POHON JAMBU

6:23 PM syafira hassan 0 Comments

assalamualaikum...

moga semua sihat selalu
hari tajuk post "pohon jambu"
kenapa pohon jambu?

pagi tadi dalam perjalan ke pejabat, nampak pokok jambu di selekoh jalan ke taska adeeb.
terus datang teringat yang dulu blkg umh mok/ayoh ade pokok jambu besar.
tu lah tempat saya bermain membesar dengan sepupu-sepupu, adik beradik yang lain.
pokok tu, seingat saya berumur dalam berbelas tahun masa saya kecil
sebab batang dia dah berlumut

masa musim berbunga, panuh lantai pasir tu dengan janggut(debunga) dari buah die jatuh.
Sampai tak nampak pasir
Biasanya pada musim hujan, kerana memori saya teringat yang keadaan yang lembap.

Masa kecil, permainan yang paling saya ingat : baling selipar (pekong slipa)
cara main, sorang  yang kat bawah (jadi), akan baling selipar kat orang yang atas pokok.
masa ni yang kat atas tu akan sedaya upaya untuk mengelak dari terkena selipar yang di baling.

Hobi masa kecil dulu, memanjat pohon jambu.
walau bayak kerengga, tapi tak pernah kisah
digigit kerengga perkara biasa

hujung minggu atau cuti sekolah, kalau musim jambu berbuah, sangat gembira
semua berpakat kutip buah dan makan beramai-ramai
cicah colek kicap, gula dan lada
saya suka makan tanpa cicah apa-apa
lepas petik, terus masuk mulut
tak pernah terfikir mahu di basuh dahulu.
Ya, kanak-kanak kampung
perut kebal barangkali

Kalau musim tengkujuh, bilik mok (sekrang bilik adikno) akan jadi mangsa
mangsa jadi sarang kerengga buat sementara waktu
mereka menumpang dari hujan
itu yang saya ingat
kuat hubungan mutualisma walaupun berbeza makhluk
habis musim tengkujuh, balik ke pokok membina sarang kembali

kenapa pokok jambu menjadi topik hari ini?
masih terfikir
mungkinkah kerana tidak mahu kenangan lampau dilupa waktu?
mungkin juga mahu semua ini diceritakan kembali kepada anak cucu kemudian hari

jika dulu ketawa gembira dibawah pohon itu
sekarang sudah tiada

Begitu juga dengan kita,...

0 komen penambah rasa: