Counting down days to the break.

5:07 AM syafira hassan 0 Comments


Assalamualaikum.

Nak update cikit event penting minggu ni sampai minggu depan.

1/11       -              Hantar PSM Chapter 1 kt sv Dr. Rohayanti
2/11       -              Test Modelling and Simulation (pagi)
                              Test Computer network (petang)
                                ~wani and sabri’s e-day J~
3/11       -              Dinner Viking (malam)
                                Discussion and compile Assignment PSF
4/11       -              FREE :D
5/11       -              SCB Gathering at KTR (malam)
                                PSM Chapter 2 (100%) submission
6/11       -              Test HPPC
7/11       -              PSF presentation
8/11       -              Test PSF
9/11       -               yeay!! Cuti sem dah mula! J


Sila la tengok saya punya schedule sampai minggu depan.  Banyak sangat kerja kan? :( Dah seminggu terkejar-kejar nak buat semua benda. Mane nak study untuk test, mane nak siapkan assignment, tapi yang lagi parah mane nak siapkan PSM. Sobsobsob..

Saya baru je balik dari PSZ tadi. Niat nak stay kat sane, nak siapkan PSM. Tapi bilik karel yang saya sewa tu tak dapat wifi. Hukhukhuk. Kecewa. Last-last merayap aras 2, pegi cari novel. Hehe. Dah lama tak pinjam buku. Mikhail, Dan Bidadari Pun Mencintaimu, Ya Fattah; Cinta Sakti dgn Zahrah de Tigris. Semua bukan novel cinta. Agaknya bila dah dewasa sikit ni, selera saya dah kearah buku-buku yang agak berat gaya penulisan. Dah tak minat nak baca novel cinta lagi. J

PSM oh PSM…….
Sedih pulak nak cerita pasal PSM saya ni. Dulu awal sem macam confident habis dengan tajuk yang saya pilih tu. Yela, siap kene puji lagi sebab tajuk tu tak banyak orang nk buat research. Kira bidang yang agak baru dalam Bioinfomatik.

Tapi rupanya panas tak sampai ke petang. Wuwuwu..Makin saya cube faham ape yang die nak, makin say tak faham dengan diri sendiri. waaa……!! Tak suka! Tak suka! Rase macam nak tukar tajuk lain pulak. Sobsob. Tapi rase macam dah agak terlambat sebab ni dah nak masuk minggu ke 8. Celah mane pulak kan nak cari tajuk baru, pegi buat proposal lagi. Kang ade yang kene repeat sem depan. Tak nak! Taknak!

Keadaan mental saya sekarang dalam krisis yang agak tegang senang cakap. Kelam kabut. Sebenarnya kami sepatutnya dah siap hampir chapter 3 paling kurang, tapi saya Chapter 1 pun tak nampak rupa lagi. Haish…Esok ade kelas Dr. Roha, mane la nak letak muka ni kalau dia tanya dah siap ke tak. Mira awal-awal lagi cakap nak ponteng esok. Hehe. Da nekad ler tu…

Apa yang saya nak cuba sampaikan ialah, jangan suka tangguh-tangguh kerja. Ni la jadi macam kami. Huru-hara hidup kalah orang g berperang. Siang malan bukak tutup laptop buat kerja. Macam-macam dugaan menimpa. Tak masuk lagi dengan kekangan masa, laptop buat hal, cuaca (termasuk eyh? Hehe), ongkos dan sebagainya. Saya baru je beli charger laptop semalam sebab yang lama dah rosak. Dah settle satu masalah. Mira punya laptop takde penawar lagi. Hehe. Keyboard rosak. Tapi nasib baik saya ade extra external keyboard, boleh la die pinjam.

Akhir kata, doa-doakanlah hidup saya kembali tenang selepas ni. Doakan jugak supaya saya makin rajin, jangan nak main-main je. Saya pun berdoa jugak agar dilembutkan hati Dr. Roha esok. Hehe :D

Wassalam.

p/s: Bila saya cakap saya tengah tension, member cakap tipu. Sebab muka saya tak nampak tension. Saya maikn tension ni. wuwuwuwu.....(T_T)


0 komen penambah rasa:

Jadikan kegagalan satu perangsang :)

4:28 AM syafira hassan 0 Comments

Asslamualaikum wbt.

Lately saya asyik update blog hari2 je kan? hehe. Alhamdulillah, wifi UTM ni dari hari ke hari makin ok. So xde la nak terkejar2 nak g fakulti nak on9.

Seperti sape2 yang dah sedia maklum, arini last day Varsity Boat Race 2012 kt Putrajaya. Sedih jugak sebab kali ni saya tak dapat join. Tadi junior saya ade msg bgtau update keputusan game. Mesej tu ala-ala macam ni:

 "kak fira..... :( sedih la. Td da leading no 2,sikit je lagi nak finishing...kitorang capsize...."

erk...saya pun senyap. fikir macam mana nak balas msg tu. then saya balas la:

"La..yeke..Takpe.. jgn sedih sangat. Mungkin xde rezeki kita kali ni. Nanti boleh cuba lagi."

"sikit je lagi finishing..x tau macam mane boleh capsize.. baru nak merasa dapat medal..tak dapat jugak"

Saya sebak tetiba. Saya tahu perasaan bila kecewa. Saya dalam sukan kayak dah lama. Dah banyak game saya masuk. Sakit bila kita dah buat sehabis baik, tapi last2 kene pintas dgn orang lain. Mase tu menangis air mata darah sekalipun, memang xleh nak undur.

Saya pernah rasa kecewa sebab tak dapat nak wakil UTM sebab ada orang lain yang lagi layak berbanding saya. Saya pernah rasa sedih sebab tak mampu nak bagi pingat untuk team. Saya pernah rasa sedih bila tak mampu bagi sokongan kat teman seperjuangan. Saya pernah sedih bila penyertaan dibatalkan. Tapi semua tu  tak pernah buat saya maikn lemah. Bahkan buat saya makin kuat.

Alhamdulillah, saya sempat juga merasa naik podium menang pingat untuk UTM. Itu saya jadikan sebagai reward atas pengorbanan saya selama ni.

Tapi adat dalam permainan, ada kalah ada menang. Saya pegang kata-kata seorang senior yang memang saya hormat sampai sekarang, Abang Amir. Die pernah cakap:

"Nurul, kalau kita dah buat sehabis baik, tp Allah tak bagi jugak kemenangan kat kita, mungkin kita ada yang kurang. Cek balik, kita cukup ke tak training, latihan ok ke x. Jangan fikir kudrat kita kuat, tak payah nak training bagai. Mane yang tak cukup itu, kita tambahkan."

Betul, saya sangat setuju. Cuba kita tengok masa game, kadang-kadang kita nampak yang menang tu xde la skill bagus sgt, badan pun tak sasa mana, kayuh pun senget2... Tapi diorang menang. Kenapa? Sebab mungkin ada usaha yang diorang buat yang kita tak nampak. Mungkin diorang training berganda-ganda lebih dari kita. Senang cakap, sape buat lebih, dia dapat lebih. Jangan terlalu mengharap keajaiban. Sifu Joe slalu cakap before game:

"Kalah sudah tentu. Menang bukan mustahil"

If things are happening according to your wish, you are lucky. But if they aren't, you are very lucky. Bacause they are happening according to Allah wish.

So semua, taknak sedih2.. Jangan down sangat. perjalanan korang jauh lagi. Ingat matlamat kita P13. Dah
tak lama lg dah.


Kalau engkau jatuh,

Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.



Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!


p/s:: Matul, jangan sedih2 tau. Nanti minggu depan kita training sama2 ok? :)

0 komen penambah rasa:

Tasks need to be done.

9:00 AM syafira hassan 0 Comments


Jom buat checklist ape yang kene buat minggu ni. Enough dengan games kat putrajaya tu, awak pulun la study and catch up balik sume kelas yang awak tinggal ok, fira?

  • Computation Biology: Dataset, Literature review
  • Computer network: chapter 5, chapter 6, cisco packet tracer
  • PSM1: chapter 1, resend sume exercise 1-3
  • Protein structure & function: revise chpter 1-4 (test after raya haji)
  • HPPC: programming execise on C
  • Modelling & Simulation: revise chapter 2+3 (ready for quiz 2)

Baru je tamat game final bola sepak antara Kelantan vs ATM. Tahniah utk Kelantan sebab menang, and for ATM, bukan rezeki pasukan anda malam ni. Takpe, korang dh buat yang the best  kan J.

 Tapi tetiba sedih bila bace status2 kat facebook. Walaupun tak puas hati dgn mane2 individu or pasukan tu, tak payah la nk gelar diorg dgn paggilan yang tak sepatutnya. Maaf, agak beremosi. Such a low-minded person.

p/s:: td mkn ubat batuk. Dah lalok ni. Nite J
wassalam.

0 komen penambah rasa:

Journey.

6:11 PM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua :)

Mase tulis blog ni, tengah siap2 nak balik UTMJB. Nanti nak breakfast dulu kat ksj ni, baru gerak kuar. Tak sabar sebab nanti ade orang tunggu kat TBS, die nak teman antar saya naik bas. yeay :D

pagi tadi mase kemas2 barang terpikir jugak, hidup saya time belajar ni, asyik kehulu kehilir je. Asyik berjalan-jalan. Dah tak macam student pulak. Start dari tahun satu sampai skrg, terasa mcm JB-KL tu sebelah2 je. hehe. dah kerap sangat datang KL. Tak boring ke? hehe. jawapannya TAK. Kenapa?

Sebab setiap satu perjalanan itu ada je yang kita belajar lesson die. Tak kira kita pergi mana2 pun. Sebagai contoh, perjalanan mencari kebahagian hakiki. Saya dulu kalau dikelaskan xde la alim sangat, tapi juga xla jahat sangat. bak kata orang tengah2. Tudung dan aurat masih terjaga. Dulu solat pun main tinggal. Kalau sedar, solat la, kalau terlepas, terlepas la. Kejam kan? hmmm.. Sekarang alhamdulillah, Allah dah buka hati saya sikit2. Dari susah nak solat penuh, sekarang dah boleh penuhkan 5 waktu. dari pakai baju saiz muat-muat je, dah saya besarkan baju tu. dari tak pakai stokin, saya pakai. cume tudung saya masih lgi saiz biasa cume bezanya dulu saya selempangkan atas bahu (tak cover dada), sekarang dah jatuhkan.

Tapi saya runsing jugak, sebab kadang2 datang waktu saya balik kt perangai asal saya. Betul la kata orang, dugaan bagi yang nak berubah ni lagi besar. Makin kita nak dekat dengan Allah, makin giat la Syaitan datang menghasut. So saya harap, diri saya kuat nak tepis semua bisikan syaitan yang menyesatkan. :)

Saya tahu perjalanan hidup kat bumi Allah ni tak lama. So biarlah saya kumpul banyak-banyak amal untuk bawak ke dunia yang abadi disana nanti. Insyaallah :)

p/s:: saya bercita-cita nak jejakkan kaki kat Makkah dalam usia muda. Moga dipermudahkan segala urusan. Amin..

0 komen penambah rasa:

Nak kerja or smbung belajar ek?

6:20 AM syafira hassan 0 Comments



Assalamualaikum J

Tadi ada sorang sahabat ada tunjuk pamplet pasal MyBrain15. Mybrain15 ni kire macam satu pembiayaan  pengajian untuk peringkat pasca ijazah macam peringkat Master or Phd. Then saya pun terfikir pasal ape rancangan lepas abes degree nanti ek? Nak sambung balajar or nak kerja cari duit? Hmm..susah nak wat keputusan.

Disebabkan rasa ingin tahu yang terlalu tinggi, saya ade la korek2 sikit info2 dari senior, bace2 kat internet pasal macam mane nak sambung belajar pas degree. Bila UTM dah dinaiktarafkan sebagai RU (research university), mmg ramai la student dapat offer sambung buat master and Phd kat sni. Last week dapat tahu, UTM is the only IPTA in Malaysia that have more than 50% postgraduate students. Huiyoo..patut la macam ramai je muka2 genius-dewasa-berkeluarga kat sni. Hehe.

Bila da risik2, dapat tahu yang kalau nak buat Master, ade 2 cara. Satu course work, lagi satu by reasearch. Kalau course work ni tempoh die pendek sikit, dalam 3 sem je. Belajar macam peringkat degree, kene attend kelas and ade final jgk (kot?). Macam best je kan? Tapi yang tak best bile sepanjang tempoh 3 sem tu, kene tanggung sendiri penginapan, makan minum. Kebiasaannya biasiswa dan pembiayaan ni cume cover untuk yuran je. So solution, ramai senior2 saya buat kerja part time sebab nak tampung hidup kat UTM.

Lagi satu by research. Saya tak faham sangat, yang tahu kelebihan student yang buat by research ni dapat duit ala2 gaji/elaun dari SV diorang. So mcm keje jugak kan, tempoh pengajian pun agak lama dalam 4-5 sem.

Puas duk fikir2, saya rase nak sambung buat master jugak la. Yang course work tu. Hehe. Tapi nak suami saya tanggung makan minum. Boleh x agak2? Hehe. 

0 komen penambah rasa:

Antara harapan dan putus asa.

7:03 AM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum wbt..

haven't post any entry in this blog for around a month and i guess its isn't surprising since I really busy. Masuk sem ni, macam-macam kena fikir. Dah jadi senior ni, makin banyak kena buat. PSM alhamdulillah, tajuk telah di'approve'kan dengan jayanya. :) Skrg duk tgh faham2 tjuk, pastu nanti akan menyusul la sakit-sakit otak sebab nak kena siapkan menda alah ni.

Lokasi saya skrg ni kat UTMKL..bukan kt UTMJB. pelik tak? pelik tak? hehe. Memang ni la rutin saya selama 4 tahun kat UTM. kejap2 JB, kejap2 KL. hehe. nak tahu kenapa? sebab saya ni atlit sukan air. ecececeh...hehe. Saya atlit kayak untuk team UTM for 4 years. Dah taraf super senior dah. Tapi sem ni saya tak main game pun disebabkan ade beberapa alasan. ni lah yang saya nak cite.

Sepanjang penglibatan saya dalam sukan ni, banyak jugak pencapaina yang saya dapat. Pingat perak n gangsa dah pernah dapat, Emas je belum. Target saya sebelum grad, atleast nak dapat jugak EMAS untuk diri sendiri. Dulu masa badan tengah fit, harapan tu mungkin ada. Tapi lepas saya tinggal kejap training sebab prktikal 6 bulan, target tu dah jadi makin samar-samar je.

Bila dah lama tak training, endurance dan stamina hilang entah ke mana. masuk sem aritu cbe utk jog, tapi malangnya tak sampai 1km pun dah separuh mati. adei.. so mase ni la datang rasa putus asa dalam diri. Rase mcm dah taknak libat lagi dalam sukan ni. Tengok junior2 pun dah segan. Diorang selamba nye memintas i mase jog tu. wuwuwu.. sampai hati korang...

Tapi kalau fikir balik, saya ni bukan jenis yang cepat putus asa. Kalau ada benda yang saya nak, saya akan cuba dulu. Kalau betul-betul tak boleh baru saya give-up. Macam mula-mula masuk kayak dulu, asyik terasa je sebab kene marah-marah dengan senior, kene perli-perli, tapi saya tetap tak putus asa nak main jugak kayak. tak peduli la diorang cakap apa, sampai la saya ke tahap sekarang. So i really wanna thanks to all my seniors, saya tau korang sayangkan saya. sebab tu marah2 kan? nak saya berjaya. hehe. 

Tadi tengahari ade borak2 dengan sorang junior, saya cakap kat dia, minat nak main lagi. Tapi kalau nak buat come back mcm dulu2, memang akan ambil masa. Skrg pun saya rasa skill saya xde masalah, cume endurance tu tersangat la kurang. So, buat keputusan tak nak putus asa lagi. 

Saya nak cuba yang termampu dulu. Skrg nak paksa sikit2 diri rajin2 jog. kalau dulu nak tarik ergo 1km pun sakit, tapi Alhamdulillah, sekarang 2km pun no hal. :) Aritu buat 5km best2. Game last saya nanti mungkin MASUM 2013.  dapat ke tak capai sasaran emas, tu belakang cerita. Yang penting kita usaha kan?

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yag tidak pernah mengalah.

peace:: lovevikingfromthesouth.

Good luck untuk game esok ye sume!!

Tahniah semua yang dapat ke cara Final esok.

tk1 500 : atin(w) azri(l)
tk2 500 : matul/khalida(w) acik/pehe(l)
tk2 1000 : nana/put(w) arimi/rafi(l)


 



0 komen penambah rasa: