A good start?
Assalamualaikum..Dah dua hari saya jejakkan kaki kt bumi Johor ni selepas 3 minggu bercuti di kampung. Well tak ada apa-apa yang istimewa pun semester ni except for the one big news!! Athuf is back. Yeay!! \(^.^)/
Awal-awal semester dah catat sejarah ponteng kelas. Haish. Tapi bukan dengan niat. Malam semalam baru perasan yang pagi Rabu sebenarnya ada kelas Dr. Razib. Jadual yang semester lepas dah tukar. Tapi rasanya semua orang tak pergi. Hehe.. Classmate semua masih dalam mood CNY, tak ada nampak sorang pun lagi kt K9 ni.
Semester ni saya rasa dugaan subjek lagi besar walaupun saya cuma ambil 3 subjek kelas je. Genome mining, computational biology 2 dan lagi satu web programming. Setakat ni saya tak bimbangkan sangat kelas CB2 dengan Dr. Razib. Dia pernah ajar kami masa tahun 2 dahulu. Dia jarang-jarang masuk kelas, tapi selalu bagi tugasan. Untuk WP pulak, masalah lain. Dr Azman saya tak kenal. Sebab dari jabatan lain. Ada tanya-tanya budah multimedia, diorang cakap macam strict sikit. Cuak la pulak. Nyesal tanya. hehe. Takpe la, semangat kene kuat ni. Nak jaga pointer.
Tapi yang apling bermasalah sangat untuk subjek GM. "You-Know-Who" will be teaching this subject. Phew... Saya tersangat la tak gembira. Cuak presentation PSM1 dengan dia dulu tak hilang lagi. Ni nak kena menghadap dia tiap2 minggu untuk satu semester. Ya allah, kuatkanlah semangat aku. Saya bukan lah student yang baik sangat. Jarang untuk melahirkan rasa tak puas hati dengan pensyarah dengan kata-kata yang tak sepatutnya macam sesetengah student. Selagi pensyarah tu tak ada depan mata, yup its still ok. But i'm afraid kalau-kalau asyik kena maki dengan dia, keluar jugak perkataan yang tak sepatutnya dari mulut saya ni.
Ni je kot nak tulis.
ps:: takot jugak plan nak pergi KL minggu depan tak jadi sebab GM. Kot2 la ade unexpected assignment dari You-Know-Who.
0 komen penambah rasa: