Bantal di fakulti + membeli tikus di DSI

6:25 AM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum to all :)

Saya sekarang berada di FK,N28 UTM. My lovely faculty ever. :D This morning, we all dah start dapat assignment yang kaw2. Dr S. dah start bagi date line untuk assignment 1. Adei, 15 pages of approaches review completes with at least 30 journals references and nedd more than 5 approaches. And the due is this coming Tuesday! Dalam kelas tadi dada dah terasa sesak, semak dan berat. Ishk, pressure die lain macam. Ala-ala masa PSM1 dulu. Haish. Termasuk esok, cuma tinggal Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin = 5 hari kena siapkan semua ni! You know what, actually we all ada lagi satu assignment for Web Programming subject. Also a discussion on 'web visuaization' that we have to prepare 10 pages of it. Quite "giler" kan? Juga kene hantar hari Selasa!

Esok pulak ada meeting dengan Dr. Rohayanti. Cuak jugak sebab table tak siap lagi. Tapi kalau buat tapi salah, free je kena buat balik kan? So saya buat keputusan nak cari je banyak-banyak research paper siap-siap, esok kene tanya balik apa yang saya kene describe for each ontology. Saya sebenarnya tak leh nak start sebab objective and scopes untuk tajuk ini still tak dapat. Dah masuk minggu ke-3 ni. Minta-minta esok boleh 'settle'kan semua.

So bila tengok-tengok kerja yang saya stated kat atas, nak menangis pun ada! Minggu ni nak ke KL. Nak pergi bayar umobile! Terpaksa buat decision yang 'sakit', bawak laptop yang berat tahap gaban ni. Wuwuwuwu. Terpaksa. Start tonight and on, fakulti ni akan jadi rumah kedua. Macam sem lepas, tido pun 3-4 jam je kat bilik. Lepas subuh datang fakulti, stay sampai pukul 5, balik rehat kejap. Lepas maghrib datang lagi sampai la pukul 1-2 pagi. Hebat kan? Bak kata Cemut, tinggal nak bawak tilam dengan selimut je nk datang sini kan? Ni baru final year student namanya. (T.T)

Oh petang tadi pergi ke DSI lagi. Letih duk pusing-pusing pilih apa yang beli guna vocer BB1M, last-last beli mouse je.  Mira duk pilih2 yang wireless, tapi entah kenapa hati ni masih belum terbukak nak cari yang wireless. Amek yang classic je. ehehe. Sempat beli telekung solat kat depan MSI. Dah lama cari sebenarnya. Sebab yang saya guna sekarang dah nak masuk 6 tahun sya guna. Still tak bertukar lagi. Beli masa nak masuk KMJ dulu. Senang sikit. Dulu kalau nak basuh telekung, kene tunggu saya 'cuti' dulu, then baru boleh basuh. Sekarang tidak lagi. Yeah! Hehe. Murah tadi, RM40 je. Kalau kat luar saya bet harga konfem RM60+.

Badan sekarang rasa sangat-sangat tidak bertenaga. Malam ni tidur awal, esok insyaallah nak bangun awal macam pagi tadi. Mandi subuh-subuh, terang betul mata menghadap assignment. Kene berhenti menaip! Nak cari research papers siap2! Boleh buat kat bilik je nanti. Chayok fira!! :D

p/s:: duit mengalir macam air je. :(

wasalam.


0 komen penambah rasa:

Eyh duit dah masuk!

9:03 PM syafira hassan 0 Comments

Asalamualaikum.

Semalam duit loan ptptn dah dapat. Alhamdulillah. Lega sikit rasa. Takda la susah-susah nak call mintak kt mk ayah laGI.

First on the list: bayar hutang. Done transfer to Cik Obi, transfer to my other account and still wait for account number from adikno. Nak transfer terus semalam, tapi dia pulak tak balas mesej.

Malam ni insyaallah nak buat birthday party intan. Malam tempoh hari tak jadi buat. Dah pakat-pakat dengan farah and mira, there will be no cake. Kitorang belanja dominos. Intan's feveret. hehe. Pening pulak tadi nak pilih yang mane dia paling suka. Takpe, janji pedas. Intan memang suka pedas-pedas ni.

Pagi tadi kelas Genome cancel. Letih je pagi-pagi bangun dah samapai kt CICT dah, last2 dapat msg kelas takde. Sedih woo...sob3. Then terpaksa la lepak dekat fakulti untill 11. Niat nak cari bahan PSM, tapi terdownload lagu-lagu korea pulak. :D

Kejap lagi kelas Dr Nor Azman, kene tunjuk web server yang dah setup. Ntah macam mane la nak terang-terang nanti. Tetiba rasa cuak pulak. Ishk,...

Esok ada kelas ganti GM. Then meeting dgn Dr.Roha. Nak kena pergi SUB pulak tolong amekkan kolagen Syaz dengan akak staf. Mira pun nak pegi bayar hutang dengan bendahari. Alang-alang nak pergi PC fair terus kat DSI. Kot2 boleh guna vocer beli mouse laptop ni.

p/s: Tengah semangat nak belajar PHP.

wassalam.

0 komen penambah rasa:

Peluang..

9:30 PM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum..

Pagi tadi saya di tegur oleh En.Hairuddin. Lecturer SCI yang dulu penyelaras program SAP. Luckily dia masih kenal saya. :) Dalam berbual-bual, dia ada tanya whether saya berminat nak buat summer course kat oversea. Kat jepun or Thailand. Yup of course saya nak. Peluang memang tak datang banyak kali kan? Saya ada bagi nombor telefon dengan nama kat En. Din. Dia cakap kalau ada rezeki, dia akan kontek saya balik.

Dia juga ada pesan suruh jumpa isteri dia, Dr.Azurah kalau nak tahu lagi banyak program ke oversea. Nnatila kalau ada masa nak pergi jugak. Fully sponsored, hoho...

Well, tadi ada jugak ajak Mira and Intan join. Dan macam biasa, diorang tak berapa minat nak join. Lagi2 saya cakap mungkin pegi Thailand. Kecewa jugak diorang cakap tak berminat nak pegi kalau setakat ke Thailand. Rugi kan? Tak kira la dekat ke jauh tempat yang kita nak pergi tu, janji niat kita nak tuntut ilmu. Nak kenal negara orang. Saya setakat ni dah pergi Indonesia. Pergi Dumai, tapi itu saya dah cukup bangga. Biar la orang cakap tak heran kalau setakat pergi seberang je. Yang penting saya dah pernah keluar dari Malaysia. Bila lagi nak dapat peluang macam tu, free semua ditanggung.

So, kalau boleh sebelum grad, saya nak pergi lagi skali ke luar negara kalau ada peluang. Saya tahu masa agak suntuk sebab saya kene siapkan PSM lagi. Tapi kalau saya betul-betul pandai guna masa yang ada, insyaallah semua dapat kejar. Belajar ok, berjalan pun ok kan? :)

p/s:: Genome mining assignment kena buat review papaer, 2 persons each group. Nak buat macam mane ek, dah terbiasa pulak nak buat kerja sorang-sorang. Sabar ek Intan, dapat groupmate macam aku ni. Hehe.
Tadi dah amek vocer buku. This weekend nak belanja kat Kinokuniya :)



0 komen penambah rasa:

Oh perut lapar!

10:40 PM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum.

Tadi saya marah 1 of my friends. Ada sebab-sebab tertentu. Tak ada la besar sangat salah dia, tapi agaknya sebab saya tengah lapar. Mata pun tengah mengantuk. Saya cukup pantang kalau orang buat hal mengarut.

Dah la panas kene tahan lapar, datang pulak masalah menimbun-nimbun. Angin betul.

Saya bukan la orang yang cepat moody sangat. Tapi saya perasan kalau saya tengah lapar, memang cepat naik angin. Kadang-kadang boleh tahan, tapi tadi entah macam mane geram dengan perangai dia yang tak pernah nak berubah. Tapi last-last saya jugak yang tak sedap hati buat orang macam tu. Sensitif la pulak kan? Hehe. Ni semua kerja si Setan duk hasut tadi. Haish, nanti la minta maaf.

Lagi saya, kalau boleh jangan la kacau kalau saya nak tidur. Kawan-kawan saya mungkin dah faham yang saya ni jenis tidur awal. Pukul 11 biasanya dah lelap. Kalau tak tidur lagi pun time tu, saya prefer tu sebagai masa privasi. Masa nak rilek-rilek otak. Pantang la kalau dah tahap mengantuk gila, ade yang datang ketuk pintu bilik. Tak leh nak tunggu esok2 ke. Kalau penting tak kisah. Ini setakat nak datang melepak and bual-bual. Dah tu bila kita buat-buat menguap 5-6 kali, tak faham-faham jugak. Wuwuwu.. saya nak tidur la.. Sobsob.

Tapi kalau pagi-pagi tak pulak saya marah kalau orang kejutkan ke, ganggu ke. tak kisah sangat. Cuma time nak start tidur tu jangan kacau okay? :)

wasalam.


0 komen penambah rasa:

siapa jodoh saya.

9:34 PM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum.

Short entry to those yang asyik tanya bila saya akan kahwin. Saya tak dapat bagi jawapan pasti.

"Jodoh itu urusan Allah."

Sahabat saya cakap, Allah dah tetapkan jodoh kita masa umur kira 4 bulan dalam rahimibu lagi. So kenapa dipersoalkan siapa jodoh saya. Sampai masa, andai memang takdir Allah, saya akan berkahwin dengan jodoh saya.

To Khilafah Islam: thanks. Somehow awak dah sedarkan saya dengan takdir Allah.

Jangan kerana kita dah kenal pasangan kita, dah couple berbulan-bulan dan bertahun-tahun, kita yakin dia jodoh kita. Tak itu semua urusan Allah. Saya sendiri pernah couple dengan lelaki lain sebelum ini, dan pernah rasa yakin yang dia adalah jodoh kita. Tapi, putus selepas lebih kurang setahun. Nampak?

Beriya-iya juga saya cuba menjaga hubungan dengan dia, ternyata itu mungkin ujian Allah. Ada hikmah, mungkin Dia mahu kita mencari yang lebih baik.

Alhamdulillah, saya sekarang sudah ada seseorang yang bertahkta dihati. Saya sayang dia. Kami memang merancang untuk ke arah perkahwinan. Tapi yang sebagai mana yang tahu, kita hanya mampu merancang. Yang selebihnya Allah yang menentukan.

Berdoalah. Saya juga berdoa agar dia menjadi teman hidup saya didunia. Seterusnya bimbing saya sampai ke syurga.

p/s:: Kawan2, bukan saya tak mahu kahwin, tapi isu ni belum sesuai dibincangkan. Anda semua tidak berada di tempat saya. Saya mohon anda semua faham. Andai sudah tiba jodoh saya, Insyaallah saya akan menjemut semua. :)

wasalam

0 komen penambah rasa:

Forward on an unmapped road

8:20 PM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum to all. :)

........ Blurr nak tulis ape.......

Banyak yang saya nak tulis sebenarnya. Takpe, kita pergi satu. Saya rasa kalau buat dalam betuk point lagi senang kot. Hehe.

1) Kita start dengan study. Esok insyaallah secara rasminya saya akan mulakan  pengajian di semester terakhir saya di UTM rimbun bernaung. Terasa senior sangat-sangat kan? hehe. Dah tua pun. Dalam sedar tak sedar, dah 3 tahun setengah kat sini. Dulu masa awal-awal masuk UTM, sangat gembira. Lagi-lagi bila masuk dalam team kayak. I admit, most of my UNI friends dari kelab kayak. Sebab course saya tak ramai melayu. Bukan racist just I dont feel really close toward others members in my class. It just that I spend my time more in kayak than in class. I was a junior in the club mase masuk tahun 1 dulu. Back then, I really enjoy having fun with all my super seniors. We training together, having breakfast, lunch and dinner together sometimes and even went to picnics. I miss the moment when I was a junior. Tapi bila senior-senior dah grad, tinggal la batch saya ntuk jadi senior pulak. Tanggungjawab saya galas masa tu agak besar. Jadi pengurus pasukan. Sangat-sangat busy. Alhamdulillah, walau tak sempurna, saya dah jalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Sekarang saya dah tak join kelab. sebab busy dengan PSM. So saya harap pengurusan baru boleh jaga kelab baik2 ok?

2) Genome mining!! Ape yang Dr nka sebenarnya? Sobsob..bayangan nak pergi ke KL minggu depan dah nampak makin kabur. Die nak gantikan kelas hari Jumaat. amende... Buat minggu lagi satu boleh tak Dr? Awal-awal sem ni la nak berjimba-jimba. nanti dah tak boleh lagi dah.

3) Dah siap download full episode og A gentleman's dignity. Hehe. Awesome!! 3 Hari tidur lambat semata-mata nak download cite yang buat mira watch it non-stop for 12 hours. Just fall in love with Yoon oppa. haha. Just my type. Do Jin oppa is too romantic, i not really into someone like that. I love someone like my OBI. Hehe....

4) Pagi esok jumpa my SV. Ape yang dia nak bincang esok ek...Minta-minta segala urusan dipermudahkan.

5) Owh my financial yang sangat tidak stabil. Loan untuk semester ni tak masuk lagi. Duit yang parents bagi aritu just cukup2 je. Macam mane ek, nak mintak segan. Please PTPTN, cepatkan segala urusan. boleh?

6) Sementara wifi masih laju sebab still tak ramai yang blik utm lagi, nak guna sepenuh-penuhnya. Nak download cerita banyak2. Buat stock untuk maka tengahari. Hee...

Tu je kot...

Bye,,

p/s:: Semoga cepat sembuh Cik Obi.

0 komen penambah rasa:

A good start?

12:36 AM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum..

Dah dua hari saya jejakkan kaki kt bumi Johor ni selepas 3 minggu bercuti di kampung. Well tak ada apa-apa yang istimewa pun semester ni except for the one big news!! Athuf is back. Yeay!! \(^.^)/

Awal-awal semester dah catat sejarah ponteng kelas. Haish. Tapi bukan dengan niat. Malam semalam baru perasan yang pagi Rabu sebenarnya ada kelas Dr. Razib. Jadual yang semester lepas dah tukar. Tapi rasanya semua orang tak pergi. Hehe.. Classmate semua masih dalam mood CNY, tak ada nampak sorang pun lagi kt K9 ni.

Semester ni saya rasa dugaan subjek lagi besar walaupun saya cuma ambil 3 subjek kelas je. Genome mining, computational biology 2 dan lagi satu web programming. Setakat ni saya tak bimbangkan sangat kelas CB2 dengan Dr. Razib. Dia pernah ajar kami masa tahun 2 dahulu. Dia jarang-jarang masuk kelas, tapi selalu bagi tugasan. Untuk WP pulak, masalah lain. Dr Azman saya tak kenal. Sebab dari jabatan lain. Ada tanya-tanya budah multimedia, diorang cakap macam strict sikit. Cuak la pulak. Nyesal tanya. hehe. Takpe la, semangat kene kuat ni. Nak jaga pointer.

Tapi yang apling bermasalah sangat untuk subjek GM. "You-Know-Who" will be teaching this subject. Phew... Saya tersangat la tak gembira. Cuak presentation PSM1 dengan dia dulu tak hilang lagi. Ni nak kena menghadap dia tiap2 minggu untuk satu semester. Ya allah, kuatkanlah semangat aku. Saya bukan lah student yang baik sangat. Jarang untuk melahirkan rasa tak puas hati dengan pensyarah dengan kata-kata yang tak sepatutnya macam sesetengah student. Selagi pensyarah tu tak ada depan mata, yup its still ok. But i'm afraid kalau-kalau asyik kena maki dengan dia, keluar jugak perkataan yang tak sepatutnya dari mulut saya ni.

Ni je kot nak tulis.

ps:: takot jugak plan nak pergi KL minggu depan tak jadi sebab GM. Kot2 la ade unexpected assignment dari You-Know-Who.

0 komen penambah rasa:

cuti-cuti..

3:57 AM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum..:)

Seronok duk kat rumah cuti kali ni. Biasanya kalau cti sem lepas-lepas saya xsempat duk umah lama-lama sebab sibuk dengan kem training kayak. Sem ni dah stop kayak, so boleh habiskan masa dengan family.

Tapi dalam seronok duk umah, hati gundah gulana jugak ni. Saya sebenarnya tengah tunggu emel dari Dr. rohayanti pasal tajuk baru PSM. Ade emel die minggu lepas, tapi tak dapat balasan lagi. Mungkin dia sibuk. Naik sem nanti nak g jumpa dia.

Semalam pergi teman Batrisyia dan Ammara berarak maulidur rasul kat padang astaka. Letih giler. Padahal jarak utk budak tadika dekat je, hehe. Nampak sangat fitness dah tak ada kan? Sem depan kita pakat2 jog balik ok? :)

Hari ini besday intan. Selamat hari lahir intan!! Dah kena start fikir nak belanje ape kat dia ni. Kurang2 die ckp nak dominos. Hehe. Insyaallah. Pun sekarang dah kena start fikir nak bagi hadiah ape kat die. Hadiah die bagi tahun lepas boleh tahan jugak berguna. Kene balas balik ni.

Lusa ade reunion kawan2 sekolah form5 dulu. Kat pantai intan. Dah tempah baju. Kesian Cik Obi tolong bayarkan yuran. ehehe. terima kasih. :D

dah maghrib!! Stop dulu. Salam.

p/s:: Sedang menanti anak buah baru bulan depan. :)

0 komen penambah rasa: