Dia membesar dengan sihat..

5:45 PM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum..


22/3/16  Sarah will turn to 7 m/o. Alhamdulillah, she grew up so well. :) Pejam celik dah pandai meniarap Dan yang paling best die dah pandai gerakkan badan untuk capai objek yang jauh dari dia. Umi tak tahu dengan baby lain, tapi Sarah a lil bit funny. Whenever she tried to get something which is very far from her, instead of crawling, she rather rolled herself. Haha. I managed to get her video by doing that and show it to my hubby. He smile and laugh.


We still remember the first day she arrived at home from hospital. She was so small as a little fairy. She didn't know to smile yet, but still adorable. Everyone welcomed her.. *to Sarah, if you read this in future, just remember u have a big family. A lovely family.


I sent Sarah to a babysitter when her was 3 m/o. Alhamdulillah, she is ok. From times to times, she knew how to roll, smile, giggles, and of course bubbling. Writing about her will make me never stop to smile.

Her teacher told me that Sarah love to pose in front of camera, love when somebody put hijab on her head (alhamdulillah :) weeeee).. I have a lot picture of her wearing hijab, and you guys can see at the right panel (under the gallery). Cute right?

She love when i hug her tight when she sleep. She love it when i kiss her on her tiny lips and rosy cheeks. She will smile and laughing a lot. But whenever her abah wanted to do the same, she will avoid it. Haha. I guest she doesn't like her abah's beard. Hehe.

Okay.. What else dia suka ya? Jom saya listkan.

1. Didi and friends.
    Bila dengar lagu Didi je, terus angkat kepala cari kat mana lagu tu. Haha. Her Abah selalu usik dia.     Play youtube lagu Didi then minimize browser tu. Sarah pulak terpusing-pusing kepala cari mana       bunyi tu datang. Alhamdulillah, tu maknaya sarah ada pendengaran yang baik. Hehe. Tetiba pulak       buat eksperimen.

2. Tokki and Mok
    She call my parents Tokki and Mok ( Grandfather and grandmother). Everynight, she well sit on         Tokki's lap while watching Buletin Utama. Haaa...Hebat tak? ahaha. Moga sarah jadi seorang             yang tahu perkembangan dunia ya lepas ni.

3. Kiss on her lips and cheeks
    She loves it soooooo much!!! haha

4. Roll her body
    Whenever i put her on my lap, she will roll her body until she fell on fall.. Hmm... tah tahu la               kenapa suka sangat badan kat lantai, kepala kat riba. Macam-macam Sarah ooooiiiiii!

5. Ada banyak lagi sebenarnya.. kang tulis panjang-panjang malas pulak orang nak baca kan... okay, masa untuk sambung kerja. Bye,,.


Salam,

Love,
Umi of Maisarah and Zaujah of Mazuan.


0 komen penambah rasa:

Wajah baru...

12:02 AM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..

Masih ada kesempatan untuk update blog untuk kali ini.

Perasan tak? Perasan tak? haha..

Tara.....

Blog dah ada wajah baru..

Dah tak colourful macam dulu lagi dah.

More matured tua ehhhh...

Tetiba ummi (mula dari post ni, start guna umi, dah taknak saya, aku, hakak, kakak...), rasa macan nak ubah pulak design-design ni.

Yela, dulu zaman muda remaja, templat haruslah remaja kan. Kali ni pilih yang warna ala-ala lembut gitu, ibarat kelembutan kasih ibu.. Chewah.. ahaha.

So guys, enjoy ya tengok-tengok kat sini. Umi tak reti jugak, main download je td.

Macam panel button kat atas tu, sila jangan tanya ya kenapa tak boleh klik. Sebab memang dah ada dalam templat die. Tak reti pulak nak buang (nampak tak dia punya buta IT tu tahap gunung mana). kahkahkah..

Insyaallah dengan adanya templat yang baru ni, moga umi pun nanti akan dapat semangat baru untuk terus berblog. Walaupun umi tahu (korang semua pun tahu), yang blog-blog ni semua dah tak glamour macam dulu.. Betul kan? Betul kan? (Please angguk).

Tapi ni je tempat umi nak luahkan perasaan, nak kongsi cerita, nak mengumpat, nak hiburkan hati yang lara. Biar jugak jadi tatapan anak-anak dan cucu-cucu umi kalau umi dah takde satu hari nanti.

Wassalam,

Umi of Maisarah a.k.a Zaujah of  Mazuan


0 komen penambah rasa:

MY CURRENT LIFE

10:12 PM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum..

Pejam-celik-pejam-celik..

Dah 3 tahun saya menjadi seorang wanita bekerjaya. Alhamdulillah, itu juga bermakna yang saya dah 3 tahun berkhidmat dengan Ranaco Group. Banyak suka-suki saya dapat dan yang paling best ialah : Bestfriends!!! Haha.

Saya mula keja tahun 2013, masa tu masih bujang trang tang tang. Bangun pagi, siap-siap, hidupkan enjin kereta, terus pergi ofis. Ohoi... Senang nye dalam hati kan.. Al-Maklumlah, orang bujang, duduk dengan mak ayah pulak tu. Haha.

Pada Ogos 2014, saya selamat mendirikan rumah tanggan dengan suami tercinta. Disebabkan kami PJJ, rutin harian tetap macam biasa.  Bangun pagi, siap-siap, hidupkan enjin kereta, terus pergi ofis. Ohoi Ohoii Ohooiii... Kali banyak ohoii dia. Haha. Macam orang bujang uols...

8 bulan PJJ, suami di VSS kan oleh syarikat dia kat KL. Mulanya rasa sedih, sebab masa tu saya tengah pregnant, tapi kuatkan semangat. Selalu ingat yang rezeki Allah tu ada di mana-mana je kan? Tapi tu la, di sebalik ujian, mesti ada hikmah. Alhamdulillah, lepas dapat VSS, dia balik Kemaman, maka bermulalah kisah kami duduk sebumbung sebagai suami isteri. Weeee....

Kalau dulu bangun pagi boleh lengah-lengah gosok baju dgn tudung sambil tengok cite tanyalah ustaz, sekarang tak lagi. Bangun awal teringat kat suami. Kunun2 nak bangun awal masak breakfast, tapi malangnya hanya tinggal harapan. Hahaha, Dengan perut boyot, kami hanya mampu makan di warung Kak Na. Hehehe. Kesian suami.

Bermula Ogos 2015, sekali lagi rutin hidup berubah. Alhamdulillah, di hadiahkan oleh Allah s.w.t dengan kehadiran si Comel Maisarah. Hebat perancangan Allah, dia tahu kita ni jenis susah bangun pagi, dia bagi anak yang subuh-subuh dah buka mata. Hamik kau.. Hahaha. Kalau dulu asyik subuh gajah, skrg jarang-jarang terlajak. Alhamdulillah jugak tu...

Oktober 2015, saya masuk kerja setelah cuti bersalin. Anak still tinggal dekat rumah dengan abah dia. Masa tu husband belum dapat keje lagi. Then dapat berita yang tak gembira sikit, iaitu tempat kerja dah kena pindah ke Kijal. Jauh sikit dari umah. Kalau dulu sempat lg pegi kerja bertolak pukul 7.45, tapi sekarang, pukul 7.10 dah kena gerak. Sebab takut jem.

Januari 2016, mula hantar anak kat taska. Cabaran lagi tinggi. Haha. Pukul 7.00 dah ready nak start enjin kereta, tunggu kak Ina hantar Adeeb, Dalam 7.05-7.10 mula gerak. Dalam kereta, dengan ada dua orang baby  besar dan baby kecik, sangat mencabar keimanan. Tiap kali Maisarah @ Adeeb menangis, mase tu jugak saya akan selawat kuat-kuat. Senyap terus berdua tu. Kalau tak jalan jugak, saya ketuk la tingkap ke, botol air ke, kreatif sangat kan... Tapi menjadi. hehe.

Pukul 5 ptg, balik umah, ambik anak kat taska pkul 5.30 ptg, so pukul 6.00 ptg sampai umah. Pastu rehat sepanjang hari. Yes, itulah rutin hidup hari bukan hujung minggu saya. Terima kasih...

:D

*lupa nak cakap. Suami dah dapat kerja, tapi biasa-biasa je. Alhamdulillah, mampu tanggung kami anak beranak.

0 komen penambah rasa: