Salam Ramadhan 1433H to all :)

8:36 AM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum :)

Dah lame sangat rasanya tak update blog ni. Maklum la, kat umah memang susah nak online. Ni pun ade hamba Allah yang bg guna broadband die. Terasa jugak sebab broadband umobile yang saya trancsribE bulan2 tu line macam hidup segan mati tak mahu je kat kemaman ni. sob3. Aritu kemain lagi abang2 promot umobile ckp yang line umobile ni superb giler. wuwuwuw...sampai2 kat kampung je, test gune...macam xde tenet jugak. nyala je, tp loading mak aih..lambat giler.
 
Lupa pulak, rasanya still tak terlambat kot nak wish Salam Ramadhan Al-Mubarak ni kat semua kawan2 dan umat islam seluruh dunia :). Semoga ramadhan kali ni membawa seribu kali keberkatan kepada kita semua. Masuk tahun ni, 2 kali la saya sempat puasa kat rumah. Tahun lepas pun alhamdulillah, cuti semester time raya jugak. Tapi tahun lepas tak merasa cuti sangat, sebab saya buat part time kerja kat bazar ramadhan. So kali ni, memang sy nekad tak nak kerja. Nak duk rumah je. Nak spend masa dengan family sebab next sem saya da masuk tahun akhir. So saya dapat rasa yang saya mungkin jarang dapat balik kampung.

Sepanjang puasa ni, saya tolong kak lia saya siapkan tempahan popia dia. Dia cakap nanti dapat upah. yeay!! hehe. Kira macam kerja jugak la. Tapi kat umah je. best2. Sambil2 gulung popia, mata duk menghadap cite korea kat laptop. hehe. Heavan kan kerja macam ni? So sila la jangan jeles. :D

Ramadhan kali ni special sikit. Nak tahu kenapa? Jeng2...  tak pe la. Takleh cerita kat sini :D
Baju raya da siap jahit. tunggu nak cari tudung dengan kasut raya je. Sederhana sikit tahun ni, ala kadar. serba satu je. Itu pun dah cukup untuk saya :) saya da siap2 plan nak buat kuih raya. Barang2 dah beli, tunggu nak buat je. 

Takpe la, short entry je kali ni. Da ngantuk. esok lepas sahur kene stay buat popia. bye2 :)

p/s:: bukan main lagi beli set tia amelia aritu, nak jaga kulit muka. hehe. Nak bergaya sikit tahun ni. Alhamdulillah, dah nmpak sikit perubahan. Kulit pun dah cerah ckit berbanding dulu. :D

wasalam....

You Might Also Like

0 komen penambah rasa: