sedih
Lately, ramai yang menegur saya makin pendiam tak macam dulu. Sebelum ni saya memang seorang yang sangat banyak bercakap. Dari sekolah memang orang kenal saya sebagai yang sangat suka bercakap. Sebab saya suka membaca, saya suka berkongsi apa sahaja yang saya tahu. Bila dah semakin dewasa, saya mula berfikir yang saya kena jaga adab dan percakapan. Saya pernah cuba untuk tidak bercakap banyak sehari tapi kawan-kawan mula fikir yang bukan-bukan.
Sedih..
Assalamualaikum..
Mula-mula sekali, saya tersangat-sangat ingin meminta maaf
andai saya ada melukakan hati banyak orang. Saya tahu kadang-kadang bila datang
nafsu amarah, apa yang keluar dari mulut ni bukan lah dari akal yang sedar.
Sebab itu saya jarang tersinggung jika di marah orang kerana mungkin dia tak
bermaksud sedemikian.
Lately, ramai yang menegur saya makin pendiam tak macam dulu. Sebelum ni saya memang seorang yang sangat banyak bercakap. Dari sekolah memang orang kenal saya sebagai yang sangat suka bercakap. Sebab saya suka membaca, saya suka berkongsi apa sahaja yang saya tahu. Bila dah semakin dewasa, saya mula berfikir yang saya kena jaga adab dan percakapan. Saya pernah cuba untuk tidak bercakap banyak sehari tapi kawan-kawan mula fikir yang bukan-bukan.
Kita tak boleh nak suruh orang untuk berfikiran positif.
Bila saya diam, ada antara rakan merasakan saya sudah tak suka untuk bergaul
dengan mereka. Padahal saya tak pernah berniat sebegitu. Bagi orang yang tak
berapa kenal rapat dengan saya, mungkin mereka beranggapan saya seorang yang
pendiam, kurang ramah dan sombong. Saya memang tak salahkan mereka, sebab
memang saya susah nak senyum dengan orang yang saya tidak kenal.
Kata orang, kerana mulut badan binasa. Lidah ni tajam,
kadang satu perkataan yang keluar dah boleh rosakkan hubungan persaudaraan.
Saya jenis yang tak pandai marah orang. Kalau orang marah saya, biasa nya saya
senyap je. Simpan dalam hati dulu, kalau dah tak tahan pergi jauh-jauh dari
orang, pastu menangis. Saya tak kisah orang panggil saya cengeng, sebab dengan
menangis saya dapat buang rasa sedih tu jauh-jauh. Saya dapat rasakan yang saya
banyak resemble my emak. Mak saya jenis yang sabar, tak suka kecoh-kecoh. Ayah
pulak jenis yang agak baran. So saya rasa, sifat sabar mak tu yang buat mak
ayah saya sesuai hidup berpasangan. Seorang panas, seorang sejuk. Sweet je kan?
J Kalau orang tengah
marah, kita lawan, lagi tak akan habis.
Tapi kadang-kadang amarah saya meletus jugak. Kalau dah
marah-marah, semua benda keluar dari mulut. Biasanya bila saya luah kat
kawan-kawan. Apa yang kita rasa dengan harapan boleh gembirakan kita. Saya
sedar bila bercakap dengan hati yang sedang marah, fitnah tu boleh berlaku.
Saya sendiri pernah terlepas cakap perkara yang tak betul (astagfirullahaladzim). Selalunya kita tak sedar mulut kita telah mengeluarkan pelbagai kata-kata yang kadang-kadang tidak telintas langsung di hati kita untuk mengatakan hal sedemikian.
Ia merangkumi jenaka2 yang tidak berfaedah, kutukan2 terhadap seseorang, bercakap mengenai perkara yg tidak penting dan sebagainya. Justeru, sungguh bermanfaat kepada diri sekiranya dapat kurangkan bercakap..Bercakap hanya bila perlu sahaja.
Tidak salah untuk menjadi seorang yang peramah, tapi biarlah pada tempatnya. Bertegur sapa dengan baik dan barakah. Serta niat di hati hendaklah kerana Allah Taala. Semoga kita semua diselubungi cahaya petunjuk Allah sentiasa agar menjadi insan yang lebih baik dan terbaik..bukan di mata manusia tetapi di sisi Allah..InsyaAllah. Saya taknak terbeban di akhirat kelak.
p/s: Saya tahu mungkin ada yang terasa hati dengan saya. Kalau angin saya tak ok, saya suka sendiri-sendiri. Tapi tu tak bermakna saya tak suka berkawan. Cuma saya lebih selesa berseorangan sebab saya tak suka susahkan orang lain. Hati saya tak gembira kalau orang lain terpaksa susah disebabkan saya. Selagi saya boleh buat seorang, memang saya tak suka susah orang lain. Semua orang fiil dan perangai memang tak kan sama. So, memang kita perlu faham perangai masing-masing. Sorry for that.

Wassalam.
3 komen penambah rasa: