Road to PAC

10:13 PM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum...

Nampak tak tajuk kat atas? hehe. Saja tulis post ni nak bagi semangat sikit. Bagi sapa-sapa yang belum tahu PAC tu apa, PAC tu PTD  Assessment Centre. Penilaian kedua untuk jadi PTD. Start 2016, exam PAC ni amaik masa 2 hari. Hari yang first ujian fizikal & kecergasan. Kalau lulus, kena amik test esei BM & BI pulak. Pastu kalau lulus lagi, ade sesi public speaking and last sekali discussion. Haa, cuak tak? haha.. Sebenarnya saya tersangatlah cuak.. Tu pasai tetiba datang angin nak menulis blog arini.

Untuk Test fizikal tu lagi saya dah cuak. FYI, berat saya selepas bersalin ni naik tersangatlah banyak. Saya perasan tapi xboleh buat apa. Sebab suka makan. hehe. Nanti ade bleep test, sit up, jangkauan, grip. Saya paling runsing yang bleep test n sit up. Terus terang cakap, saya dah lupa bila last saya jog atau bersenam. Lepas lahirkan Sarah, saya ada join satu pertandingan kayak tau. tapi lepas tu serik nak lasak-lasak sebab peranakan saya turun. So jadi trauma nak lompat-lompat, nak lari-lari. Tu la jadi salah satu punca kenapa saya tak bersukan langsung dlm setahun kebelakangan ni. Kaut sukan pun tak ada. haha. Untuk sit up pulak.. Tayar spare ni nak letak mana? Adat bersalin ceaser, perut tak ramping.  

Andai katalah saya lulus ujian fizikal tu (andai kata..), kena pulak test esei. Adei, seriously dah lupa macam mana nak mengarang. Maunya kelaut.

Post setakat ni je ya.

Nanti sambung lagi.

Bye,

Salam,

Umi Maisarah

You Might Also Like

0 komen penambah rasa: