ECV - External Chephalic Version

12:54 AM syafira hassan 0 Comments

AASSALAMUALAIKUM...

Macam dah janji, hari ni entry pasal ECV pulak. Mula-mula kita tengok ECV ni apa ya?


External cephalic version is a process by which a breech baby can sometimes be turned from buttocks or foot first to head first. It is usually performed after about 37 weeks. It is often reserved for late pregnancy because breech presentation greatly decreases with every week.


Proses ECV ni adalah proses dimana bayi/janin yang songsang dalam kandungan akan dibetulkan kedudukannya dengan cara dipusing/ditolak menggunakan tangan oleh doktor yang pakar. Kalau ikut statement kat atas, kaedah ni sesuai dilakukan semamsa kandungan berusia lingkungan 36-38 minggu. Masa ni sesuai sebab bayi masih banyak ruang untuk bergerak dalam perut kita tu.

Bagi kes saya pulak, doktor buat appointment semamsa kandunga berusia 38 minggu. Di=oktor cakap perut saya besar, air ketuban pon banyak, so elok sangat kalau cuba buat ECV.


12 Ogos 2015 
Pag-pagi lagi saya berteman kan husband datang ke hospital Kemaman. Kitorang tak makan pagi sebab doktor dah pesan awal-awal kena puasa dari tengah malam. Nak tahu kenapa? Hehehe, sebabnya ada kemungkinan ECV tak berjaya dan Emergency Czer terpaksa dilakukan. Saya dengan suami awal-awal dah siapkan beg baju baby dgn beg sya sekali kat belakang bonet kereta. MAna la tahu terjadi apa-apa hal kan senang, dah prepare siap-siap.

Mula-mula macam biasa, nurse akan pasang ECG kat perut saya untuk dapatkan bacaan heartbat baby. Alhamdulillah, baby umi sihat. Hehe. Dalam setengah jam lepas tu, baru doktor datang. Dia suruh saya baring atas katil. Doktor terang sikit pasal ECV ni. Dia tanya persetujuan nak buat or tak. Bila saya cakap setuju, saya kena tandatangan borang persetujuan.

Ok, tiba lah saat untuk buat ECV. Tangan saya dicucuk untuk masukkan satu ubat. Doktor cakap tu ubat untuk kembangkan dan lembutkan rahim. Untuk kurangkan sakit katanya. Dalam 5 minit lepas ubat tu masuk ikut tangan, jantung rasa berdegup makin laju. Bila saya tanya nurse, dia kata ubat dah bertindak balas. Dah boleh mula buat ECV.

Ada 2 orang doktor yang ada tepi saya masa tu. Sorang nama Dr. Adibah. Dia la yang ambil kes saya dari awal, dan sorang lagi mungkin doktor yang lagi pakar kot. Mula-mula doktor cari kepala baby dengan bontot dia. Sambil doktor yang lagi sorang scan ultrasound. Kuat jugak die tolak baby dalam perut tu. Terasa perit dalam perut. Dapat tengok baby slow-slow pusing ikut tangan baby. Selepas 2 kali percubaan, akhirnya kepala baby dah berada kat bawah. yeay! Berjaya pusing. ECG lepas ECV tu pun tunjuk baby takde pape.

Alhamdulillah. Doktor benarkan balik dan cakap tunggu masa nak beranak je bru datang hospital. Hehe. TQ so much.. hikhikhik. So siapa-siapa yang ragu-ragu nak cuba ECV, jangan takut sangat. Tak sakit mana pun. :)

Ok setakat ni dulu..

Wassalam...

0 komen penambah rasa: