ALAHAN?

Salam,

Bismillahirahmanirrahim..

Masa menaip ni, rasa sakit lagi kat pergelangan tangan. Dah nak masuk 3 minggu sakit ni. Ibu jari tak boleh nak angkat, pastu kalau silap2 pegang benda berat, rase sakit sangat. Dah berurut dengan ayh, tapi tak hilang. Ayh ckp maybe alahan orang mengandung. Tapi saya tak puas hati, pergi urut lagi sekali kat kg Besut, pun makcik tu cakap benda yang sama. Alahan katanya.

Tiap-tiap malam nasib baik Suami ada. Urut sikit-sikit. Nak bangun dari katil ke, bangun dari duduk ke, Suami hulur tangan, baru boleh bangun. Hehehe. Nampak tak berat kat situ.

Setakat hari ini, Alhamdulillah.. Saya tak ade alahan yang teruk-teruk. Dari awal pregnant tak ada nak muntah-muntah ke, mabuk pagi-pagi ke. Cuma yang saya alami sakit tumit yang agak kronik masa 2 3 bulan pertama tu. Siap ajak Suami ke klinik, tapi doktor just bagi ubat sapu. 

Masa umur kandungan 2 bulan, kami sefamily sempat bercuti lat Holiday Villa Cherating. Sempat jugakla saya berenang-renang kat swimming pool. Tapi hari ke 2 tu, saya perasan yang peha saya belah kanan kebas "numb" dari lutut. Cubit ke, pegang ke. Memang tak rasa apa-apa. Ingatkan sementara je, so biarkan sampai la dah dekat 3 minggu. Masa checkup kat klinik, saya inform doktor. Terus kena refer pakar. 

Lepas 3 bulan, kebas tu hilang sendiri, pastu datang kebas tangan pulak. Dari lengan sampai hujung jari. Belah kanan jugak. Sampaikan nak makan nasi guna sudu pun, sudu boleh jatuh. Sebab tak rasa apa-apa. 2 bulan jugak tangan kebas, sampai rasa sakit ket pergelangan tangan ni muncul. Satu-satu dugaan nak lahir anak ni. Hehe..

Sekarang keputihan pulak. Yang ni tak leh nak cerita detail la. Tapi betul la orang cakap. Alahan mengandung ni lain orang, lain. Bukan nak mengeluh, just nak share dengan semua orang. Ni pun saya dah start makan vitamin C, sebab kulit muka da kusam sangat. Pembawakan anak perempuan kot. :)

Tak kisahlah. Saya cuma berharap baby dalam perut ni sihat dan sempurna. Sorry sebab asyik lupa nak amalkan mengaji untuk baby. Malam-malam je jadi tak larat. Tidur awal. Lepas solat, terus bukak telekung cepat-cepat sebab tak tahan panas. Insyaallah, lepas ni umi dgn abah cuba amalkan balik mengaji, baca surah untuk baby. Moga baby jadi orang yang solehah dan beriman.

Love you, Baby M..

Cant wait to see you.. InsyaAllah another 77 days...

Wasalam.


25 Weeks and counting. :)

Assalamualaikum w.b.t.

Hello semua :). Alhamdulillah, minggu ni baby umi dalam rahim dah genap masuk 25 minggu a.k.a 6 bulan 1 minggu. Jadi lepas kira-kira, ada lagi 107 days to go. Excited campur berdebar-debar. Sepanjang 6 bulan ni, banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang umi dapat. Nanti kita cerita satu-satu okay? :)

20 Disember 2015 (Sabtu)
Hari ini uzur umi dah lewat sehari, so kira-kira saja nak buat ujian UPT. Petang tu selepas balik dari Mesra Mall, ajak Asu teman pergi Watson beli 1. Masa tu tak inform husband pun sebab nanti die bising. Hehe. Ye la, sejak kahwin, tiap-tiap bulan saya test. Tapi negatif. Die suruh buat-buat cool je. Ada reason kenapa saya nak beli sangat UPT walaupun tahu baru lewat sehari. Sepanjang minggu lepas, saya alami sakit pinggang yang agak teruk. Asyik cramp je. Sampai nak bangun duduk pun kena ada orang angkat. Tapi uzur nya tak datang-datang jugak.

21 Disember 2015 (Ahad)
Pagi-pagi lagi, dah bangun bawak UPT g bilik air. Berdebar-debar masa tu. Naluri memang kuat cakap ada baby dalam rahim umi. Tunggu 5 minit, still UPT tu satu line je. :( Sedih jugak, tapi senyap je. Kuatkan semangat cakap, Allah taknak bagi lagi rezeki anak kat umi. 
24 Disember 2015 (Rabu)
Suami balik dari KL! Yeay! Malam sebelum husband sampai kemaman, umi dah cuak sebab masa tu air banjir dah mula naik kat Pahang. Bimbang jugak kot-kot tersangkut banjir mana-mana. Alhamdulillah, suami selamat sampai. Tido awal sebab esok nak gerak balik Kuala Berang.
25 Disember 2015 (Khamis)
 Kami menghabiskan sehari dalam kereta untuk perjalanan ke Kuala Berang. Banyak jalan dah ditutup sebab air dah naik kat banyak tempat. Tapi kami degil nak balik kampung jugak, so padan la muka sehari sampai malam duk drive. Siang husband dulu yang bawak. Tapi bila dah maghrib, umi pulak yang drive. Sebab husband silau, tak boleh drive malam. Umi bawak kereta dari Maghrib sampai pkul 11 malam baru sampai ke rumah MIL. Masa tu pinggang ni sakit macam nak tercabut. Tapi dalam hati cakap, senggugut je ni. Takpe, tahan je. Sampai rumah IL, terus tido sebab tak larat sangat-sangat.

26 Disember 2015 (Jumaat)
Satu hari duduk umah IL. Tak keluar mana-mana sebab dah banjir. Keliling rumah air dah naik paras lutut. First time tengok air banjir depan-depan. Orang lain duk runsing takut air naik lagi tinggi, kita duk excited tak memasal. Haha. Tapi satu hari tu, pinggang still sakit lagi. Sampai nak bangun tidur pun, husband yang tolong angkat. Sekali lagi rasa nak buat urine test, tapi UPT takde. Sedih tahu..
Tapi petang tu, MIL dgn SIL ajak ke bandar Kuala Berang, ada pasar malam. Masa tu dah bagitahu husband nak cari jugak UPT. Dalam hati  berdoa minta-minta ade farmasi mana-mana yang buka hari Jumaat. Sampai kat bandar KB, suruh MIL jalan dulu. Bagitau nak g cari ubat jap. Takkan nak bagitau yang nak g cari UPT, malu oii... Akhirnya dapat jugak beli brand Mrs. Tell Me dengan harga RM8.

27 Disember 2015 (Sabtu)
Kami bangun dalam pukul 6 pagi. Umi kejutkan husband siap-siap suruh teman pergi tandas. Nasib la dapat isteri takut gelap kan. Hehe. Dengan Bismillah umi buka UPT elok-elok bawak masuk tandas. Husband tak tahu saya bawak UPT tu sekali. Dia tengah mamai lagi. Masa tu kita dalam toilet berdebar macam hapa la kan..
Double line :)

Jeng-jeng-jeng!! Alhamdulillah, terus segar mata tu tengok ada 2 Line. Akhirnya lepas 3 bulan kami kahwin, Allah bagi rezeki zuriat. Umi terus panggil husband. Tunjuk kat dia, tapi die still tak tahu ape. Siap tanya apa maksud ada 2 line. Kite ni duk sengih-sengih campur nak menangis cakap la, positive pregnant. Tapi die senyap je, tak tahu sebab mamai ke, ngantuk ke, or sebab tak yakin. Tapi mase tu kite peduli apa kan, masuk bilik terus amik gambar. Tapi tak share kat siapa-siapa lagi. Sebab husband cakap konfem kan kat klinik dulu. Takut jugak False Positive. Hmm logic jugak tu. 
Pagi dalam pukul 10 kami keluar lagi ke bandar KB cari klinik. Akhirnya kami ke klinik Yaani. Salah satu klinik yang buka hari Sabtu. Dan alhamdulillah, dr pon dah sahkan saya pregnant 6 minggu. :) :) :) 

Balik dari bandar KB, bincang dengan husband macam mana nk inform MIL. Malu! Malu! haha. Dia kata nak inform sendiri, last-last umi dulu yang bagitahu. Masa tengah basuh pinggang kat dapur. Lepas bagitahu kat MIL, nampak dia pun happy. Tetiba cakap banyak, siap cerita pengalaman die pregnant dulu-dulu. Hehe.

So begitu la seterusnya sampai perut ni membesar orang dah perasan umi dah berbadan dua. Dan bersyukur sangat sebab dapat husband yang memahami. 

Ni hadiah untuk abang :)


Baby dah 5 bulan. Dr cakap 70% is a girl. Tapi tak kisah, janji sihat. :)

BERTUKAR STATUS


Bismillahirahmanirahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, dengna ini saya maklumkan status saya kini adalah seorang isteri kepada Mazuan bin Mohamad. Dan Insyallah bakal menjadai seorang ibu bulan 8 nanti :).

Dah dekat 7 bulan tak update entry, last sy update masa bulan 7 lepas. Itu pun update pasal saya bertunang.

And Allah is the best planner...

Genap 11 bulan kami bertunang, Allah makbulkan doa kami. Kami bernikah pada tanggal 2/8/2015 bersamaan 6 Syawal. Majlis kami sederhana sahaja, cuma ada majlis akad nikah tanpa bersanding. Bajet kami untuk majlis tidak berlebihan kerana banyak yang kami cuma buat yang wajib sahaja.

Sebelum nikah saya dan husband dah sepakat tak mahu bersanding, cukup sekadar akad sahaja. Ya, kami jimat banyak sangat. Sebab tak ada pelamin, tak ada acara potong kek, tak ada tukar-tukar baju. Sekadar akad dan kenduri semata-mata. Dan baju cukup sepasang, warna putih. Baju itulah buat akad nikah, buat makan beradap, buat ambil gambar. Hehe senang. Tak mahal pun, harga baju kurung saya cuma RM100 dan baju melayu suami cuma RM80. Murah kan..?

Insyaallah, kalau niat kita nak mudahkan sesuatu, Allah akan bantu.

Untuk fotografi pula, sya tak upah jurugambar yang mahal-mahal. Allah senangkan saya dengan menghadiahkan seorang kawan yang boleh ambil gambar. Sabri. Classmate sekolah menengah. Dia ambil tak mahal, dia kata tak kisah bayar berapa pun. So saya bayar RM200 untuk hadiah anak dia yang baru lahir.

Untuk kenduri, belanja makan tak sampai RM5000. Mungkin sebab kami tak jemput ramai. Kad jemputan  cuma 250 keping untuk belah saya. Atau mungkin juga ramai tak dapat hadir sebab kami buat majlis selepas raya. Ramai yang balik kampung. Tapi tak apa, doa mereka sentiasa kami terima.

Syukur sangat kepada Allah, perancangan kami berjalan lancar. Walaupun memang ada yang tak sempurna, tak seperti yang kami harapkan, tapi kami amat berpuas hati.

Rasanya masih belum terlambat untuk kami berdua mengucapkan penghargaan. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada kaum keluarga yang bertungkus-lumus dalam menyiapkan  majlis yang amat bermakna bagi kami berdua. Tak lupa juga kepada kawan-kawan yang sudi hadir memeriahkan majlis.

Next entry, Insyaallah saya akan update tentang our little caliph yang still kecik dalam perut umi ni. :)

Assalamualaikum..