Ujian hidup

10:24 PM syafira hassan 0 Comments


Assalamualaikum.


"Barang siapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika kau sakit, jangan segera menerima sembuh.."


Entri kali ni saya pada hari ini, saya catatkan sebagai peringatan kepada diri yang asyik di uji dengan gangguan kesihatan. Selama saya berada di Kuala Lumpur ini (Latihan Industri), agak  kerap saya mengalami demam yang kadang-kadang membataskan saya untuk menyiapkan kerja. Tapi Alhamdulillah saya masih mampu menggagahkan diri.


Terima kasih kepada kawan-kawan yang sama praktikal dengan saya terutama Intan. Kalau saya sakit demam dan pening, dia la yang terlebih bimbang. Dia masak nasi untuk saya sebab saya dah xde tenaga nak bangun.


Hari ini, perut saya meragam, diarrhea barangkali. Mungkin sebab makan nasi gorang semalam. Saya tak nak membazir, so saya gune nasi tu untk masak (nasi tu ditanak sehari sebelum). Semalam langung saya tidak tidur, berulang ke tandas berkali-kali. Pagi tadi saya sangat-sangat tak bertenaga. Perut pun mual dan dah mula rasa pening. Kalau keadaan saya masih tidak pulih, malam ini insyaallah saya akan mendapatkan rawatan.

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cobaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
                                                  (HR. Bukhari-Muslim)


Saya menulis ini sebenarnya mahu berkongsi tentang hikmah sakit dalam Islam. Sebagai hamba Allah, setiap yang berlaku pasti ada sebabnya.Pernah diriwayatkan Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda. 


“Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.” 


Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda.


 “Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim) 


Sebab itu, bila kita sakit maka kita perlu sentiasa ingat bahawa ada yang tersirat disebalik sakit yang datang itu. Selain daripada Allah ingin menghapuskan dosa, sakit juga adalah peringatan yang datang daripada Allah kepada kita. 


Bagi saya banyak hikmah sakit ni. Yang pertama sekali, Allah nak bagi kita peluang untuk rehat. Sakit ni jugak mungkin teguran atas kesombongan saya. Ketika sihat, saya mungkin terkadang fikir saya ni boleh buat apa sahaja. Langsung tak ambil iktibar dengan orang-orang yang kurang upaya. Tetapi ketika sakit, saya sedar. Segagah mana saya sebelum ni, nak melangkah pun kena ada orang yang tolong.


Masa ni jugak saya sedar yang sakit tu mampu memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika saya sakit, semua kawan-kawan ambil berat. Keluarga saya pasti akan risau akan saya, tetapi saya kadang-kadang mengambil inisiatif tidak memberitahu keadaan kesihatan kerana tidak mahu merisaukan mereka.


Benar kita lupa pada illahi seketika mana kita dalam keseronokan tanpa apa-apa masalah. Namun ketika di timpa ujian, kita keluh kesah menyalahkan "beban" yang menimpa diri. Wahlal ia adalah ujian dari Allah sebagai hukuman atas kealpaan sendiri.


Lagi satu saya sangat bimbang dengan masalah hemoglobin yang rendah. Dah berkali-kali cek mase nak derma darah. Mesti tak boleh dan rase down bila Dr cakap kadar hemoglobin saya sangat rendah.. bacaan 10..padahal minimum utk wanita dewasa ialah 13-16.. nampaknya saya kena rajin mkn bayam ngan kerang :).. sebab kesan hemoglobin rendah ni sangat bahaya.. boleh mengakibatkan pendarahan/masalah sum-sum tulang.. (takkan sebab tu saya selalu sakit tulang belakang ek?)

p/s: mungkin sebab saya jarang bersenam lately, saya senang jatuh sakit :). Hujung minggu ni kalau sempat nak pergi jog.

You Might Also Like

0 komen penambah rasa: