MY FIRST JOB INTERVIEW + MY FIRST JOB OFFER = I'M GETTING A JOB. YEAY!!!

11:59 PM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan, saya akan cerita pasal temuduga, macam mana saya dapat tawaran kerja dan apa kerjaya saya sekarang. Bismillahirahmanirrahim....

Alhamdulillah, lepas habis je peperiksaan akhir saya kat UTM, saya terus je balik kampung. Malas nak duduk UTM lama-lama sebab nak puasa kat rumah. Kursus software testing pun saya tolak atas sebab-sebab tertentu. Maaf Intan, tak dapat join. Duit tak berapa nak ada. Hehe..Alasan.

Saya balik Kemaman seminggu lepas pembentangan projek akhir. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk berpuasa cukup sebulan bersama keluarga selpas hampir 6 tahun di perantauan.. Sambut raya pun memang sakan macam tak pernah sambut raya. Punyalah excited.

Lepas duk sakan raya, pun dah bermula lah soalan cepu-cemas dari sekeliling, tanya bila nak kerja. Whaat? Wuwu...Tak habis enjoy lagi ok... Lepas tu duk tengok facebook kawan-kawan yang lain sama-sama habis belajar. Ada yang dah kerja, ada yang sambung belajar. Macam-macam. Encik Mazuan pun dah mula tanya bila nak mula cari kerja. Masa tu la baru timbulkesedaran nak cari kerja. Tapi masa y tu pun tak bersungguh lagi. Hehe, tak puas lagi rehat kat rumah. Atas dasar sayang kan kekasih, En Mazuan la yang tolong buatkan akaun Jobstreet, macam-macam lagi web nak cari kerja untuk cik Syafira. Semangat nak suruh dekat dengan dia. Haha. Masa mula-mula tu, semua kerja saya apply. Tak cukup kat jobstreet, sampaikan kerja jual tiket bas pun saya apply. 

Awal Ogos, kak ina call saya suruh hadir interview kat Ranaco. Terkejut sebab tak sempat nak sedia apa-apa. Cuak! Esokkan nya, mak ayah yang hantar ke Ranaco. Bismillah bukan main. Interview as a Instructor. Main jawab je punya pasal, keputusannya memang tak dapat. Senyum je, ambil sebagai pengalaman untuk temuduga yang seterusnya.

Ingatkan dah tak tak ada jodoh dengan Ranaco,tapi rezeki Allah nak bagi saya kerja jugak kat sana. Dua minggu lepas tawaran pertama tak dapat, saya dapat panggilan kedua dari HR Ranaco. Panggil temuduga untuk kali kedua tapi untuk jawatan yang berlainan. Berkat doa saya siang malam, dengan doa mak ayah yang nak saya kerja kat kampung, akhirnya saya dapat juga bekerja di Ranaco. 

"Industrial Coordinator"

Teman-teman ofis : Kak Na, Nadia, Najwa dgn Kak Mira

First time  bagi taklimat kat pelajar.


 Tu jawatan saya sekarang. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Assalamualaikum.


You Might Also Like

0 komen penambah rasa: