tangis.gembira.bertukar.ganti

1:10 AM syafira hassan 2 Comments

Assalamualaikum.. :)

Tak kira, saya nak senyum jugak walau dalam hati ni Allah je tahu betapa tak tenteramnya jiwa ni. Ni dah masuk study week. Tapi macam biasa, tak rasa macam study week pun. Kene pulun assignment and Projek Siang-Malam ni. Tak settle2 lagi. Tadi last jumpa dengan SV, dia ade bg guide sikit2, bg idea sikit2. mula-mula macam tak nak terima sebab tak bape nak same dgn ape yang kita buat kan? tapi bila fikir2 balik, dia mungkin lebih tahu. YA.., lecture mmg la lagi arif dari kita kan? hehe.

Tadi jumpa sekali lagi kena betulkan objectives and scope bg projek ni. Sikit2 saya wat research baru, and dapat cikit2 info baru. Alhamdullillah, saya macam yakin sikit nak present depan panel Isnin ni. Kali ni tak kira dia nak gertak saya ke ape, janji saya dah buat terbaik. Jalan ke tak projek saya, tu sem depan punya cerita. Ada masa lagi nak cari. Mungkin saya terpaksa mengorbankan sikit cuti sem nanti. Tengok keadaan, sama ada saya balik rumah lambat atau saya balik utm cepat. Takpe la, ni dah last cuti sem kan? Nanti abes bulan 7, boleh cuti puas2. yeay!!.

Malam ini ingat nak datang fakulti nak siapkan PSM. Tapi tak tahu nak ajak sape. Tadi mesej farah, die ckp nak siapkan PSM jugak. Nak ajak mira segan pulak.  Asyik ajak die je. Tak nak la sebab saya punya masalah, orang lain terlibat skali.Dulu masa ade Obi, senang. Ada ape2 die ada nak teman. Tak aci kan? dulu die wat PSM saya ade je kat tepi bg support, tapi bila turn saya, die xde. wuwuwuw :(

Intan dah balik kampng semalam. Kak Shima dia dah beranak. Alhamdulillah, bertambah lagi la keturunan En Dawot. :D .

Kulit saya terinfeksi sekali lagi. Macam kene dulu. naik merah2, gatal. Ingatkan sebab semut. (3 malam lepas sya dah musnahkan sarang semut kat dalam bilik. ada ke patut diorang jadikan fail sijil saya sebagai istana? tak boleh tau ). So bangun pagi tu dah rase gatal2 kat muka. Igt jerawat baru nak tumbuh. hehe. Biarje la. tergaru2 jugak. Mase tengok cermin baru perasan bengak and merah2. Gatal tu jangan nak cite la kan? Lepas mandi sapu losyen panas, kot la boleh hilang kesan tu. tapi tak jadi pape. Saya pernah jadi mcm ni dulu, lagi teruk. Tapi mase tu sebab main kayak kat air kotor. Allergik kot. Tapi mase bila pulak saya g main kayak masa skrg? Pelik. Ni still tergaru2 lagi. Dah 2 hari. Nanti nak  sapu ubat gamat intan lagi. Kalau esok tak hilang jugak, ke klinik lagi la nampaknya. haish...

29/12 ni kenduri Abg Amir. Waa...xleh ikut :(. Sedih sangat2. Ni sebab kne siapkan PSM. Semua senior-senior, junior-junio2 nak pegi. Saya je tak dapat nak ikut. Sedih giler. Baru je nak jumpa farah n mijah. Rindu kat diorang. sobsob..

Dengar khabar yang kurang baik dari kampung. Kemaman banjir teruk? Aaah betul. Tengok gambar2 yang di post kat facebook. Agak terkejut. Sebab tempat yang selama ni tak pernah air naik. dah tenggelam. Kalau satakat paras buku lali takpe lagi, ni dah paras pinggang, siap ade yang nk cecah kepala. Ujian Allah kan? Saya yang duk sibuk meratap seksanya nak siapkan PSM ni pun terkesan sekali. Yela, kita punyalah rasa yang kita ni susah, rupanya ade orang lain lagi susah. Tapi alhamdulillah, rumah saya setakat ni takde kene bah lagi. Sebab duk pinggir pantai. Biasa kalau banjir, xde disebabkan air laut kan? Banjir ni kalau dekat2 sungai or tempat yang sistem perparitan tak betul. Tapi jangan ingat rumah saya selamat, kami kene jugak berjaga musim tengkujuh. Ombak time tu besar2. Khuatir jugak mampu sampai ke kawasan rumah.

Banyak sebenarnya ang saya nak cerita, walau saya tahu xde orang pun nak bace. Biarlah sekadar tempat saya luah ape2. And jadi kenangan untuk bila2. Ye la, kadang2 bila kita sibuk, kita jadi lupa dengan kenangan kita. At least saya ada blog ni nk imbas balik ape yang dah saya lalui. Saya pernah nak tulis diari, tapi rasa mcm tak sesuai dengan jiwa pulak. hehe.

Itu je la. Saya nak siap2 balik bilik. Nak rehatkan kepala sikit2. Malam ni nak study network 2-3 chapter. Insyaallah..PSM ni sambung esk pulak. Datang fakulti nak siapkan. :) Kelam kabut takleh jugak, nanti semua benda tak jalan kan?

bye..bye..bye.... :)

p/s:: Thanks encik Obi sebab belanja aritu. Save gaji ckit2 tau. Nnati cepat boleh kahwin. wink3 :D

Wasalam


You Might Also Like

2 comments: