Nak kerja or smbung belajar ek?



Assalamualaikum J

Tadi ada sorang sahabat ada tunjuk pamplet pasal MyBrain15. Mybrain15 ni kire macam satu pembiayaan  pengajian untuk peringkat pasca ijazah macam peringkat Master or Phd. Then saya pun terfikir pasal ape rancangan lepas abes degree nanti ek? Nak sambung balajar or nak kerja cari duit? Hmm..susah nak wat keputusan.

Disebabkan rasa ingin tahu yang terlalu tinggi, saya ade la korek2 sikit info2 dari senior, bace2 kat internet pasal macam mane nak sambung belajar pas degree. Bila UTM dah dinaiktarafkan sebagai RU (research university), mmg ramai la student dapat offer sambung buat master and Phd kat sni. Last week dapat tahu, UTM is the only IPTA in Malaysia that have more than 50% postgraduate students. Huiyoo..patut la macam ramai je muka2 genius-dewasa-berkeluarga kat sni. Hehe.

Bila da risik2, dapat tahu yang kalau nak buat Master, ade 2 cara. Satu course work, lagi satu by reasearch. Kalau course work ni tempoh die pendek sikit, dalam 3 sem je. Belajar macam peringkat degree, kene attend kelas and ade final jgk (kot?). Macam best je kan? Tapi yang tak best bile sepanjang tempoh 3 sem tu, kene tanggung sendiri penginapan, makan minum. Kebiasaannya biasiswa dan pembiayaan ni cume cover untuk yuran je. So solution, ramai senior2 saya buat kerja part time sebab nak tampung hidup kat UTM.

Lagi satu by research. Saya tak faham sangat, yang tahu kelebihan student yang buat by research ni dapat duit ala2 gaji/elaun dari SV diorang. So mcm keje jugak kan, tempoh pengajian pun agak lama dalam 4-5 sem.

Puas duk fikir2, saya rase nak sambung buat master jugak la. Yang course work tu. Hehe. Tapi nak suami saya tanggung makan minum. Boleh x agak2? Hehe. 

Antara harapan dan putus asa.

Assalamualaikum wbt..

haven't post any entry in this blog for around a month and i guess its isn't surprising since I really busy. Masuk sem ni, macam-macam kena fikir. Dah jadi senior ni, makin banyak kena buat. PSM alhamdulillah, tajuk telah di'approve'kan dengan jayanya. :) Skrg duk tgh faham2 tjuk, pastu nanti akan menyusul la sakit-sakit otak sebab nak kena siapkan menda alah ni.

Lokasi saya skrg ni kat UTMKL..bukan kt UTMJB. pelik tak? pelik tak? hehe. Memang ni la rutin saya selama 4 tahun kat UTM. kejap2 JB, kejap2 KL. hehe. nak tahu kenapa? sebab saya ni atlit sukan air. ecececeh...hehe. Saya atlit kayak untuk team UTM for 4 years. Dah taraf super senior dah. Tapi sem ni saya tak main game pun disebabkan ade beberapa alasan. ni lah yang saya nak cite.

Sepanjang penglibatan saya dalam sukan ni, banyak jugak pencapaina yang saya dapat. Pingat perak n gangsa dah pernah dapat, Emas je belum. Target saya sebelum grad, atleast nak dapat jugak EMAS untuk diri sendiri. Dulu masa badan tengah fit, harapan tu mungkin ada. Tapi lepas saya tinggal kejap training sebab prktikal 6 bulan, target tu dah jadi makin samar-samar je.

Bila dah lama tak training, endurance dan stamina hilang entah ke mana. masuk sem aritu cbe utk jog, tapi malangnya tak sampai 1km pun dah separuh mati. adei.. so mase ni la datang rasa putus asa dalam diri. Rase mcm dah taknak libat lagi dalam sukan ni. Tengok junior2 pun dah segan. Diorang selamba nye memintas i mase jog tu. wuwuwu.. sampai hati korang...

Tapi kalau fikir balik, saya ni bukan jenis yang cepat putus asa. Kalau ada benda yang saya nak, saya akan cuba dulu. Kalau betul-betul tak boleh baru saya give-up. Macam mula-mula masuk kayak dulu, asyik terasa je sebab kene marah-marah dengan senior, kene perli-perli, tapi saya tetap tak putus asa nak main jugak kayak. tak peduli la diorang cakap apa, sampai la saya ke tahap sekarang. So i really wanna thanks to all my seniors, saya tau korang sayangkan saya. sebab tu marah2 kan? nak saya berjaya. hehe. 

Tadi tengahari ade borak2 dengan sorang junior, saya cakap kat dia, minat nak main lagi. Tapi kalau nak buat come back mcm dulu2, memang akan ambil masa. Skrg pun saya rasa skill saya xde masalah, cume endurance tu tersangat la kurang. So, buat keputusan tak nak putus asa lagi. 

Saya nak cuba yang termampu dulu. Skrg nak paksa sikit2 diri rajin2 jog. kalau dulu nak tarik ergo 1km pun sakit, tapi Alhamdulillah, sekarang 2km pun no hal. :) Aritu buat 5km best2. Game last saya nanti mungkin MASUM 2013.  dapat ke tak capai sasaran emas, tu belakang cerita. Yang penting kita usaha kan?

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yag tidak pernah mengalah.

peace:: lovevikingfromthesouth.

Good luck untuk game esok ye sume!!

Tahniah semua yang dapat ke cara Final esok.

tk1 500 : atin(w) azri(l)
tk2 500 : matul/khalida(w) acik/pehe(l)
tk2 1000 : nana/put(w) arimi/rafi(l)


 



Ready for something serious

Assalamualaikum.. :)

Macam serius betul-betul kan tajuk kat atas tu? :D Memang nak cerita benda yang serius kali ni. ecececeh...Ape die ek? If you know what I mean... jeng3..

3 hari lepas da cukup genap umur saya 23 tahun. Belum terlambat lgi kot nak ucap terima kasih for those yang wish birthday aritu. :)

Dia call saya tepat 00:00 that night just to wish me happy birthday. He made my day. Siapa dia ni ek?

Mr. Obi
Lately, kawan2 da ramai asyik bercakap pasal menamatkan zaman bujang. Atau erti kata lain nk kahwin la. Yang dah kahwin pun ramai. Saya pun tak ketinggalan ditarik masuk untuk berdiskusi pasal tajuk ni. ehehe..suke jugak kalau cakap pasal bab kahwin.

Kalau zaman dulu2, umur 23 ni da kira anak dara tua kan? dulu zaman emak2 kita, umur 15 dah anak 2-3 orang. Tapi diterimalah sebab zaman dulu diorang tak belajar tinggi. Abes tinggi pun dajah 6. Pastu dah duk umah. Kene blaja masak, sume kerja2 yang wajib perempuan tahu. Tunggu masa mesti ade orang datang meminang. Takde dating2 pun macam sekarang.

Zaman sekarang, perempuan semua belajar tinggi-tinggi. Sampaikan kat U pun perempuan lagi ramai dari lelaki. Dulu fikir jugak macam tak sesuai nak kahwin usia muda sebab still belajar. Takut tak mampu bahagi masa la. Takut nk bg komitmen kat suami la. Tapi bila dah google situ, google sini, bace ape yang patut, saya rasa kahwin muda ini perlu. Konfiden giler kan? hehe

Pernah dengar lagu Permata (Untuk Isteriku) kumpulan Kopratasa tak? Tadi hati saya tersentuh bila teringat dia hadiahkan lagu ni untuk saya. Dan saya tahu dia ikhlas. Makin tersentuh jiwa bila baca satu-satu lirik lagu ni.

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan 
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Jodoh, ajal, pertemuan di tangan Allah. Andai ada jodoh, saya nak jadi yang halal untuk AWAK. :)

*hari-hari dengar intan cakap die nak kahwin. kepada nudin, sila la pinang intan cepat2.untung kawen awal ni :D