bulan ni dah kena buat baru.
Kena buat yang kaw-kaw punya sistematik.
Hehe.
Start hari ni, dah kena set minda.
Saya ada baca adab menuntut ilmu.
Antaranya:

1)Iklas
2)Banyak sabar
3)Menjauhi makan banyak
4)Tidur yang sedikit
5)Kurangkan kata-kata yang tak manfaat
6)Beradap dengan orang yang memberi ilmu

Ada lagi, tapi ini yang nampak senang nak apply kat diri sendiri.

Alhamdulillah, setakat ni yang no 3 and 4 tu, dah start praktis.
Hari2 mata ni lebam, tapi xpe, macam ni 1 and no 2, saya banyakkan sabar,
Then ikhlas kan hati nak siapkan semua kerja.
Dulu ada jugak duk kutuk-kutuk manja lecturer mane yang sesuka hati bagi kerja yang melambak2
Tapi sekarang, dah xde. (kot).
Hehe, kutuk2 dalam hati je.
Pastu buat adab no 2.

Senang kan nak amalkan semua adab ni. :)

Pasal general election bulan 5 nanti.
Hmm, igt nak balik time tu.
Tapi xjd
Nak siapkan PSM.
Takpe la, kita mengundi lagi 5 tahun.
Masa tu dah tak buat PSM dah.
:D

Tu je kot nak cite.
Bye. Wassalam

 p/s::Tempoh hari dah pergi kursus kahwin.  Bak kata cik Obi, dah lepas 1 requirement. Moga dipermudahkan. Amin.:)


0 komen penambah rasa:

mid sem terakhir di UTM. Insyaallah :)

4:52 AM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum.

Hari ni rabu, so kiranya sah separuh midsem break la saya kt utm.
Tak balik rumah macam biasa.
Heh.
Biasa tahun-tahun lepas tak balik sebab training kayak.
Ni dah tahun 4, sibuk dengan PSM.
moga pengorbanan cuti ni berbaloi.
dipermudah semua urusan nak siapkan projek :)

Petang tadi SV ada gtalk tanya dah siap question or belum.
Cuak. :D
Sebab tak siap lagi.
Maaf Dr.
Bukan malas, tapi saya nak siapkan yang GM punya assignment.
Insyaallah, by tomorrow saya email ok?
Weee..

*kene selalu positif. 
*saya positif PSM saya akan siap!
*nak grad on time!

Takpe la sakit sikit dulu pun masa ni.
Nanti dapat cuti for good after July.
kan? kan? kan?
hehe

Tadi pergi jog.
Encik Obi pun pesan, dari duk amek teh kurus tu, elok la jog.
Dia pun ada pasan angan-angan nak kurus sebelum kahwin.
Haish.
Tak boleh jadi.
Jeles!
So tadi dah habes 3 round pusing tasik.
Sampai loya-loya.
Haha.
Nampak sangat dah lama tak jog.

Tu yang duk semangat nak buat kerja.
Rindu dia jugak.

Btw, blog ni kosong kan?
Terasa jugak nak upload gambar-gambar.
Tapi tak tahu nak upload gambar ape.
Tak tahu nak upload gambar sape.
 Segan nak letak muka sendiri.
:D

*sem ni saya ade ambil subjek Web programming.
*Kelas dengan Dr Azman.
*Selepas hampir 4 tahun saya belajar kt UTM, baru kali ni saya jadi minat dalam bidang IT
*Tak tahu, mungkin cara dia ajar yang buat saya suka.
*But seriously, I really good in Web Designing.
*dah 3 assignment yang die suruh buat, saya dapat pujian.
*wah! bangga! bangga!

So mula nak pasang angan nak cari kerja yang ada kena mengena dengan web.
Eheh.
Dah ada sijil SAP.
Mula ingat nak masuk SAP, tapi tengok batch yang aritu pun susah dapat kerja.
hmm.
Xpe, kita pusing ikut lain.
Cari rezeki ikot lain.
Hehe.

Malam ni dan esok kena pulun banyak-banyak buat kerja.
Sebab pagi Jumaat insyaallah bergerak ke KL.
pergi kursus kahwin.
Hihi.

p/s:: Saya tak balik lepas habis cuti semester ni. Sambung ambil kursus Software Testing. Dapat lagi satu ilmu. Boleh wat bekal masuk resume! Yeay!

Wasalam.
 



0 komen penambah rasa: