Aisyah Maisarah - Kebahagiaan dan Ketenangan Umi dan Abah (PART 2)

8.40 pg, tetiba keadaan bilik tu bising. Ramai pulak doktor dgn Nurse masuk. Husband kena tunggu kat luar. Saya ni lagi la terpinga-pinga kenapa kan...

Rupe-rupanya.....

"Puan, kami terpaksa buat emergency operation, sebab jantung anak puan makin lemah.."

Gitu la ayat sorang doktor muda tu kat saya. Siap serah pen untuk sign borang persetujuan. Tapi saya cakap nak inform husband yang kat luar dulu. Diorang cakap dah maklum kat husband, cuma tunggu saya sign borang je. Terpinga-pinga jugak. Dalam keadaan kontraksi makin kuat terasa, saya sign jugak borang tu. Terketar-ketar. 

Dalam masa 5 minit je, saya dah siap tukar baju nak masuk bilik operation, Main tukar-tukar katil ke katil lain. Husband dah di suruh tunggu kat luar bilik bedah siap-siap.

8.50 pg, saya sampai dalam operation theater (OT)..Sejuk yang amat... Tengok dalam tu ramai gila yang pakai baju putih. Ntah yang mana doktor, yang mane nurse. Mula-mula datang pakar bius, perempuan kecik-kecik je. Terang pasal bius. Sambil tu tengok semua orang duk sibul-sibuk, Ada yang tengah catat something kt whiteboard, prepare barang, hilang sekejap sakit perut tu. Haha. Asyik tengok doktor buat keje.
Saya dibiuskan dalam keadaan duduk belunjur. Bius disuntik kat tulang blkang, tak sakit sgt pun. Lepas tu dibaringkan. Dah lupa bape minit, rasa sakit perut tu dah hilang. Dah tak rasa apa-apa dah. Maka bermulalah pembedahan Czer. Rasa sakit memang tak ade, cuma terasa bila perut ditoreh, ditekan and yang paling igt bila dengar suara doktor cakap "tolak-tolak" masa baby nak keluar. Hehe. Sejujurnya, masa tu perasaan sy kosong. Haha. Tak tau nak describe macam mana.


9.04 pg, Alhamdulillah. Baby saya dah selamat dilahirkan. Hehe. Rase macam tak caya je bila nurse datang bawak dekat sy, tnjuk dan suh sy tgok boboy or gegurl. Hehe. Alhamdulillah, I'm a mother starting from the second.


Kejap je tunjuk, sebab nak bawak keluar bg husband untuk di iqamahkan. Lepas operate, dalam sejam lebih jugak baru kuar dr OT. Masa keluar, tgk mula husband, mok, Rosu ade tgu. Terharu nyeee..huhuhu. Terus ke wad.




Begitulah pengalaman saya melahirkan anak sulung yang di beri nama Aisyah Maisarah yang bermaksud "kebahagian" dan "ketenangan".




TAMAT..

Aisyah Maisarah - Kebahagiaan dan Ketenangan Umi dan Abah (PART 1)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, saya telah pun selamat melahirkan seorang puteri pada 22 Ogos 2015 di Hospital Besar Kemaman. Baby dah nak masuk 6 bulan, tapi hari ini baru di beri kesempatan untuk berkongsi detik kelahiran Aisyah Maisarah. Hehe.. Bizi je memanjang..Okay, macam mana nak mula ya..Hmm.. Setiap ibu ada pengalaman masing-masing, ada yang senang, ada yang susah. Tapi apa-apa pun semua itu adalah pengalaman yang paling berharga bagi semua yang bergelar ibu. Kat bawah saya ceritakan kronologi kelahiran Maisarah. Cerita bermula pada tarikh 19/8/2016.

12/8/2015 (Khamis)
Saya kembali masuk ke pejabat setelah cuti 3 hari. Sebenarnya saya nak mohon cuti lambat-lambat sikit sebab nak bercuti lama lepas bersalin. Bila officemate nampak, semua terkejut tanya kenapa tak bersalin lagi. Hehe. Nak buat macam mana kan, baby tak nak keluar lagi. Sepanjang hari tu, saya pulun nak siapkan semua kerja-kerja yang perlu di hand over kepada Kak Na, Amir, dgn Shuk. Sebab naluri ada rasa yang baby dah tak lama nak kuar jumpa umi. :)

Sebelum balik kerja, En Sham (bos kite yang ensem) dah pesan tak payah datang kerja minggu depan. Kakna pun cakap macam tu, dia cakap kot-kot esok dah bersalin. Hehe, Mase tu kita mampu sengih-sengih je. Iyela, kite sendiri pun tak tahu bila kita nak beranak kan.

21/8/2015 (Jumaat)
Pukul 4.00 pagi, saya start tak boleh tidur. Perut dah mula rasa sakit. Macam mulas-mulas gitu. Saya kejutkan husband, cakap sakit perut. Tapi rasa kontraksi tu xkerap sangat. Dalam setengah jam sekali. So husband suh tunggu and try sambung tidur balik. Kite pun cuba la tidur. Dah nak dekat pukul 7.00 pagi, saya cepat-cepat inform kat emak. Bagitahuyang dah start sakit. Emak suruh siap-siap suruh pergi hospital. Die cakap dah sampai masa kot. Sakit makin kuat masa tu tapi still dalam setengah jam sekali.

Pukul 9.00 pg dah sampai hospital. Mak tak ikut, macam tahu je yang lambat lagi nak beranak. Husband je yang ikut. Macam biasa, terus kena masuk screening room. Doktor tanya soalan bila start sakit, ade blood show ke, ketuban pecah ke. Saya takde 2-2 simpton tu. Doktor cek jalan, tapi cakap takde bukaan lagi. Yang mushkilnya kat graf, ada nampak kontraksi. Disebabkan masih tak ada bukaan jalan, doktor suruh balik rumah dulu. Masa tu dalam hati rase geram, Ye la kita dah rasa sakit, boleh pulak suruh kita balik umah dulu.

3.00 ptg, kontraksi makin kuat. Kalau pagi tadi setengah jam sekali, petang ni dalam 10 minit sekali. Terasa nak tercabut pinggang ni. Setiap kali sakit datang, sya cuba bangun jalan-jalan. Tapi tak hilang. Rasa nak nangis je. Ramai pulak yang datang tanya sakit ke tak lagi. Cekde, Ela, Cik ngah. Semua datang. Thank you sebab ambik berat. Hehe.

7.00 mlm. Masa ni kontraksi datang 5 minit sekali. Mak suh pergi hospital balik, tapi saya tak nak. Sebab takut doktor suh balik macam pagi tadi. Dah siap menangis-nangis tahan sakit. Husband start baca Yaasin sebab kesian tengok saya macam tu. Emak saya tengok saya sakit sampai nangis-nangis, bawak masuk air selusuh suruh saya minum. Dalam masa yang sama, mak suruh saya call Wati, cousin saya yang kerja nurse. Suruh datang umah cek bukaan jalan. Tapi Wati pulak kebetulan dia ada kat luar attend kenduri, so die suruh saya direct pergi klinik jumpe nurse yang oncall.

8.30 mlm, sampai kat klinik. Kalau rewing balik rupe mase tu, alahai sebijik macam bibik. Haha.. Pakai kain batik dgn tshirt je. Dah takde masa nak fikir pakai baju lawa-lawa. Mekap hatta sejemput bedak memang jauh sekali.. Hehe. Masa kat klinik, nurse Farhana terkejut, sebab bukaan dah 6 cm. Terkejur dia, terkejut lagi orang punya badan ni. Panik oooo.... Nurse siap tanya  saya nak pergi hospital dengan ambulans atau nak pergi sendiri. Saya cakap nak pergi sendiri sebab dalam hati memang nak bawak mak pergi hospital sekali. Kihkihkih..

OTW ke hospital sangat dramatik.. Husband dah bawak laju, tapi kite ni rase macam naik kereta lembu je.. Rase lambat sangat nak sampai hospital. Dalam kereta, saya menangis mengaduh setiap kali kontraksi datang. Nangis-nangis. Ingat mak akan kesian, sekali kena marah. Haha. Die cakap jangan manja sangat. Banyak berzikir. Sudahnya duk ketap gigi je tahan sakit.. wuwuwu (T.T)

9.30 mlm, masuk ke screening room balik. Kali ni doktor lelaki pulak yang incharge. Pulak.... Tapi masa tu dah tak kira laki ke, pompuan ke.. tengah sakit. bantai je la. Tapi nasib baik, nurse pompuan ada, dan dia yang cek bukaan. Lega kojap.. Fuhh... Bismillah, lepas cek, aku jadi konfius kejap. Nurse tu cakap baru 4cm..Pulak... Yang mane satu betul nih? So doktor buat keputusan suh aku masuk wad dulu, sebab dia kata anak sulung biasanya lambat nak bersalin.. Sakit perut bukan alasan nak beranak on the spot. Ewah... Aku yang sakit, dia mandai cakap macam tu.

Nurse bagi kain wane pink suh tukar sebab kena masuk wad dulu. Masa tu tengok husband masuk bilik doktor bawak wheelchair.. Haha.. pengalaman pertama tu. Masa saya nak bangun dari katil, tetiba ada air yang keluar..Suam-suam kuku gitu.. Pelik jugak sebab macam tak boleh nak tahan. Makin lama makin banyak sampai ke lantai. Nurse cakap air ketuban awak dah pecah. Takpe, pergi wad dulu. Husband dengan susah payah tolak saya guna wheelchair. Bunyi kuat giler.. Malu!!.. Haha.. Semua dalam wad tu pandang kitorrang.. Saya dapat katil paling hujung dekat dengan tandas. Lepas dah hantar saya ke katil, husband kena keluar. So saya pesan kat suruh dia balik dulu.

11.00 mlm, baru 10 minit saya  dalam wad, nurse panggil untuk masuk bilik rawatan. Tak sempat nak baring hokay.. Perut masa tu makin sakit. Terbongkok-bongkok nak pergi bilik doktor. Masuk kali tu, dah 5 6  kali cek bukaan, dah takde mrase malu. Hadap je dan redha.. Tetiba.. Jeng jeng jeng... Doktor kata bukaan dah 6 cm, kena masuk labour room(LR) terus.. Pulak... Pi mai pi mai tang tu gitu..

Kalau tadi masuk wad naik wheelchair, kali ni hambek kau, 2 orang nurse datang bawak stretcher terus. Suruh tanggal selipar ke apa-apa, cuma bawak handbag je. Sempat call husband, nasib baik dia tak gerak balik lagi. Baru nak start enjin kereta katanya. Saya suruh dia tunggu kat tempat menunggu dewan bersalin tu.

11.30 mlm.. Bermula la masa saya berperang dengan rasa sakit.. Sekali kontraksi tu datang, saya sampai tak leh nak bernafas. Saya siap pangil nurse, cakap tak tahan. Nurse datang nasihat suh zikir bayak-bayak. Tapi tu la macam orang cakap. Time sakit tu macam-macam gangguan. Rasa macam nak marah semua orang. Berkali-kali tekan loceng. Hahaha. Tengok nurse pun rase macam nak marah je. LR tu ada ekon, ntah kenapa saya rasa panas sampai berpeluh-peluh. Tudung pun tak tahu ke mane dah.

Macam-macam songeh saya dalam LR tu. Jenis manja dan tak tahan sakit memang macam ni la. Haha. Mintak air la, mintak kipas la.. Yang air tu nurse bagi. Yang kipas tu diorang pening kepala nak bagi kipas yang mana. Last-last diorang bagi kertas keras, suh saya kipas sendiri.. Okay la dari takde. Sorry ye kak misi, sampai moncong diorang ikut kata kite. :D

22/8/2015 (Sabtu)
01.00 pg, disebabkan saya dah tak tahan sangat sakit, saya sendiri mintak painkiller. Dapat sejarum. Padan muka. Haha. Kurang sikit sakitnya, tapi still berpeluh-peluh nak tahan tiap kali kontraksi datang. Pukul 2.00 doktor datang cek bukaan lagi. Still 6 cm dari pukul 11 mlm td. Saya tak tahu diorang buat apa, yang tahu tangan dah disambung wayar  dan masukkan air. (Sumpah masa tu saya tak tahu tu adalah inducer untuk cepatkan bukaan rahim). Sakit tadi yang dah kurang, tetiba macam 3x ganda sakit. Menangis wooo... Saya rayu nurse untuk panggil husband masuk. Alhamdulillah husband masuk 10 minit lepas tu. So mula lah adegan air mata..

Kesian husband masa tu. Tangan die kebas-kebas agaknya kena cengkaman kuat oleh si isteri. Haha. Setiap kali sakit perut datang, masa tu jugak tangan ni ringan je nak capai n genggam kuat-kuat tangan dia. Ada sekali tu, tersilap tarik leher baju husband. Sebijik macam dalam filem. Doktor masuk setiap 10 minit. Die pun pelik kenapa xgerak bukaan tu.

5.00 pg, masa ni kepala dah tingtong. Tak tahu sebab letih ke, sakit teramat ke, atau sebab sedut gas mask yang dia bagi. Cakap kat doktor yang saya dah tak tahan sangat sakit. Mintak painkiller, tapi dia tak bagi. Dalam tahan sakit, dah tak sedar dah masuk subuh. Husband minta izin nak kuar g surau solat.

7.30 pg, agaknya ada pertukaran shif, sebab kali ni nurse and doktor yang lain masuk pulak. Kali ni doktor pakar pulak yang cek. Jalan tetap 6 cm jugak. Dia cakap tunggu sampai pkul 12, kalau tak bukak jugak, terpaksa CZER..Erkk... *tapi sebenarnya, dalam saya menahan sakit tu, terkeluar jugak dari mulut saya cakp dekat suami mcm ni "abg, sy mintak operate je la. tak tahan dh.". Mungkin dah itu perancangan Allah.

8.45 pg, nurse datang tengok bacaan ECG baby dalam perut. Masa tu dia buat muka pelik, pastu terus bawak ECG graf keluar. Masa tu husband tetap kat tepi, pegangn tangan sambil berzikir. Hehehe, satu yang kelakar masa saya sakit tu, tiap kali husband baca Yaasin, perut akan sakit gila. Kesian dia, asyik kena ulang banyak kali. *macam dah kena rasuk pulak. erk

8.50 pg, tetiba keadaan bilik tu bising. Ramai pulak doktor dgn Nurse masuk. Husband kena tunggu kat luar. Saya ni lagi la terpinga-pinga kenapa kan...

Rupe-rupanya.....

(TBC part 2)

Wasalam...


ECV - External Chephalic Version

AASSALAMUALAIKUM...

Macam dah janji, hari ni entry pasal ECV pulak. Mula-mula kita tengok ECV ni apa ya?


External cephalic version is a process by which a breech baby can sometimes be turned from buttocks or foot first to head first. It is usually performed after about 37 weeks. It is often reserved for late pregnancy because breech presentation greatly decreases with every week.


Proses ECV ni adalah proses dimana bayi/janin yang songsang dalam kandungan akan dibetulkan kedudukannya dengan cara dipusing/ditolak menggunakan tangan oleh doktor yang pakar. Kalau ikut statement kat atas, kaedah ni sesuai dilakukan semamsa kandungan berusia lingkungan 36-38 minggu. Masa ni sesuai sebab bayi masih banyak ruang untuk bergerak dalam perut kita tu.

Bagi kes saya pulak, doktor buat appointment semamsa kandunga berusia 38 minggu. Di=oktor cakap perut saya besar, air ketuban pon banyak, so elok sangat kalau cuba buat ECV.


12 Ogos 2015 
Pag-pagi lagi saya berteman kan husband datang ke hospital Kemaman. Kitorang tak makan pagi sebab doktor dah pesan awal-awal kena puasa dari tengah malam. Nak tahu kenapa? Hehehe, sebabnya ada kemungkinan ECV tak berjaya dan Emergency Czer terpaksa dilakukan. Saya dengan suami awal-awal dah siapkan beg baju baby dgn beg sya sekali kat belakang bonet kereta. MAna la tahu terjadi apa-apa hal kan senang, dah prepare siap-siap.

Mula-mula macam biasa, nurse akan pasang ECG kat perut saya untuk dapatkan bacaan heartbat baby. Alhamdulillah, baby umi sihat. Hehe. Dalam setengah jam lepas tu, baru doktor datang. Dia suruh saya baring atas katil. Doktor terang sikit pasal ECV ni. Dia tanya persetujuan nak buat or tak. Bila saya cakap setuju, saya kena tandatangan borang persetujuan.

Ok, tiba lah saat untuk buat ECV. Tangan saya dicucuk untuk masukkan satu ubat. Doktor cakap tu ubat untuk kembangkan dan lembutkan rahim. Untuk kurangkan sakit katanya. Dalam 5 minit lepas ubat tu masuk ikut tangan, jantung rasa berdegup makin laju. Bila saya tanya nurse, dia kata ubat dah bertindak balas. Dah boleh mula buat ECV.

Ada 2 orang doktor yang ada tepi saya masa tu. Sorang nama Dr. Adibah. Dia la yang ambil kes saya dari awal, dan sorang lagi mungkin doktor yang lagi pakar kot. Mula-mula doktor cari kepala baby dengan bontot dia. Sambil doktor yang lagi sorang scan ultrasound. Kuat jugak die tolak baby dalam perut tu. Terasa perit dalam perut. Dapat tengok baby slow-slow pusing ikut tangan baby. Selepas 2 kali percubaan, akhirnya kepala baby dah berada kat bawah. yeay! Berjaya pusing. ECG lepas ECV tu pun tunjuk baby takde pape.

Alhamdulillah. Doktor benarkan balik dan cakap tunggu masa nak beranak je bru datang hospital. Hehe. TQ so much.. hikhikhik. So siapa-siapa yang ragu-ragu nak cuba ECV, jangan takut sangat. Tak sakit mana pun. :)

Ok setakat ni dulu..

Wassalam...