Road to PAC

Assalamualaikum...

Nampak tak tajuk kat atas? hehe. Saja tulis post ni nak bagi semangat sikit. Bagi sapa-sapa yang belum tahu PAC tu apa, PAC tu PTD  Assessment Centre. Penilaian kedua untuk jadi PTD. Start 2016, exam PAC ni amaik masa 2 hari. Hari yang first ujian fizikal & kecergasan. Kalau lulus, kena amik test esei BM & BI pulak. Pastu kalau lulus lagi, ade sesi public speaking and last sekali discussion. Haa, cuak tak? haha.. Sebenarnya saya tersangatlah cuak.. Tu pasai tetiba datang angin nak menulis blog arini.

Untuk Test fizikal tu lagi saya dah cuak. FYI, berat saya selepas bersalin ni naik tersangatlah banyak. Saya perasan tapi xboleh buat apa. Sebab suka makan. hehe. Nanti ade bleep test, sit up, jangkauan, grip. Saya paling runsing yang bleep test n sit up. Terus terang cakap, saya dah lupa bila last saya jog atau bersenam. Lepas lahirkan Sarah, saya ada join satu pertandingan kayak tau. tapi lepas tu serik nak lasak-lasak sebab peranakan saya turun. So jadi trauma nak lompat-lompat, nak lari-lari. Tu la jadi salah satu punca kenapa saya tak bersukan langsung dlm setahun kebelakangan ni. Kaut sukan pun tak ada. haha. Untuk sit up pulak.. Tayar spare ni nak letak mana? Adat bersalin ceaser, perut tak ramping.  

Andai katalah saya lulus ujian fizikal tu (andai kata..), kena pulak test esei. Adei, seriously dah lupa macam mana nak mengarang. Maunya kelaut.

Post setakat ni je ya.

Nanti sambung lagi.

Bye,

Salam,

Umi Maisarah

PTD - Peluang kah?

Salam,

Update from office. Dah banyak bulan tak update apa-apa. Kekangan masa.

Hari ni nak cerita pasal PTD. PTD ni Pegawai Tadbir Diplomatik.Panjang tak panjang jugak cerita ni.

Masa bulan 1 haritu, first time dalam sejarah dapat emel dari SPA untuk sit online exam untuk jawatan PTD. Ye lah, dah 3 tahun isi SPAi8, ni first time dapat panggilan. Hehe. Excited tu lain macam. Tapi nak dijadikan cerita, masa bulan 1 tu, Maisarah baru umur 4 bulan. Memang nk BF je memanjang. Husband pulak kerja sampai pukul 9.30m mlm. Duk runsing jugak, sapa nak pegang die time exam nanti. Tahu macam mana keadaan mlm tu? Haha

Jawab exam sambil duk BF Sarah. Hahaha. Baik  pulak mase tu la die nak menangis. Sampai habis exam, duk meriba. Tawakal je masa tu. Then bila cek keputusan : hahaha, ANDA GAGAL DALAM PEPERKSAAN. Gagal jd PTD, tp tak gagal jd ibu. Che wah... :D

Ingatkan dah tak ada peluang la lepas tu. Setiap hari duk tengok web SPA, kot terlepas pandang jawatan mana-mana. Selalu doa dapat kerja yang best sikit sebab kerja sekarang dia punya tahap stress tu tak tahan.

Pejam celik-pejam celik, bulan 11 baru-baru ni, dapat lagi sekali panggilan online Exam untuk PTD. Happy jugak, sebab ada peluang ke 2. Masa ni ada jugak la baca-baca sikit sebelum jawab. Disebabkan taknak pisang berbuah 2 kali, ajak kak long duk kat umah. Suh jaga Sarah sementara saya jawab exam. Alhamdulillah, Sarah sangat behave malam tu.

Dan Alhamdulillah sekali lagi, keptusan TAHNIAH ANDA LULUS. Tapi ni baru step yang pertama. Ade 3 level assessment kena lulus untuk jdai PTD. Lepas ni kena lulus PAC, dan kalau dah LULUS pac, ada pulak temuduga.

PAC saya dijadualkan pada 7 & 8 Jan 17, kat INTIM. Doakan yang terbaik buat saya :)


PERMULAAN YANG BARU

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas ketika ini.

Hai semua :)

Kali ni nak cerita yang saya dah pun berumah tangga sendiri.

Eh....?

Hahaha, sebelum ni even selepas kahwin pun, saya stay bersama dengan parents. So after 2 years, saya dan husband buat keputusan untuk hidup berasingan. So, selepas raya aidilfitri tempoh hari, kami berdua mula mencari rumah-rumah untuk disewa. Ramai yang tanya kenapa tak beli rumah lagi, kami cakap belum ada rezeki. Insyaallah, selepas ini mungkin.

Mula-mula kami start tengok-tengok kat Mudah.my. Banyak jugak kosong, tapi disebabkan Kemaman ni kos hidup tinggi, bandar minyak, so sewa rumah agak mahal. Paling murah kami jumpa harga RM500. Itupun rumah-rumah teres jenis lama punya.

Kami laki bini dah sepakat bincang, kalau rumah sewa ni biarlah murah dulu. Sebab boleh menyimpan. Bajet dalm RM400 dah okay. Bila tak jumpa dalam mudah.my, kitorang tengok post kt group2 FB. Pun sama jugak, mahal2. Kalau ada yang murah, kawasan pulak jauh. 

After few weeks mencari, Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami. Kami dapat sewa rumah kampung RM350 sahaja. Murah sangat, bawah bajet kami berdua. Rumah sewa kami tak kecik, dan tak besar. Yang paling best sebab dapur luas. Dah jatuh hati kejap. Ngee...

Minggu-minggu pertama memang susah sikit nak biasakan diri. Poket pun berlubang jugaklah sebab banyak beli barang-barang dalam rumah. Pujuk hati selalu, cakap kali ni duit banyak habis, lepas ni boleh berjimat. Sebab boleh makan kat rumah je. Betul tak?

Doa semoga rumah tangga kami selaui dirahmati Allah, diberikan rezeki yang lebih untuk kami miliki rumah sendiri lepas ni.. 

Amin...