BREECH @ SONGSANG

9:16 PM syafira hassan 0 Comments

ASSALAMUALAIKUM....

tengok tajuk kat atas? ape tu "breech"? hehe. bahasa kita-kita ni di panggil "songsang". kali ni nak cerita sambungan entry lepas. masa kandungan saya dah masuk minggu ke 36 @ 9 bulan, doktor dapat kesan yang baby dalam keadaan songsang.  kedudukan janin masa tu kepala kat atas, bontot kat bawah. patut la asyik rasa perut besar sebelah. belah kiri. belah kanan pulak rase kosong je.

bila dah dapat tahu keadaan macam tu, kelam kabut pergi klinik dgn hospital. ye la, niat hati memang nak bersalin normal la, anak sulung kan. sebab nak anak ramai (jika di izinkan Allah)..  saya pun start jugak la men"google" ape yang patut pasal bayi songsang dalam kandungan ni. cuba tengok gambar kat bawah.

Breech ni ade 3 jenis, mengikut keadaan kaki baby.


Extended breeches bila kedua-dua kaki lurus dengan pergelangan kaki berada sebelah kepala mereka. Jadi jika kita periksa dari bawah,kita dapat merasakan punggung mereka. Fesyen ini paling ramai (70%). Jenis ini juga bayi bolih dibersalin secara normal.

Flexed breeches bila kedua-dua kaki berlipat di sendi lutut dan bila diperiksa dari bawah kita dapat merasakan kedua-dua pergelangan kaki dan punggung,Jenis ini cuma 15 %  sahaja.

Footling breeches bila satu kaki berlipat di sendi lutut dan satu kaki lagi lurus atau kedua-dua kaki lurus kebawah, Pemeriksaan dari bawah terdapatnya pergelangan kaki di pintu rahim. Jens ini Cuma 15 % sahala. Jenis ini memerlukan pembedahan caesarean kerana kuatir tali pusat akan turun kebawah bersama air ketuban. Ini dipanggil ‘cord prolapse” dan risiko kekurangan oksigen pada otak bayi amat tinggi.


Kalau ikut scan, baby saya dalam keadaaan fully flexed. Keadaan yang mana peratusan untuk bersalin secara normal adalah amat tipis.

so apa usaha yang saya buat untuk menormalkan blik kandungan?

1. pegi jumpe orang yang pandai berubat. hehe. ini kalau mak2 yang jenis kekampungan memang suggest yang ni. seminggu lepas dapat tahu baby songsang, mak bawak saya pegi jumpe cik nah. makcik ni pandai berubat orang. mula-mula berat jugak hati, ye la. kalau boleh taknak la jumpa orang yang bukan-bukan. tapi pergi jugak. ciknah nagi air untuk minum dan mandi. siap bagi air untuk husband sekali sebab die cakap anak dia jugak dalam perut tu.:D redho je la.

2. yang ni ramai yang suggset. sujud lama-lama mase solat. untuk pengetahuan, saya start solat duduk atas kerusi masa kandungan 8 bulan. ni disebabkan perut saya besar, tak boleh nak sujud, sesak nafas. tapi untuk pastikan baby pusing balik, saya gagahkan jugak nak solat macam biasa. merah padam muka saya setiap kali lepas sujud tahan nafas. sambil-sambil doa dekat Allah supaya permudahkan.

3. tips yang ni kak rosi saya ada suggest. masa tengah mandi tu, hisap air yang kat hujung rambut. haha. memang x amalkan la. kite ni penggeli tau. :D


bila puas duk google sana-sini, duk tanya orang sana-sini, last-last doktor bagi cadangan untuk perform ECV.

Nanti kite crite kat semua macam mane proses tu..

bye-bye..

You Might Also Like

0 komen penambah rasa: