Play more, Learn more.
Assalamualaikum. J
Ternyata saya dilahirkan bukan untuk menjadi seorang penulis
blog. Nak tulis ayat pendahuluan pun dah ambil masa hampir setengah
jam..haha..shame on me.. Tapi tak kira, saya tetap nk tulis jugak. Oh lupa,
hari ni saya tak sarapan pun.
Mulai hari ini, saya punya office bukan lagi kat
Megan Avenue, tapi kat UM. Pejabat sementara. Bc Synergy dapat projek kat sini,
so terpaksa lah berkampung, berfesbuk, ber9gag disini. Mungkin sampai bulan 7,
tempoh saya habis praktikal. Pagi-pagi tadi, dah nampak 2-3 orang pelajar UM
jogging. Wah, rindu giler nak jog. J
Kasut baru dah beli. Nnati ade mase saya akan jog balik ok?
Back to the topic, I always want to say this, “Kawan-kawan
yang disayangi, jom la bersukan. Duk dalam bilik petang-petang buat apa. Baik
kuar peluh, boleh jugak kurus. Dr Rozmey dah kaya dengan filem 2 Alam, dah tak
jual pil kurus”. Okay, ayat itu untuk saya.
Saya sejujurnya adalah seorang pelajar yang aktif dalam
sukan sejak zaman tadika Kemas Geliga Baru (dulu aku main lari dalam guni, tapi
tak menang). Sejak darjah 5 sampai la sekarang, belajar kat UTM, tak pernah
missed wakil sekolah or wakil U dalam sukan. Hampir semua jenis sport saya main
kecuali 1 game yang memang saya sedar diri tak boleh main. Sobsob.. Netball.
Kalau anda pernah bertemu empat mata dengan saya, anda mungkin dapat tahu
kenapa. Haha.
Jom saya kongsi kenapa saya galakkan anda bersukan. Ramai
yang cakap, kalau kita kuat main, nanti xda masa nak belajar. “Mak ayah hantar
pergi sekolah bukan untuk dapat sijil or duit, diorang nak tengok kite lulus
exam, dapat masuk U, dan dapat kerja gaji besar-besar.” Seriously? Parents saya
tak pernah pun cakap mcm tu.
Walaupun saya seorang yang aktif bersukan, saya tak pernah
jadikan ia satu alasan untuk tidak berjaya dalam pelajaran. Dari dulu result
exam saya tak pernah mngecewakan. Anda tahu kenapa? Sukan antara salah satu
sebabnya. Dulu pergi sekolah pukul 8 pg, blik pukul 3-4 ptg kalau ade kelas
tambahan. Pukul 5.00 ptg biasanya saya dah bersiap sedia untuk bersukan. Pukul
7 berpeluh2 blik rumah. Badan akan rasa segar selepas berpeluh. Itu yang saya
rasa. Malam je, saya akan pikir ape yang saya buat sepanjang hari. Bila kita
sedar yang shari tu kita tak belajar langsung, tetiba ada dorongan untuk saya
menbuka buku dan mula ulangkaji. Erti kata lain, rasa bersalah sebab bersukan
kuat sangat, kena lah bukak buku. Nanti buku merajuk pulak. Hehe. Tu la rutin
hari-hari. Alhamdulillah, result exam sy walau tidak secemerlang orang lain,
masih di tahap boleh di puji. So sape kate sukan ni boleh buat fail exam?
Jangan sekali2 jadikan sukan ini alasan untuk tidak berjaya
dalam belajar. Jangan la amalkan tidur waktu petang, lemah otak tu sat lagi.
Banyak lagi yang akan kita dapat kalau rajin bersukan ni. Sukan pun ibadah
jugak kan J ?
Antara manfaat lain yang anda akan dapat jika rajin
bersukan:
1) Anda berkemungkinan akan dapat jodoh
menawan jejaka/gadis yang berbadan taff2.
Kalau dah nama taman rekreasi, mesti ramai
orang yang badan berketak2. Awek2 pun badan cantik je. Sila la praktikkan
segala teknik mengorat nada, mana tahu anda berjaya.
2) Jimat duit
Lupakan Dr Rozmey, Yusmira ke apa-apa lagi
pil kurus yang berlambak kat pasaran tu. Ambil kasut, pergi jogging. Kalo tak
larat, jalan-jalan pun xpe di samping mencuci mata anda (Sila rujuk kepada
point no 1) J
3) Disiplin dan belajar menguruskan masa
dengan baik.
Masa untuk belajar,kita belajar. Masa untuk
main, kita main.
Pelik kan? Tadi nak mula tulis blog, macam
xde idea. Bila dah tulis ni, melalut macam budak kecik dapat microfon. Haha.
p/s::
Masih menunggu bile elaun bulan ni nak masuk. Hujung minggu ni insyaallah nk
blik kampung. J
0 komen penambah rasa: