Counting down days to the break.
Assalamualaikum.
Nak update cikit event penting minggu ni sampai
minggu depan.
1/11 - Hantar PSM Chapter 1 kt sv Dr. Rohayanti
2/11 - Test Modelling and Simulation
(pagi)
Test
Computer network (petang)
~wani
and sabri’s e-day J~
3/11 - Dinner Viking (malam)
Discussion
and compile Assignment PSF
4/11 - FREE :D
5/11 - SCB Gathering at KTR (malam)
PSM
Chapter 2 (100%) submission
6/11 - Test HPPC
7/11 - PSF presentation
8/11 - Test PSF
9/11 - yeay!! Cuti sem dah mula! J
Sila la tengok saya punya schedule sampai minggu
depan. Banyak sangat kerja kan? :( Dah seminggu
terkejar-kejar nak buat semua benda. Mane nak study untuk test, mane nak
siapkan assignment, tapi yang lagi parah mane nak siapkan PSM. Sobsobsob..
Saya baru je balik dari PSZ tadi. Niat nak stay
kat sane, nak siapkan PSM. Tapi bilik karel yang saya sewa tu tak dapat wifi.
Hukhukhuk. Kecewa. Last-last merayap aras 2, pegi cari novel. Hehe. Dah lama
tak pinjam buku. Mikhail, Dan Bidadari Pun Mencintaimu, Ya Fattah; Cinta Sakti
dgn Zahrah de Tigris. Semua bukan novel cinta. Agaknya bila dah dewasa sikit
ni, selera saya dah kearah buku-buku yang agak berat gaya penulisan. Dah tak
minat nak baca novel cinta lagi. J
PSM oh PSM…….
Sedih pulak nak cerita pasal PSM saya ni. Dulu
awal sem macam confident habis dengan tajuk yang saya pilih tu. Yela, siap kene
puji lagi sebab tajuk tu tak banyak orang nk buat research. Kira bidang yang
agak baru dalam Bioinfomatik.
Tapi rupanya panas tak sampai ke petang. Wuwuwu..Makin
saya cube faham ape yang die nak, makin say tak faham dengan diri sendiri. waaa……!!
Tak suka! Tak suka! Rase macam nak tukar tajuk lain pulak. Sobsob. Tapi rase
macam dah agak terlambat sebab ni dah nak masuk minggu ke 8. Celah mane pulak
kan nak cari tajuk baru, pegi buat proposal lagi. Kang ade yang kene repeat sem
depan. Tak nak! Taknak!
Keadaan mental saya sekarang dalam krisis yang
agak tegang senang cakap. Kelam kabut. Sebenarnya kami sepatutnya dah siap
hampir chapter 3 paling kurang, tapi saya Chapter 1 pun tak nampak rupa lagi.
Haish…Esok ade kelas Dr. Roha, mane la nak letak muka ni kalau dia tanya dah
siap ke tak. Mira awal-awal lagi cakap nak ponteng esok. Hehe. Da nekad ler tu…
Apa yang saya nak cuba sampaikan ialah, jangan
suka tangguh-tangguh kerja. Ni la jadi macam kami. Huru-hara hidup kalah orang
g berperang. Siang malan bukak tutup laptop buat kerja. Macam-macam dugaan
menimpa. Tak masuk lagi dengan kekangan masa, laptop buat hal, cuaca (termasuk
eyh? Hehe), ongkos dan sebagainya. Saya baru je beli charger laptop semalam
sebab yang lama dah rosak. Dah settle satu masalah. Mira punya laptop takde penawar
lagi. Hehe. Keyboard rosak. Tapi nasib baik saya ade extra external keyboard,
boleh la die pinjam.
Akhir kata, doa-doakanlah hidup saya kembali
tenang selepas ni. Doakan jugak supaya saya makin rajin, jangan nak main-main
je. Saya pun berdoa jugak agar dilembutkan hati Dr. Roha esok. Hehe :D
Wassalam.
p/s: Bila saya cakap saya tengah tension, member cakap tipu. Sebab muka saya tak nampak tension. Saya maikn tension ni. wuwuwuwu.....(T_T)
0 komen penambah rasa: