Counting down days to the break.


Assalamualaikum.

Nak update cikit event penting minggu ni sampai minggu depan.

1/11       -              Hantar PSM Chapter 1 kt sv Dr. Rohayanti
2/11       -              Test Modelling and Simulation (pagi)
                              Test Computer network (petang)
                                ~wani and sabri’s e-day J~
3/11       -              Dinner Viking (malam)
                                Discussion and compile Assignment PSF
4/11       -              FREE :D
5/11       -              SCB Gathering at KTR (malam)
                                PSM Chapter 2 (100%) submission
6/11       -              Test HPPC
7/11       -              PSF presentation
8/11       -              Test PSF
9/11       -               yeay!! Cuti sem dah mula! J


Sila la tengok saya punya schedule sampai minggu depan.  Banyak sangat kerja kan? :( Dah seminggu terkejar-kejar nak buat semua benda. Mane nak study untuk test, mane nak siapkan assignment, tapi yang lagi parah mane nak siapkan PSM. Sobsobsob..

Saya baru je balik dari PSZ tadi. Niat nak stay kat sane, nak siapkan PSM. Tapi bilik karel yang saya sewa tu tak dapat wifi. Hukhukhuk. Kecewa. Last-last merayap aras 2, pegi cari novel. Hehe. Dah lama tak pinjam buku. Mikhail, Dan Bidadari Pun Mencintaimu, Ya Fattah; Cinta Sakti dgn Zahrah de Tigris. Semua bukan novel cinta. Agaknya bila dah dewasa sikit ni, selera saya dah kearah buku-buku yang agak berat gaya penulisan. Dah tak minat nak baca novel cinta lagi. J

PSM oh PSM…….
Sedih pulak nak cerita pasal PSM saya ni. Dulu awal sem macam confident habis dengan tajuk yang saya pilih tu. Yela, siap kene puji lagi sebab tajuk tu tak banyak orang nk buat research. Kira bidang yang agak baru dalam Bioinfomatik.

Tapi rupanya panas tak sampai ke petang. Wuwuwu..Makin saya cube faham ape yang die nak, makin say tak faham dengan diri sendiri. waaa……!! Tak suka! Tak suka! Rase macam nak tukar tajuk lain pulak. Sobsob. Tapi rase macam dah agak terlambat sebab ni dah nak masuk minggu ke 8. Celah mane pulak kan nak cari tajuk baru, pegi buat proposal lagi. Kang ade yang kene repeat sem depan. Tak nak! Taknak!

Keadaan mental saya sekarang dalam krisis yang agak tegang senang cakap. Kelam kabut. Sebenarnya kami sepatutnya dah siap hampir chapter 3 paling kurang, tapi saya Chapter 1 pun tak nampak rupa lagi. Haish…Esok ade kelas Dr. Roha, mane la nak letak muka ni kalau dia tanya dah siap ke tak. Mira awal-awal lagi cakap nak ponteng esok. Hehe. Da nekad ler tu…

Apa yang saya nak cuba sampaikan ialah, jangan suka tangguh-tangguh kerja. Ni la jadi macam kami. Huru-hara hidup kalah orang g berperang. Siang malan bukak tutup laptop buat kerja. Macam-macam dugaan menimpa. Tak masuk lagi dengan kekangan masa, laptop buat hal, cuaca (termasuk eyh? Hehe), ongkos dan sebagainya. Saya baru je beli charger laptop semalam sebab yang lama dah rosak. Dah settle satu masalah. Mira punya laptop takde penawar lagi. Hehe. Keyboard rosak. Tapi nasib baik saya ade extra external keyboard, boleh la die pinjam.

Akhir kata, doa-doakanlah hidup saya kembali tenang selepas ni. Doakan jugak supaya saya makin rajin, jangan nak main-main je. Saya pun berdoa jugak agar dilembutkan hati Dr. Roha esok. Hehe :D

Wassalam.

p/s: Bila saya cakap saya tengah tension, member cakap tipu. Sebab muka saya tak nampak tension. Saya maikn tension ni. wuwuwuwu.....(T_T)


Jadikan kegagalan satu perangsang :)

Asslamualaikum wbt.

Lately saya asyik update blog hari2 je kan? hehe. Alhamdulillah, wifi UTM ni dari hari ke hari makin ok. So xde la nak terkejar2 nak g fakulti nak on9.

Seperti sape2 yang dah sedia maklum, arini last day Varsity Boat Race 2012 kt Putrajaya. Sedih jugak sebab kali ni saya tak dapat join. Tadi junior saya ade msg bgtau update keputusan game. Mesej tu ala-ala macam ni:

 "kak fira..... :( sedih la. Td da leading no 2,sikit je lagi nak finishing...kitorang capsize...."

erk...saya pun senyap. fikir macam mana nak balas msg tu. then saya balas la:

"La..yeke..Takpe.. jgn sedih sangat. Mungkin xde rezeki kita kali ni. Nanti boleh cuba lagi."

"sikit je lagi finishing..x tau macam mane boleh capsize.. baru nak merasa dapat medal..tak dapat jugak"

Saya sebak tetiba. Saya tahu perasaan bila kecewa. Saya dalam sukan kayak dah lama. Dah banyak game saya masuk. Sakit bila kita dah buat sehabis baik, tapi last2 kene pintas dgn orang lain. Mase tu menangis air mata darah sekalipun, memang xleh nak undur.

Saya pernah rasa kecewa sebab tak dapat nak wakil UTM sebab ada orang lain yang lagi layak berbanding saya. Saya pernah rasa sedih sebab tak mampu nak bagi pingat untuk team. Saya pernah rasa sedih bila tak mampu bagi sokongan kat teman seperjuangan. Saya pernah sedih bila penyertaan dibatalkan. Tapi semua tu  tak pernah buat saya maikn lemah. Bahkan buat saya makin kuat.

Alhamdulillah, saya sempat juga merasa naik podium menang pingat untuk UTM. Itu saya jadikan sebagai reward atas pengorbanan saya selama ni.

Tapi adat dalam permainan, ada kalah ada menang. Saya pegang kata-kata seorang senior yang memang saya hormat sampai sekarang, Abang Amir. Die pernah cakap:

"Nurul, kalau kita dah buat sehabis baik, tp Allah tak bagi jugak kemenangan kat kita, mungkin kita ada yang kurang. Cek balik, kita cukup ke tak training, latihan ok ke x. Jangan fikir kudrat kita kuat, tak payah nak training bagai. Mane yang tak cukup itu, kita tambahkan."

Betul, saya sangat setuju. Cuba kita tengok masa game, kadang-kadang kita nampak yang menang tu xde la skill bagus sgt, badan pun tak sasa mana, kayuh pun senget2... Tapi diorang menang. Kenapa? Sebab mungkin ada usaha yang diorang buat yang kita tak nampak. Mungkin diorang training berganda-ganda lebih dari kita. Senang cakap, sape buat lebih, dia dapat lebih. Jangan terlalu mengharap keajaiban. Sifu Joe slalu cakap before game:

"Kalah sudah tentu. Menang bukan mustahil"

If things are happening according to your wish, you are lucky. But if they aren't, you are very lucky. Bacause they are happening according to Allah wish.

So semua, taknak sedih2.. Jangan down sangat. perjalanan korang jauh lagi. Ingat matlamat kita P13. Dah
tak lama lg dah.


Kalau engkau jatuh,

Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.



Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!


p/s:: Matul, jangan sedih2 tau. Nanti minggu depan kita training sama2 ok? :)

Tasks need to be done.


Jom buat checklist ape yang kene buat minggu ni. Enough dengan games kat putrajaya tu, awak pulun la study and catch up balik sume kelas yang awak tinggal ok, fira?

  • Computation Biology: Dataset, Literature review
  • Computer network: chapter 5, chapter 6, cisco packet tracer
  • PSM1: chapter 1, resend sume exercise 1-3
  • Protein structure & function: revise chpter 1-4 (test after raya haji)
  • HPPC: programming execise on C
  • Modelling & Simulation: revise chapter 2+3 (ready for quiz 2)

Baru je tamat game final bola sepak antara Kelantan vs ATM. Tahniah utk Kelantan sebab menang, and for ATM, bukan rezeki pasukan anda malam ni. Takpe, korang dh buat yang the best  kan J.

 Tapi tetiba sedih bila bace status2 kat facebook. Walaupun tak puas hati dgn mane2 individu or pasukan tu, tak payah la nk gelar diorg dgn paggilan yang tak sepatutnya. Maaf, agak beremosi. Such a low-minded person.

p/s:: td mkn ubat batuk. Dah lalok ni. Nite J
wassalam.