siapa jodoh saya.
Assalamualaikum.Short entry to those yang asyik tanya bila saya akan kahwin. Saya tak dapat bagi jawapan pasti.
"Jodoh itu urusan Allah."
Sahabat saya cakap, Allah dah tetapkan jodoh kita masa umur kira 4 bulan dalam rahimibu lagi. So kenapa dipersoalkan siapa jodoh saya. Sampai masa, andai memang takdir Allah, saya akan berkahwin dengan jodoh saya.
To Khilafah Islam: thanks. Somehow awak dah sedarkan saya dengan takdir Allah.
Jangan kerana kita dah kenal pasangan kita, dah couple berbulan-bulan dan bertahun-tahun, kita yakin dia jodoh kita. Tak itu semua urusan Allah. Saya sendiri pernah couple dengan lelaki lain sebelum ini, dan pernah rasa yakin yang dia adalah jodoh kita. Tapi, putus selepas lebih kurang setahun. Nampak?
Beriya-iya juga saya cuba menjaga hubungan dengan dia, ternyata itu mungkin ujian Allah. Ada hikmah, mungkin Dia mahu kita mencari yang lebih baik.
Alhamdulillah, saya sekarang sudah ada seseorang yang bertahkta dihati. Saya sayang dia. Kami memang merancang untuk ke arah perkahwinan. Tapi yang sebagai mana yang tahu, kita hanya mampu merancang. Yang selebihnya Allah yang menentukan.
Berdoalah. Saya juga berdoa agar dia menjadi teman hidup saya didunia. Seterusnya bimbing saya sampai ke syurga.
p/s:: Kawan2, bukan saya tak mahu kahwin, tapi isu ni belum sesuai dibincangkan. Anda semua tidak berada di tempat saya. Saya mohon anda semua faham. Andai sudah tiba jodoh saya, Insyaallah saya akan menjemut semua. :)
wasalam
0 komen penambah rasa: