Ragam.
belajar tak kira tempat kan?Salam.
Saya tak tahu nak cakap perasaan saya sekarang ni macam mane. Sob3. Happy pun x. Sedih pun tak. Geram pun tak. Masuk hari ni kira da nak masuk 3 bulan saya start praktikal kt BcSynergy. Banyak pengalaman yang saya dapat. Macam-macam.
Dulu mase kat UTM duk jauh dari family tak terasa sangat berdikari. Ala-ala duk asrama je. tak payah nak pikir sewa umah, transport , and kalua nak makan pun gi je cafe depan hostel. Sekarang bile kerja banyak sangat yang lain.
Saya sewa bilik dengan lagi sorang kawan saya, Intan. Sebelum kene tukar ofis baru kat UM ni, kitorang tumpang kereta fahim g kerja. So transport xde masalah sangat. Masuk kerja pun pukul 9 pagi. Sempat masak untuk bawak bekal, lunch. kat situ duit untuk transport dan makan sangat banyak dapat dijimatkan.
Tapi sekarang dah tak sama. Umah saya kat Keramat, kerja kat PJ. Jauh sangat. Kitorang pukul 7 pagi da kene gerak dari umah, jalan kaki ke LRT Damai, terus ke PJ. Tak sempat nak masak untuk bawak bekal. Paling kurang sehari untuk transport sahaja da abes lebih kurang rm7. Tu tak termasuk nak makan breakfast dng lunch lagi. Elaun tambahan budak praktikal macam kami ni tak dapat. wuwuwu...
Dapat elaun pun macam tak dapat je. Minggu lepas pun xjadi blik kampung sebab nak save duit. Kalau pasal kerja pulak, saya macam happy jugak sebab banyak belajar benda baru. Sebelum ni, saya kene buat system .net connector 1 team dgn Amril ngan Alan. Mase tu sy sangat stress dan nangis-nangis sebab tak reti nak buat. Saya dulu kat UTM banyak belajar pasal Bioinfo, tetibe dapat projek programming kaw-kaw punye. Dah la saya tak reti sangat nak guna ASP.NET. Tapi nasib baik, Amril dan Alan banyak tolong. Kitorang buat sama-sama sampai la siap. 2 bulan jugak ambil masa nak siap benda alah tu.
Sekrang kat UMSFIS ni, saya kene serap dalam team SAP Functional for Financial. Spesifik lagi dalam Asset Accounting. Satu lagi masalah menimpa..sob3. Saya xde basic account langsung. sekarang ni baru terangkak2 nak belajar. Saya tahu debit dgn kredit je sebelum ni. :(
Da nasib budak praktikal agaknya, yang kerja remeh temeh sume kitorang kene buat. Nasi baik tak jadi budak fotostat je taw. sobsob. Bos atas saya ni perempuan. 3 orang pulak tu. Sekali jumpe diorang, mintak lain2. Bile pegi hantar report kat diorang, kene ubah balik. Kalau sekali dua xpe, ni dah berkali-kali. Sedih la macam ni.. Tapi xpela, sini bayak belajar how to handle orang lain. Kalau bos banyak songeh, saya buat2 tak tahu je. Hehe. malas nak layan.
p/s:: tadi baru je kene tegur dgn bos, die cakap kalo nak anta report yang besar2, bagi ikut pendrive. takyah nak anta gne emel. nanti inbox full. :( mane la saya tahu, aritu suh anta ikut emel je.
0 komen penambah rasa: