Salam Ramadan 2015

8:22 AM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa semua :)..
Hari ni genap 26 hari umat islam berpuasa, dan Alhamdulillah saya cuma tinggal puasa selama 4 hari setakat ni.
Perut dah kian besar, dah masuk 8 bulan usia kandungan.
Raya nanti akan genap 35 minggu.

Dugaan Allah untuk setiap orang tak sama kan?
Sedih bila ada yang cakap saya mengada-ngada.
Balik kerja tak larat.
Sampai nak tolong kat dapur pun tak.

Saya senyap je.
Saya tahu limit saya kat mana.
Saya bukan tak larat.
Saya tak boleh berdiri lama. Susah saya nak terangkan kat orang lain.
Saya mungkin tiada alahan macam orang lain.
Tapi Allah uji saya sepanjang mengandung ni, kaki saya tak kuat.
Nak berjalan pun susah.
Saya rasa tak perlu saya gagahkan diri untuk tunjuk kat orang lain.
Cukuplah saya buat apa yang patut.
Tak perlu setiap benda yang saya buat, saya umum kepada orang lain.

Saya dan suami juga mahu berdikari.
Tapi bagilah kami sedikit masa.
Insyaallah, saya percaya rezeki Allah ni cukup luas.
Buat masa sekarang, Suami masih belum bekerja.
Saya selalu doakan agar rezeki Allah itu ada untuk anak dalam kandungan ni.

Tapi Alhamdulillah, saya masih lagi mampu memenuhi keperluan dan kehendak.
Tapi sampai bila, kita semua pun takkan tahu.

Insyaallah, saya akan kuatkan semangat.
Tak mahu nampak manja dang mengada-ngada di mata orang.
Biarlah kesusahan tu saya yang rasa seorang.
Biarlah kepayahan saya sepanjang mengandung ni tak mengundang iri orang.

Semoga semua baik-baik sahaja.
Akhir kata, nikmatilah malam-malam terakhir Ramadan ini dengan ibadah.

Assalamualaikum..

Note:: Biar jadi seorang ibu yang kuat macam mak.


0 komen penambah rasa: