Craving.

5:50 PM syafira hassan 0 Comments

Hi,
I will be back to Kemaman in two days insyaallah.

list makanan yang nak makan:

-cucurjagung+bilis
-bubur jagung
-ayam masak merah
-cucur udang
-keropok lekor!!

My last paper will be on 16th January, Simulation and modelling. Struggling to complete the final assignment myself. Puzzle really help me in study. My brain  profile show improvement in math and memory.

Obi is still at kampung. So, really do not want to bother him with bunch of sms and call. Really miss him. Will wait tomorrow to hear his voice.

Owh, about the wedding. Happy because Obi finally asked his parents about this. And he said to wait for the end of this year.

 My supervisor finally agreed to let me change the PSM proposal. Alhamdulillah. And the title I still wait for her to give to me. Supposed to meet her after last paper, but haven't receive any email from her yet.

short note:: Waiting for BB1M book voucher. dah janji nak beli barang kat anak2 buah.

bye.

0 komen penambah rasa:

Pagi-pagi

3:50 PM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum. selamat pagi :)

Alhamdulillah, bangun awal pani ni. Semalam tidur awal, nak study untuk HPPC dengan Networt sekejap lagi. Tulis blog la kejap. Ambil feel. hehe

Kat luar nampak berkabus. Kolej 9 sejuk pagi2. Agaknya sebab keliling still kawasan hutan kot. Macam kt tanah tinggi pulak.

Lagi-pagi macam ni start la teringat zaman dulu-dulu kat kampung. Jom kita imbas balik ape yang yang saya pernah buat masa kecik2 duli semantara saya masih mampu ingat.Takot bila2 nanti dah tua, Allah tarik sikit2 nikmat ni, dah nyayuk tak leh nak ingat lagi.

Masa kecik2 dulu, kalau cuti skolah memang satu tempat je kitorang pegi. Pantai. Hehe. Heaven. Mase kecik2 dulu geng2 kami ramai. Sepupu2 pulak lebih kurang sebaya, umur beza tak jauh pun. So, buat ape2 memang best. Biasa kalau time cuti jumaat sabtu, pukul 7 pagi masing2 dah bangun. Basuh muka dulu. Mase dulu2 kesedaran nak gosok gigi ni kurang, saya pun tak suke gosok gigi dulu2. hehe. Yang paling penting muka kena basuh. Mak dgn ayah memeng ajar dari kecik lagi. Pastu ambik tuala mane2 yang nampak kat mata, terus turun pagi umah tika. Sya dah lupa, kak saya, Dikno bese turut skali ke tak. Tapi for sure, saya akan pergi dengan sepupu saya Tika n Lan. 2-2 ni sama umur dengan saya. Then dengan bersemangat, kami berjalan g pantai.


Tak jauh pun. Masa ni air laut memeng sangat best. Saya cukup suka mandi laut pagi-pagi. Sebab masa ni air tenang yang tersangat tenang. Macam swimming pool. Jernih sangat2. Boleh nampak jelas dalam air tu. Mase ni la kitorang mandi puas2. ye la, still xpanas sebab matahari tak naik lagi. Dalam masa yang sama, kami cari remis. Tau tak remis tu macam mane?  macam gambar kat atas. lebih kurang macam kepah la, tapi kecik2. rasa dia best tak macam kerang. Fresh je, biasanya kami rebs je, makan dgn kicap.

Cara nak cari remis ni banyak. Kadang2 tak yah susah2 nak korek pasir ke ape, diorang timbul sendiri. Masa musim remis la. Banyak sangat. Cra lain pulak, masa air tengan cetek, or kitorang panggil surut "tompok", kitorang cati lubang kat pasir tu. Kira nak spot mane tempat yang ade remis. Lubang tu halus and kecik je. Tak reti pulak nak cerita macam mane. Ala2 lidi ti korang cuck kat pasir. Haa..macam tu la lebih kurang. Kitorang akan korek tempat tu, kalau ada rezeki, satu lubang boleh dapat 5-6 ekor remis. Then berebut2 sape yang jumpa dulu.

 Dulu masing2 bawak plastik sendiri dari umah. Isi benda ni. Kadang2 penuh plastik. Kalau nak nampak banyak, saya dengan kakak2 saya akan share satu plastik je. So nampak la banyak. hehe. Ralit cari benda ni, satu pesisir pantai geliga kitorang cari. Dari bukit geliga then kadang2 dah nak lepas kawasan depan umah toki Sarah.

ikan pelata

macam ni la dulu2 nak tangap ikan pelata. ignorekan orang dalam gmbar ni. tak kenal pun. hehe. tu yang pakcik tu pegang jaring or pukat yang digunakan untuk ikan pelata

Dulu arwah Che' (datuk saya) selalu pergi memukat ikan pelata kat pantai. Ikan pelata ni biasanya orang buat ikan kering. kecik2 je macam ikan selar kuning. Ikan pelata bergerak dalam kumpulan. Kat gigi2 pantai je. Saya tak sure macam mane nak detect ikan2 ni. Tau2 je jaring yang arwah che' tebar banyak ikan dapat. Instint nelayan kuat kan? :) Diorang lagi tau macam mane. Kami yang budak2 ni duk ikut je blkg. Ada niat sebenarnya. Tau tak kenapa? :D Kami tunggu bila jarin dah tarik naik ke pasir, kami nak berebut ketam. Yeay ketam!! Ikan pekata tu tak minat sangat, haha. Biasanya memenag ada ketam kene jaring so berebut2 la. ketam ni kecik je, tapi boleh la kalau nak rebus makan2. Isi dia tersangat la manis. Sampai sekarang rindu nak makan ketam tu, tapi dah susah nak jumpa. :( . Lepas arwah Che' dah xde, ayah cik n ayah ngah saya pulak aktif dalam menjarin2 ikan pelata ni. Darah nelayan tak lari kan? Laut memang punca rezeki kami turun-temurun.

Satu lagi nak cerita, kalau ada ikan pelata, mesti ada udang geragau. Hehe. kami panggil udang baring. Udang yang kecik2 tu. So kalau musim, kira dapat rezeki 2 dalam 1 la. Dapat ikan pelata then dapat jugak udang baring. Pukat udang baring tak sama dengan pukat untuk ikan pelata. Tapi cara nak tebar same je. Detect kat mane agak2 udang tu ade, then tarik. Banyak sebab udang2 ni berkumpulan. Kami budak2 pulak lagi heaven. Kadang2 masa mandi laut tu terasa udang ade kat kaki kita, belakang, depan muka. Lompat2. Dah mase tu mane ade jaring ke ape nak tangkap, solusi, kami gune bju. hehe. Kaup macam tu ke dah dapat sebekas. Hebat kan Laut ni. Macam2 rezeki dia bagi kat kami anak2 nelayan. Allah tahu kami dulu2 tak mampu nak beli mainan mahal2, Dia bagi kami semua ni. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Tempat kami bermain tu la mengajar kami erti hidup. Kami faham jerit perih macam mana nak dapat rezeki.

Kalau ikutkan banyak lagi kenangan saya masa kecik2 dulu kat pantai. Next post saya cerita lagi ok? Nak study pulak. :)

Salam.

p/s:: 4 more papers. doakan yang terbaik. 




0 komen penambah rasa: