Jadikan kegagalan satu perangsang :)
Asslamualaikum wbt.Lately saya asyik update blog hari2 je kan? hehe. Alhamdulillah, wifi UTM ni dari hari ke hari makin ok. So xde la nak terkejar2 nak g fakulti nak on9.
Seperti sape2 yang dah sedia maklum, arini last day Varsity Boat Race 2012 kt Putrajaya. Sedih jugak sebab kali ni saya tak dapat join. Tadi junior saya ade msg bgtau update keputusan game. Mesej tu ala-ala macam ni:
"kak fira..... :( sedih la. Td da leading no 2,sikit je lagi nak finishing...kitorang capsize...."
erk...saya pun senyap. fikir macam mana nak balas msg tu. then saya balas la:
"La..yeke..Takpe.. jgn sedih sangat. Mungkin xde rezeki kita kali ni. Nanti boleh cuba lagi."
"sikit je lagi finishing..x tau macam mane boleh capsize.. baru nak merasa dapat medal..tak dapat jugak"
Saya sebak tetiba. Saya tahu perasaan bila kecewa. Saya dalam sukan kayak dah lama. Dah banyak game saya masuk. Sakit bila kita dah buat sehabis baik, tapi last2 kene pintas dgn orang lain. Mase tu menangis air mata darah sekalipun, memang xleh nak undur.
Saya pernah rasa kecewa sebab tak dapat nak wakil UTM sebab ada orang lain yang lagi layak berbanding saya. Saya pernah rasa sedih sebab tak mampu nak bagi pingat untuk team. Saya pernah rasa sedih bila tak mampu bagi sokongan kat teman seperjuangan. Saya pernah sedih bila penyertaan dibatalkan. Tapi semua tu tak pernah buat saya maikn lemah. Bahkan buat saya makin kuat.
Alhamdulillah, saya sempat juga merasa naik podium menang pingat untuk UTM. Itu saya jadikan sebagai reward atas pengorbanan saya selama ni.
Tapi adat dalam permainan, ada kalah ada menang. Saya pegang kata-kata seorang senior yang memang saya hormat sampai sekarang, Abang Amir. Die pernah cakap:
"Nurul, kalau kita dah buat sehabis baik, tp Allah tak bagi jugak kemenangan kat kita, mungkin kita ada yang kurang. Cek balik, kita cukup ke tak training, latihan ok ke x. Jangan fikir kudrat kita kuat, tak payah nak training bagai. Mane yang tak cukup itu, kita tambahkan."
Betul, saya sangat setuju. Cuba kita tengok masa game, kadang-kadang kita nampak yang menang tu xde la skill bagus sgt, badan pun tak sasa mana, kayuh pun senget2... Tapi diorang menang. Kenapa? Sebab mungkin ada usaha yang diorang buat yang kita tak nampak. Mungkin diorang training berganda-ganda lebih dari kita. Senang cakap, sape buat lebih, dia dapat lebih. Jangan terlalu mengharap keajaiban. Sifu Joe slalu cakap before game:
"Kalah sudah tentu. Menang bukan mustahil"
If things are happening according to your wish, you are lucky. But if they aren't, you are very lucky. Bacause they are happening according to Allah wish.
So semua, taknak sedih2.. Jangan down sangat. perjalanan korang jauh lagi. Ingat matlamat kita P13. Dah
tak lama lg dah.
Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.
Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!
p/s:: Matul, jangan sedih2 tau. Nanti minggu depan kita training sama2 ok? :)
0 komen penambah rasa: