MY FIRST JOB INTERVIEW + MY FIRST JOB OFFER = I'M GETTING A JOB. YEAY!!!

11:59 PM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan, saya akan cerita pasal temuduga, macam mana saya dapat tawaran kerja dan apa kerjaya saya sekarang. Bismillahirahmanirrahim....

Alhamdulillah, lepas habis je peperiksaan akhir saya kat UTM, saya terus je balik kampung. Malas nak duduk UTM lama-lama sebab nak puasa kat rumah. Kursus software testing pun saya tolak atas sebab-sebab tertentu. Maaf Intan, tak dapat join. Duit tak berapa nak ada. Hehe..Alasan.

Saya balik Kemaman seminggu lepas pembentangan projek akhir. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk berpuasa cukup sebulan bersama keluarga selpas hampir 6 tahun di perantauan.. Sambut raya pun memang sakan macam tak pernah sambut raya. Punyalah excited.

Lepas duk sakan raya, pun dah bermula lah soalan cepu-cemas dari sekeliling, tanya bila nak kerja. Whaat? Wuwu...Tak habis enjoy lagi ok... Lepas tu duk tengok facebook kawan-kawan yang lain sama-sama habis belajar. Ada yang dah kerja, ada yang sambung belajar. Macam-macam. Encik Mazuan pun dah mula tanya bila nak mula cari kerja. Masa tu la baru timbulkesedaran nak cari kerja. Tapi masa y tu pun tak bersungguh lagi. Hehe, tak puas lagi rehat kat rumah. Atas dasar sayang kan kekasih, En Mazuan la yang tolong buatkan akaun Jobstreet, macam-macam lagi web nak cari kerja untuk cik Syafira. Semangat nak suruh dekat dengan dia. Haha. Masa mula-mula tu, semua kerja saya apply. Tak cukup kat jobstreet, sampaikan kerja jual tiket bas pun saya apply. 

Awal Ogos, kak ina call saya suruh hadir interview kat Ranaco. Terkejut sebab tak sempat nak sedia apa-apa. Cuak! Esokkan nya, mak ayah yang hantar ke Ranaco. Bismillah bukan main. Interview as a Instructor. Main jawab je punya pasal, keputusannya memang tak dapat. Senyum je, ambil sebagai pengalaman untuk temuduga yang seterusnya.

Ingatkan dah tak tak ada jodoh dengan Ranaco,tapi rezeki Allah nak bagi saya kerja jugak kat sana. Dua minggu lepas tawaran pertama tak dapat, saya dapat panggilan kedua dari HR Ranaco. Panggil temuduga untuk kali kedua tapi untuk jawatan yang berlainan. Berkat doa saya siang malam, dengan doa mak ayah yang nak saya kerja kat kampung, akhirnya saya dapat juga bekerja di Ranaco. 

"Industrial Coordinator"

Teman-teman ofis : Kak Na, Nadia, Najwa dgn Kak Mira

First time  bagi taklimat kat pelajar.


 Tu jawatan saya sekarang. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Assalamualaikum.


0 komen penambah rasa:

My Engagement Day

7:56 PM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum..

Mula-mula sekali nak minta maaf sebab terpaksa tunda untuk post entry yang sepatutnya. Tak tahu kenapa, sejak kerja ni, macam dah tak pandai pulak nak tulis-tulis blog. Macam mood tu asyik tak sampai je kalau nak mengarang. Hmm.Insyaallah, nanti kalau ada kelapangan...(kalau ada), saya akan update post yang lepas-lepas tu.

Kali ni saya nak cerita sikit-sikit la pasal majlis pertunangan saya yang tak seberapa.. Jeng-Jeng Jeng...Eh!! Countdown lagi 52 hari! Kejap je rase. Dah masuk tujuh bulan saya dengan Mazuan mengikat tali pertunangan. Alhamdulillah. Kedua-dua keluarga saling menerima. Ececeh... Kat bawah ni ada sekeping dua gambar yang sempat di ambil semasa hari pertunangan saya (2 November 2013). Bersempena cuti awal Muharram.


mek up : emi rosnita hassan
veil : nuraini hassan ( beading by syafira hassan)
baju : encik mazuan mohammad (Masjid India)
pelamin : alina hassan
picture : sabri ismail


perbincangan penting sedang dijalankan. kelihatan encik mazuan berada di depan sekali. erk,..
Masa acara merisik tu, memang tak ada balas-balas pantun bagai. Semua pakat straight to the point je.. Tapi cuba tengok gambar diatas, kelihatan encik Mazuan ada bersama! Eh, ni dah langgar adat, macam mana la dia boleh ada sekali masuk. Ishk..

Ini mak encik Mazuan, tengah sarung cincing kat tangan cik Syafira.
Cuak! hihihi. sekali Mak Encik Mazuan cakap, "Besar jgk jarinye ye...". (T.T) Sedih tau nggak.. Ah, takkisah,janji dapat cincin sebentuk. makin besar jari,makin besar saiz cincin, makin mahal harganya. haha.

Besties!!! Yang sama-sama memeriahkan majlis. Terima kasih kerana sudi datang. :)

Kaum kerabat yang setia menyokong,menyumbang,mengsumbangkan majlis, dari awal hingga akhir. 

Rase tu je kot nak cerita pasal majlis pertunangan hari tu. Nanti next post saya cerita pasal persiapan kahwin pulak ok? 

Bye, Assalamualaikum,

SYAFIRA


0 komen penambah rasa: