Sakit Dan Dugaan Itu Penghapus Dosa.

6:53 AM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum..


Dari Abdullah r.a katanya:

"Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:
”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.”Jawab baginda, "Memang demamku sama dengan demam
dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:
”Semoga!” Kemudian Sabda baginda pula:
”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” 


Salam ramadhan. :)
  
Tinggal lagi 8 hari untuk kita semua umat islam untuk menyambut Aidilfitri. Tahun ini saya berasa sedikit terkilan sebab tak mampu untuk berpuasa penuh. Setakat ni, saya cume sempat puasa tak sampai 8 hari. Kalau tolak cuti keuzuran, tak sebanyak tu. Ramadhan kali ni saya tempuh dengan dugaan sakit. Demam saya belum kebah walaupun dah beberapa hari.  Masa hari first demam tu, cuba jugak tak nak berbuka, tapi tak larat sangat, saya berbuka jugak pukul 5 ptg. Sayang kan? :) Sikit je lagi nak berbuka. 

Seingat saya, belum pernah saya sakit waktu bulan puasa. Kali ni betul-betul mencabar. kata orang sakit tu penghapus dosa. Doakan saya supaya cepat sembuh dan mampu berpuasa sama2 debgan org lain  jugak.

wasalam. 

You Might Also Like

0 komen penambah rasa: