Oh perut lapar!
Assalamualaikum.Tadi saya marah 1 of my friends. Ada sebab-sebab tertentu. Tak ada la besar sangat salah dia, tapi agaknya sebab saya tengah lapar. Mata pun tengah mengantuk. Saya cukup pantang kalau orang buat hal mengarut.
Dah la panas kene tahan lapar, datang pulak masalah menimbun-nimbun. Angin betul.
Saya bukan la orang yang cepat moody sangat. Tapi saya perasan kalau saya tengah lapar, memang cepat naik angin. Kadang-kadang boleh tahan, tapi tadi entah macam mane geram dengan perangai dia yang tak pernah nak berubah. Tapi last-last saya jugak yang tak sedap hati buat orang macam tu. Sensitif la pulak kan? Hehe. Ni semua kerja si Setan duk hasut tadi. Haish, nanti la minta maaf.
Lagi saya, kalau boleh jangan la kacau kalau saya nak tidur. Kawan-kawan saya mungkin dah faham yang saya ni jenis tidur awal. Pukul 11 biasanya dah lelap. Kalau tak tidur lagi pun time tu, saya prefer tu sebagai masa privasi. Masa nak rilek-rilek otak. Pantang la kalau dah tahap mengantuk gila, ade yang datang ketuk pintu bilik. Tak leh nak tunggu esok2 ke. Kalau penting tak kisah. Ini setakat nak datang melepak and bual-bual. Dah tu bila kita buat-buat menguap 5-6 kali, tak faham-faham jugak. Wuwuwu.. saya nak tidur la.. Sobsob.
Tapi kalau pagi-pagi tak pulak saya marah kalau orang kejutkan ke, ganggu ke. tak kisah sangat. Cuma time nak start tidur tu jangan kacau okay? :)
wasalam.
0 komen penambah rasa: