Bantal di fakulti + membeli tikus di DSI
Assalamualaikum to all :)Saya sekarang berada di FK,N28 UTM. My lovely faculty ever. :D This morning, we all dah start dapat assignment yang kaw2. Dr S. dah start bagi date line untuk assignment 1. Adei, 15 pages of approaches review completes with at least 30 journals references and nedd more than 5 approaches. And the due is this coming Tuesday! Dalam kelas tadi dada dah terasa sesak, semak dan berat. Ishk, pressure die lain macam. Ala-ala masa PSM1 dulu. Haish. Termasuk esok, cuma tinggal Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin = 5 hari kena siapkan semua ni! You know what, actually we all ada lagi satu assignment for Web Programming subject. Also a discussion on 'web visuaization' that we have to prepare 10 pages of it. Quite "giler" kan? Juga kene hantar hari Selasa!
Esok pulak ada meeting dengan Dr. Rohayanti. Cuak jugak sebab table tak siap lagi. Tapi kalau buat tapi salah, free je kena buat balik kan? So saya buat keputusan nak cari je banyak-banyak research paper siap-siap, esok kene tanya balik apa yang saya kene describe for each ontology. Saya sebenarnya tak leh nak start sebab objective and scopes untuk tajuk ini still tak dapat. Dah masuk minggu ke-3 ni. Minta-minta esok boleh 'settle'kan semua.
So bila tengok-tengok kerja yang saya stated kat atas, nak menangis pun ada! Minggu ni nak ke KL. Nak pergi bayar umobile! Terpaksa buat decision yang 'sakit', bawak laptop yang berat tahap gaban ni. Wuwuwuwu. Terpaksa. Start tonight and on, fakulti ni akan jadi rumah kedua. Macam sem lepas, tido pun 3-4 jam je kat bilik. Lepas subuh datang fakulti, stay sampai pukul 5, balik rehat kejap. Lepas maghrib datang lagi sampai la pukul 1-2 pagi. Hebat kan? Bak kata Cemut, tinggal nak bawak tilam dengan selimut je nk datang sini kan? Ni baru final year student namanya. (T.T)
Oh petang tadi pergi ke DSI lagi. Letih duk pusing-pusing pilih apa yang beli guna vocer BB1M, last-last beli mouse je. Mira duk pilih2 yang wireless, tapi entah kenapa hati ni masih belum terbukak nak cari yang wireless. Amek yang classic je. ehehe. Sempat beli telekung solat kat depan MSI. Dah lama cari sebenarnya. Sebab yang saya guna sekarang dah nak masuk 6 tahun sya guna. Still tak bertukar lagi. Beli masa nak masuk KMJ dulu. Senang sikit. Dulu kalau nak basuh telekung, kene tunggu saya 'cuti' dulu, then baru boleh basuh. Sekarang tidak lagi. Yeah! Hehe. Murah tadi, RM40 je. Kalau kat luar saya bet harga konfem RM60+.
Badan sekarang rasa sangat-sangat tidak bertenaga. Malam ni tidur awal, esok insyaallah nak bangun awal macam pagi tadi. Mandi subuh-subuh, terang betul mata menghadap assignment. Kene berhenti menaip! Nak cari research papers siap2! Boleh buat kat bilik je nanti. Chayok fira!! :D
p/s:: duit mengalir macam air je. :(
wasalam.
0 komen penambah rasa: