MY CURRENT LIFE

10:12 PM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum..

Pejam-celik-pejam-celik..

Dah 3 tahun saya menjadi seorang wanita bekerjaya. Alhamdulillah, itu juga bermakna yang saya dah 3 tahun berkhidmat dengan Ranaco Group. Banyak suka-suki saya dapat dan yang paling best ialah : Bestfriends!!! Haha.

Saya mula keja tahun 2013, masa tu masih bujang trang tang tang. Bangun pagi, siap-siap, hidupkan enjin kereta, terus pergi ofis. Ohoi... Senang nye dalam hati kan.. Al-Maklumlah, orang bujang, duduk dengan mak ayah pulak tu. Haha.

Pada Ogos 2014, saya selamat mendirikan rumah tanggan dengan suami tercinta. Disebabkan kami PJJ, rutin harian tetap macam biasa.  Bangun pagi, siap-siap, hidupkan enjin kereta, terus pergi ofis. Ohoi Ohoii Ohooiii... Kali banyak ohoii dia. Haha. Macam orang bujang uols...

8 bulan PJJ, suami di VSS kan oleh syarikat dia kat KL. Mulanya rasa sedih, sebab masa tu saya tengah pregnant, tapi kuatkan semangat. Selalu ingat yang rezeki Allah tu ada di mana-mana je kan? Tapi tu la, di sebalik ujian, mesti ada hikmah. Alhamdulillah, lepas dapat VSS, dia balik Kemaman, maka bermulalah kisah kami duduk sebumbung sebagai suami isteri. Weeee....

Kalau dulu bangun pagi boleh lengah-lengah gosok baju dgn tudung sambil tengok cite tanyalah ustaz, sekarang tak lagi. Bangun awal teringat kat suami. Kunun2 nak bangun awal masak breakfast, tapi malangnya hanya tinggal harapan. Hahaha, Dengan perut boyot, kami hanya mampu makan di warung Kak Na. Hehehe. Kesian suami.

Bermula Ogos 2015, sekali lagi rutin hidup berubah. Alhamdulillah, di hadiahkan oleh Allah s.w.t dengan kehadiran si Comel Maisarah. Hebat perancangan Allah, dia tahu kita ni jenis susah bangun pagi, dia bagi anak yang subuh-subuh dah buka mata. Hamik kau.. Hahaha. Kalau dulu asyik subuh gajah, skrg jarang-jarang terlajak. Alhamdulillah jugak tu...

Oktober 2015, saya masuk kerja setelah cuti bersalin. Anak still tinggal dekat rumah dengan abah dia. Masa tu husband belum dapat keje lagi. Then dapat berita yang tak gembira sikit, iaitu tempat kerja dah kena pindah ke Kijal. Jauh sikit dari umah. Kalau dulu sempat lg pegi kerja bertolak pukul 7.45, tapi sekarang, pukul 7.10 dah kena gerak. Sebab takut jem.

Januari 2016, mula hantar anak kat taska. Cabaran lagi tinggi. Haha. Pukul 7.00 dah ready nak start enjin kereta, tunggu kak Ina hantar Adeeb, Dalam 7.05-7.10 mula gerak. Dalam kereta, dengan ada dua orang baby  besar dan baby kecik, sangat mencabar keimanan. Tiap kali Maisarah @ Adeeb menangis, mase tu jugak saya akan selawat kuat-kuat. Senyap terus berdua tu. Kalau tak jalan jugak, saya ketuk la tingkap ke, botol air ke, kreatif sangat kan... Tapi menjadi. hehe.

Pukul 5 ptg, balik umah, ambik anak kat taska pkul 5.30 ptg, so pukul 6.00 ptg sampai umah. Pastu rehat sepanjang hari. Yes, itulah rutin hidup hari bukan hujung minggu saya. Terima kasih...

:D

*lupa nak cakap. Suami dah dapat kerja, tapi biasa-biasa je. Alhamdulillah, mampu tanggung kami anak beranak.

You Might Also Like

0 komen penambah rasa: