mak,

Merah Jambu a.k.a pink :D

12:08 AM syafira hassan 0 Comments

Assalamualaikum..

Hari ni masuk office BC, waaa....Sangat rindu nak duk kat sini. Dah tak nak balik ofis UM lagi dah. Jauh. Sob2..Minggu depan padahal kene ke sane balik...Hehe. Teringat pulak muke Intan pagi tadi monyok je. Memberontak jeles aku g office dekat. Die kene pergi office UM yang jauh dihujung alam tu..hikhik.. Sabar ye intan. 3 minggu ja lagi nak abes praktikal ni. :D

My sister just call me, said that my mom bought me 'kain pasang' for my baju raye. muah2 la mak. hehe. Terus je excited giler.  Pagi tadi sampai ofis bukan main duk menghadap laptop macam dah patah leher. It's pink again this year. Nevermind, i'll always love Pink. Kan lembut kaler pink tu. Rasullullah pun suke kaler PINK kan?

Warna pink banyak dikaitakan dengan kasih dan sayang. Sehinggakan Rasullullah S.A.W sendiri memanggil isteri tersayang Aisyah Humaira "Si Merah Jambu atau Si Comel", bak kata Ustaz Ismail Kamus. Ini tidak, kalau si Suami panggil Si Comel, bukan panggil bini, tup tup, kucing yang datang..wuwuwu..si bini lak duk jeles-jeles dengan kucing..

the cat: "Can't help. But seriously, ur husband call me Comel. Not u...muahaha"..Demm u fat cat!!


Oppss..Banyak pulak melalut, padahal just wanna thanks my mum for the kain. Hehe..tak yah la nak menapak g Masjid India duk pusing cari kain. Tengok yang itu berkenan, tengok yang ini berkenan, last-last tak jadi beli. Sebab banyak sangat yang berkenan. Kang kalau beli yang ini, rase tak puas hati pulak kalau nampak yang lagi cantik. Suh mak pilih lagi bagus. Setakat ni, most of my baju raya, my mak pilih. She know my taste so well. Tahu yang saya tak suka warna-warna gelap, tak suka warna-warna terlampau terang. Suka kaler2 lembut ke...Bak kata orang-orang seni ni, kaler-kaler pastel.

Ni warna-warna pastel bagi sape-sape yang konfius


Why do women love Pink? Adakah sebab saya suka pink, maka anda juga minat pink? haha...Di sebabkan tahap ingin tahu yang sangat tinggi, tadi hampir sejam gak saya meng'google' cari alasan kenapa perempuan suka sangat kaler pink ni. Akhirnya.....hehe I found an article wrote by Steve Cooner, a Science Editor about this phenomenon..

Okay, tulisan die panjang sangat. Saya bagi ringkasan je la ok? beliau telah mengambil 208 responden (campur lelaki dan wanita) dan lepas tu letak 2 biji objek yang berwarna "BIRU KEMERAHAN" dan "NORMAL BLUE". Hasil dari kajian ini, most wanita/perempuan cenderung ke arah warna merah. Alasan dari sudut sains, mata manusia ni mempunyai pandangan trichchromatic dan mempunyai 3 pigmen sensitif yang peka terhadap 3 warna termasuk merah. So, they made a conclusion that this phenomenom is caused by biology factor not traditions. (Tapi tak sure la kalau ada wujud kaum mana-mana yang tradisi diorang lelaki kene pakai pink). 

Evolusi pun salah satu sebab jugak kenapa lelaki lebih gemar warna Hijau dan Biru berbanding pink. Zaman dulu-dulu, kerja lelaki ni pergi berburu, tangkap ikan. Agaknya nak sesuaikan dengan alam sekitar (penyamaran terbaik kot? haha). Kaum Hawa lak lenggang-lenggang kangkung g petik buah epal, strawberry. Kalau kat Malaysia g petik buah jambu, petik2 bunga raya, selit kat telinga. Hehe so sweet.. Pipi perempuan pun senag pink jugak kan? Cube la usik, kenyit2 mate, konfem blushing je...hehe..Boleh di praktik zaman dulu-dulu je ni...:D Ok lah...nak buat keje sambung pagi tadi. Ahaha. Tak siap2 lagi.

Cukup la untuk kali ni punye post. Tadi ada baca satu kata hikmah, suka sangat.Ini dia:

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Okay babai..

p/s::tak leh nk letak gmbar kain yang mak bg tu. tunggu raya. Nanti da tak suprise. :D Assalamualaikum.







You Might Also Like

0 komen penambah rasa: