Peluang..

9:30 PM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum..

Pagi tadi saya di tegur oleh En.Hairuddin. Lecturer SCI yang dulu penyelaras program SAP. Luckily dia masih kenal saya. :) Dalam berbual-bual, dia ada tanya whether saya berminat nak buat summer course kat oversea. Kat jepun or Thailand. Yup of course saya nak. Peluang memang tak datang banyak kali kan? Saya ada bagi nombor telefon dengan nama kat En. Din. Dia cakap kalau ada rezeki, dia akan kontek saya balik.

Dia juga ada pesan suruh jumpa isteri dia, Dr.Azurah kalau nak tahu lagi banyak program ke oversea. Nnatila kalau ada masa nak pergi jugak. Fully sponsored, hoho...

Well, tadi ada jugak ajak Mira and Intan join. Dan macam biasa, diorang tak berapa minat nak join. Lagi2 saya cakap mungkin pegi Thailand. Kecewa jugak diorang cakap tak berminat nak pegi kalau setakat ke Thailand. Rugi kan? Tak kira la dekat ke jauh tempat yang kita nak pergi tu, janji niat kita nak tuntut ilmu. Nak kenal negara orang. Saya setakat ni dah pergi Indonesia. Pergi Dumai, tapi itu saya dah cukup bangga. Biar la orang cakap tak heran kalau setakat pergi seberang je. Yang penting saya dah pernah keluar dari Malaysia. Bila lagi nak dapat peluang macam tu, free semua ditanggung.

So, kalau boleh sebelum grad, saya nak pergi lagi skali ke luar negara kalau ada peluang. Saya tahu masa agak suntuk sebab saya kene siapkan PSM lagi. Tapi kalau saya betul-betul pandai guna masa yang ada, insyaallah semua dapat kejar. Belajar ok, berjalan pun ok kan? :)

p/s:: Genome mining assignment kena buat review papaer, 2 persons each group. Nak buat macam mane ek, dah terbiasa pulak nak buat kerja sorang-sorang. Sabar ek Intan, dapat groupmate macam aku ni. Hehe.
Tadi dah amek vocer buku. This weekend nak belanja kat Kinokuniya :)



You Might Also Like

0 komen penambah rasa: