My Engagement Day
Assalamualaikum..Mula-mula sekali nak minta maaf sebab terpaksa tunda untuk post entry yang sepatutnya. Tak tahu kenapa, sejak kerja ni, macam dah tak pandai pulak nak tulis-tulis blog. Macam mood tu asyik tak sampai je kalau nak mengarang. Hmm.Insyaallah, nanti kalau ada kelapangan...(kalau ada), saya akan update post yang lepas-lepas tu.
Kali ni saya nak cerita sikit-sikit la pasal majlis pertunangan saya yang tak seberapa.. Jeng-Jeng Jeng...Eh!! Countdown lagi 52 hari! Kejap je rase. Dah masuk tujuh bulan saya dengan Mazuan mengikat tali pertunangan. Alhamdulillah. Kedua-dua keluarga saling menerima. Ececeh... Kat bawah ni ada sekeping dua gambar yang sempat di ambil semasa hari pertunangan saya (2 November 2013). Bersempena cuti awal Muharram.
mek up : emi rosnita hassan veil : nuraini hassan ( beading by syafira hassan) baju : encik mazuan mohammad (Masjid India) pelamin : alina hassan picture : sabri ismail |
perbincangan penting sedang dijalankan. kelihatan encik mazuan berada di depan sekali. erk,.. |
Ini mak encik Mazuan, tengah sarung cincing kat tangan cik Syafira. |
Besties!!! Yang sama-sama memeriahkan majlis. Terima kasih kerana sudi datang. :) |
Kaum kerabat yang setia menyokong,menyumbang,mengsumbangkan majlis, dari awal hingga akhir. |
Rase tu je kot nak cerita pasal majlis pertunangan hari tu. Nanti next post saya cerita pasal persiapan kahwin pulak ok?
Bye, Assalamualaikum,
SYAFIRA
0 komen penambah rasa: