sedih

Sedih..

10:23 PM syafira hassan 3 Comments


Assalamualaikum..

Mula-mula sekali, saya tersangat-sangat ingin meminta maaf andai saya ada melukakan hati banyak orang. Saya tahu kadang-kadang bila datang nafsu amarah, apa yang keluar dari mulut ni bukan lah dari akal yang sedar. Sebab itu saya jarang tersinggung jika di marah orang kerana mungkin dia tak bermaksud sedemikian.

Lately, ramai yang menegur saya makin pendiam tak macam dulu. Sebelum ni saya memang seorang yang sangat banyak bercakap. Dari sekolah memang orang kenal saya sebagai yang sangat suka bercakap. Sebab saya suka membaca, saya suka berkongsi apa sahaja yang saya tahu. Bila dah semakin dewasa, saya mula berfikir yang saya kena jaga adab dan percakapan. Saya pernah cuba untuk tidak bercakap banyak sehari tapi kawan-kawan mula fikir yang bukan-bukan.

Kita tak boleh nak suruh orang untuk berfikiran positif. Bila saya diam, ada antara rakan merasakan saya sudah tak suka untuk bergaul dengan mereka. Padahal saya tak pernah berniat sebegitu. Bagi orang yang tak berapa kenal rapat dengan saya, mungkin mereka beranggapan saya seorang yang pendiam, kurang ramah dan sombong. Saya memang tak salahkan mereka, sebab memang saya susah nak senyum dengan orang yang saya tidak kenal.

Kata orang, kerana mulut badan binasa. Lidah ni tajam, kadang satu perkataan yang keluar dah boleh rosakkan hubungan persaudaraan. Saya jenis yang tak pandai marah orang. Kalau orang marah saya, biasa nya saya senyap je. Simpan dalam hati dulu, kalau dah tak tahan pergi jauh-jauh dari orang, pastu menangis. Saya tak kisah orang panggil saya cengeng, sebab dengan menangis saya dapat buang rasa sedih tu jauh-jauh. Saya dapat rasakan yang saya banyak resemble my emak. Mak saya jenis yang sabar, tak suka kecoh-kecoh. Ayah pulak jenis yang agak baran. So saya rasa, sifat sabar mak tu yang buat mak ayah saya sesuai hidup berpasangan. Seorang panas, seorang sejuk. Sweet je kan? J Kalau orang tengah marah, kita lawan, lagi tak akan habis.

Tapi kadang-kadang amarah saya meletus jugak. Kalau dah marah-marah, semua benda keluar dari mulut. Biasanya bila saya luah kat kawan-kawan. Apa yang kita rasa dengan harapan boleh gembirakan kita. Saya sedar bila bercakap dengan hati yang sedang marah, fitnah tu boleh berlaku. Saya sendiri pernah terlepas cakap perkara yang tak betul (astagfirullahaladzim). Selalunya kita tak sedar mulut kita telah mengeluarkan pelbagai kata-kata yang kadang-kadang tidak telintas langsung di hati kita untuk mengatakan hal sedemikian.
Ia merangkumi jenaka2 yang tidak berfaedah, kutukan2 terhadap seseorang, bercakap mengenai perkara yg tidak penting dan sebagainya. Justeru, sungguh bermanfaat kepada diri sekiranya dapat kurangkan bercakap..Bercakap hanya bila perlu sahaja.

Tidak salah untuk menjadi seorang yang peramah, tapi biarlah pada tempatnya. Bertegur sapa dengan baik dan barakah. Serta niat di hati hendaklah kerana Allah Taala. Semoga kita semua diselubungi cahaya petunjuk Allah sentiasa agar menjadi insan yang lebih baik dan terbaik..bukan di mata manusia tetapi di sisi Allah..InsyaAllah. Saya taknak terbeban di akhirat kelak.

p/s: Saya tahu mungkin ada yang terasa hati dengan saya. Kalau angin saya tak ok, saya suka sendiri-sendiri. Tapi tu tak bermakna saya tak suka berkawan. Cuma saya lebih selesa berseorangan sebab saya tak suka susahkan orang lain. Hati saya tak gembira kalau orang lain terpaksa susah disebabkan saya. Selagi saya boleh buat seorang, memang saya tak suka susah orang lain. Semua orang fiil dan perangai memang tak kan sama. So, memang kita perlu faham perangai masing-masing. Sorry for that.

Wassalam.


3 komen penambah rasa:

bcsynergy,

Superb dinner!! Thanks BC Synergy :)

10:54 PM syafira hassan 4 Comments

Assalamualaikum.. :)

Just let the pictures speak for themselves.

Jumaat lepas, tempat keje saya BC Synergy ada buat majlis makan malam tahunan. Kali ni diorang buat kat tempat yang sangat best dan cantik. Nak tahu kat mane? Sila la datang ke Flora Cafe kt Ampwalk. Serius, tempat ni sangat cantik dan sape2 yang rase nak buat majlis birthday ke, dinner ke, memang sesuai sangat. Tema dinner hari tu Flora n Fauna. Jenuh duk selongkar baju lam almari, memang xde bju bunga-bunga ni. Baju kurung banyak la. Last2 decide pakai blouse yang xde bunga2 langsung. Hehe. Takpe la sy xjd bunga, saya jadi batang pokok pon boleh, flora jgk kan?(baju saye kaler coklat, mcm balak pun ade) haha.



Mula-mula sampai, nampak tanda ni dulu.


Cantik kan? :D

Lagi gambar cantik+bunga2

Ni gambar 11 orang budak2 praktikal kt BC. Dr kiri, saya, Amril, Intan, Anuar, Mei, Sue, Zack, Fahimm, Sikin, Wana and Lan.
Yang berdua tu ialah boss besar kitorang. Hehe. Puan Khairani dan En. Yosof. Diorang ni suami-isteri tau.
Sweet sangat.


This is Intan. my housemate..My roomate.. my tablemate ehehe. 


Ini penyanyi import dari Utm Skudai. ehehe. xde la.
Nampak gemok kan? wee...yang nyanyi tu saya, and yang main gitar tu Lan. Kami dipaksa dan terpaksa untuk mempersembahkan bakat2 yang terpendam. sob3. kira nya wakil bdk2 prktikal untuk perform. Sadis gak la, xde prktis2, tup2 kne nyanyi. wa...


Makan....makan...dan makan lagi....hehe


tq kat intan sbb amek gmbar budak kat atas ni. :D

Babai...

4 komen penambah rasa:

Ujian hidup

10:24 PM syafira hassan 0 Comments


Assalamualaikum.


"Barang siapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika kau sakit, jangan segera menerima sembuh.."


Entri kali ni saya pada hari ini, saya catatkan sebagai peringatan kepada diri yang asyik di uji dengan gangguan kesihatan. Selama saya berada di Kuala Lumpur ini (Latihan Industri), agak  kerap saya mengalami demam yang kadang-kadang membataskan saya untuk menyiapkan kerja. Tapi Alhamdulillah saya masih mampu menggagahkan diri.


Terima kasih kepada kawan-kawan yang sama praktikal dengan saya terutama Intan. Kalau saya sakit demam dan pening, dia la yang terlebih bimbang. Dia masak nasi untuk saya sebab saya dah xde tenaga nak bangun.


Hari ini, perut saya meragam, diarrhea barangkali. Mungkin sebab makan nasi gorang semalam. Saya tak nak membazir, so saya gune nasi tu untk masak (nasi tu ditanak sehari sebelum). Semalam langung saya tidak tidur, berulang ke tandas berkali-kali. Pagi tadi saya sangat-sangat tak bertenaga. Perut pun mual dan dah mula rasa pening. Kalau keadaan saya masih tidak pulih, malam ini insyaallah saya akan mendapatkan rawatan.

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cobaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
                                                  (HR. Bukhari-Muslim)


Saya menulis ini sebenarnya mahu berkongsi tentang hikmah sakit dalam Islam. Sebagai hamba Allah, setiap yang berlaku pasti ada sebabnya.Pernah diriwayatkan Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda. 


“Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.” 


Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda.


 “Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim) 


Sebab itu, bila kita sakit maka kita perlu sentiasa ingat bahawa ada yang tersirat disebalik sakit yang datang itu. Selain daripada Allah ingin menghapuskan dosa, sakit juga adalah peringatan yang datang daripada Allah kepada kita. 


Bagi saya banyak hikmah sakit ni. Yang pertama sekali, Allah nak bagi kita peluang untuk rehat. Sakit ni jugak mungkin teguran atas kesombongan saya. Ketika sihat, saya mungkin terkadang fikir saya ni boleh buat apa sahaja. Langsung tak ambil iktibar dengan orang-orang yang kurang upaya. Tetapi ketika sakit, saya sedar. Segagah mana saya sebelum ni, nak melangkah pun kena ada orang yang tolong.


Masa ni jugak saya sedar yang sakit tu mampu memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika saya sakit, semua kawan-kawan ambil berat. Keluarga saya pasti akan risau akan saya, tetapi saya kadang-kadang mengambil inisiatif tidak memberitahu keadaan kesihatan kerana tidak mahu merisaukan mereka.


Benar kita lupa pada illahi seketika mana kita dalam keseronokan tanpa apa-apa masalah. Namun ketika di timpa ujian, kita keluh kesah menyalahkan "beban" yang menimpa diri. Wahlal ia adalah ujian dari Allah sebagai hukuman atas kealpaan sendiri.


Lagi satu saya sangat bimbang dengan masalah hemoglobin yang rendah. Dah berkali-kali cek mase nak derma darah. Mesti tak boleh dan rase down bila Dr cakap kadar hemoglobin saya sangat rendah.. bacaan 10..padahal minimum utk wanita dewasa ialah 13-16.. nampaknya saya kena rajin mkn bayam ngan kerang :).. sebab kesan hemoglobin rendah ni sangat bahaya.. boleh mengakibatkan pendarahan/masalah sum-sum tulang.. (takkan sebab tu saya selalu sakit tulang belakang ek?)

p/s: mungkin sebab saya jarang bersenam lately, saya senang jatuh sakit :). Hujung minggu ni kalau sempat nak pergi jog.

0 komen penambah rasa:

Ragam.

7:52 PM syafira hassan 0 Comments

belajar tak kira tempat kan?


Salam.


Saya tak tahu nak cakap perasaan saya sekarang ni macam mane. Sob3. Happy pun x. Sedih pun tak. Geram pun tak. Masuk hari ni kira da nak masuk 3 bulan saya start praktikal kt BcSynergy. Banyak pengalaman yang saya dapat. Macam-macam. 


Dulu mase kat UTM duk jauh dari family tak terasa sangat berdikari. Ala-ala duk asrama je. tak payah nak pikir sewa umah, transport , and kalua nak makan pun gi je cafe depan hostel. Sekarang bile kerja banyak sangat yang lain.


Saya sewa bilik dengan lagi sorang kawan saya, Intan. Sebelum kene tukar ofis baru kat UM ni, kitorang tumpang kereta fahim g kerja. So transport xde masalah sangat. Masuk kerja pun pukul 9 pagi. Sempat masak untuk bawak bekal, lunch. kat situ duit untuk transport dan makan sangat banyak dapat dijimatkan.


Tapi sekarang dah tak sama. Umah saya kat Keramat, kerja kat PJ. Jauh sangat. Kitorang pukul 7 pagi da kene gerak dari umah, jalan kaki ke LRT Damai, terus ke PJ. Tak sempat nak masak untuk bawak bekal. Paling kurang sehari untuk transport sahaja da abes lebih kurang rm7. Tu tak termasuk nak makan breakfast dng lunch lagi. Elaun tambahan budak praktikal macam kami ni tak dapat. wuwuwu...


Dapat elaun pun macam tak dapat je. Minggu lepas pun xjadi blik kampung sebab nak save duit. Kalau pasal kerja pulak, saya macam happy jugak sebab banyak belajar benda baru. Sebelum ni, saya kene buat system .net connector 1 team dgn Amril ngan Alan. Mase tu sy sangat stress dan nangis-nangis sebab tak reti nak buat. Saya dulu kat UTM banyak belajar pasal Bioinfo, tetibe dapat projek programming kaw-kaw punye. Dah la saya tak reti sangat nak guna ASP.NET. Tapi nasib baik, Amril dan Alan banyak tolong. Kitorang buat sama-sama sampai la siap. 2 bulan jugak ambil masa nak siap benda alah tu.


Sekrang kat UMSFIS ni, saya kene serap dalam team SAP Functional for Financial. Spesifik lagi dalam Asset Accounting. Satu lagi masalah menimpa..sob3. Saya xde basic account langsung. sekarang ni baru terangkak2 nak belajar. Saya tahu debit dgn kredit je sebelum ni. :(


Da nasib budak praktikal agaknya, yang kerja remeh temeh sume kitorang kene buat. Nasi baik tak jadi budak fotostat je taw. sobsob. Bos atas saya ni perempuan. 3 orang pulak tu. Sekali jumpe diorang, mintak lain2. Bile pegi hantar report kat diorang, kene ubah balik. Kalau sekali dua xpe, ni dah berkali-kali. Sedih la macam ni.. Tapi xpela, sini bayak belajar how to handle orang lain. Kalau bos banyak songeh, saya buat2 tak tahu je. Hehe. malas nak layan.


p/s:: tadi baru je kene tegur dgn bos, die cakap kalo nak anta report yang besar2, bagi ikut pendrive. takyah nak anta gne emel. nanti inbox full. :( mane la saya tahu, aritu suh anta ikut emel je.

0 komen penambah rasa:

Hufflepuff!

2:00 PM syafira hassan 0 Comments

The sorting hat says that I belong in Hufflepuff!

Said Hufflepuff, "I'll teach the lot, and treat them just the same."
Hufflepuff students are friendly, fair-minded, modest, and hard-working. A well-known member was Cedric Diggory, who represented Hogwarts in the most recent Triwizard Tournament.
 

I really love Harry Potter and platform 9 and 3/4 is where the magic began.


I often wonder, which house that sorting hat will put me trough. It Hufflepuff. Too sad, I wish I can get into Gryffindor. I even take the quiz twice :(.


Nevermind.
Still ok as long not the  Slytherin. :D
Well, i'm Harry Potter-addicted.

0 komen penambah rasa:

Play more, Learn more.

10:41 PM syafira hassan 0 Comments



Assalamualaikum. J

Ternyata saya dilahirkan bukan untuk menjadi seorang penulis blog. Nak tulis ayat pendahuluan pun dah ambil masa hampir setengah jam..haha..shame on me.. Tapi tak kira, saya tetap nk tulis jugak. Oh lupa, hari ni saya tak sarapan pun.

Mulai hari ini, saya punya office bukan lagi kat Megan Avenue, tapi kat UM. Pejabat sementara. Bc Synergy dapat projek kat sini, so terpaksa lah berkampung, berfesbuk, ber9gag disini. Mungkin sampai bulan 7, tempoh saya habis praktikal. Pagi-pagi tadi, dah nampak 2-3 orang pelajar UM jogging. Wah, rindu giler nak jog. J Kasut baru dah beli. Nnati ade mase saya akan jog balik ok?
Back to the topic, I always want to say this, “Kawan-kawan yang disayangi, jom la bersukan. Duk dalam bilik petang-petang buat apa. Baik kuar peluh, boleh jugak kurus. Dr Rozmey dah kaya dengan filem 2 Alam, dah tak jual pil kurus”. Okay, ayat itu untuk saya.

Saya sejujurnya adalah seorang pelajar yang aktif dalam sukan sejak zaman tadika Kemas Geliga Baru (dulu aku main lari dalam guni, tapi tak menang). Sejak darjah 5 sampai la sekarang, belajar kat UTM, tak pernah missed wakil sekolah or wakil U dalam sukan. Hampir semua jenis sport saya main kecuali 1 game yang memang saya sedar diri tak boleh main. Sobsob.. Netball. Kalau anda pernah bertemu empat mata dengan saya, anda mungkin dapat tahu kenapa. Haha.

Jom saya kongsi kenapa saya galakkan anda bersukan. Ramai yang cakap, kalau kita kuat main, nanti xda masa nak belajar. “Mak ayah hantar pergi sekolah bukan untuk dapat sijil or duit, diorang nak tengok kite lulus exam, dapat masuk U, dan dapat kerja gaji besar-besar.” Seriously? Parents saya tak pernah pun cakap mcm tu.

Walaupun saya seorang yang aktif bersukan, saya tak pernah jadikan ia satu alasan untuk tidak berjaya dalam pelajaran. Dari dulu result exam saya tak pernah mngecewakan. Anda tahu kenapa? Sukan antara salah satu sebabnya. Dulu pergi sekolah pukul 8 pg, blik pukul 3-4 ptg kalau ade kelas tambahan. Pukul 5.00 ptg biasanya saya dah bersiap sedia untuk bersukan. Pukul 7 berpeluh2 blik rumah. Badan akan rasa segar selepas berpeluh. Itu yang saya rasa. Malam je, saya akan pikir ape yang saya buat sepanjang hari. Bila kita sedar yang shari tu kita tak belajar langsung, tetiba ada dorongan untuk saya menbuka buku dan mula ulangkaji. Erti kata lain, rasa bersalah sebab bersukan kuat sangat, kena lah bukak buku. Nanti buku merajuk pulak. Hehe. Tu la rutin hari-hari. Alhamdulillah, result exam sy walau tidak secemerlang orang lain, masih di tahap boleh di puji. So sape kate sukan ni boleh buat fail exam? 

Jangan sekali2 jadikan sukan ini alasan untuk tidak berjaya dalam belajar. Jangan la amalkan tidur waktu petang, lemah otak tu sat lagi. Banyak lagi yang akan kita dapat kalau rajin bersukan ni. Sukan pun ibadah jugak kan J ?

Antara manfaat lain yang anda akan dapat jika rajin bersukan:

1)      Anda berkemungkinan akan dapat jodoh menawan jejaka/gadis yang berbadan taff2.
Kalau dah nama taman rekreasi, mesti ramai orang yang badan berketak2. Awek2 pun badan cantik je. Sila la praktikkan segala teknik mengorat nada, mana tahu anda berjaya.

2)      Jimat duit
Lupakan Dr Rozmey, Yusmira ke apa-apa lagi pil kurus yang berlambak kat pasaran tu. Ambil kasut, pergi jogging. Kalo tak larat, jalan-jalan pun xpe di samping mencuci mata anda (Sila rujuk kepada point no 1) J

3)      Disiplin dan belajar menguruskan masa dengan baik.
Masa untuk belajar,kita belajar. Masa untuk main, kita main.


Pelik kan? Tadi nak mula tulis blog, macam xde idea. Bila dah tulis ni, melalut macam budak kecik dapat microfon. Haha.
                                                                                                                                                                         
p/s:: Masih menunggu bile elaun bulan ni nak masuk. Hujung minggu ni insyaallah nk blik kampung. J

0 komen penambah rasa:

start

Go no-where story. Just a random start. :D

12:06 AM syafira hassan 0 Comments

Mr.Obi

Meet my little bird :Mr.Obi. 


Dear all, it's already two years since i joined this world of blogging.

I already owned about 3 blogs before and well for some reasons, I had to delete it and I come with this new blog.


How should I start it again..hmm. First of all, I would like to humbly say I am sorry because there is nothing special about myself and, this might be the reason why I prefer to say that I consider myself a simple writer of my own life journey. I do this in the simplest, almost naive way possible.

Okay, just let me introduce you with my Mr.Obi.

And starting today, this bird will help in assisting me to update this little blog if i have no time.

Bye for now :)


0 komen penambah rasa: